Saturday 9 June 2012

Practise dengan Si Kecik


Practise.
Melayan.Mendukung.Main acah-acah.Main lambung-lambung.
Tapi sori kepada kanak-kanak yang boleh stand on them feet.
Kehendak yang lebih-lebih takkan dilayan!.

Satu hal yang susah kepada yang tidak biasa dengan keadaan itu.
I mean main dengan budak-budak.

Pasang niat sejak lepas habis sekolah.Harus berlatih sekarang sebab ada masa free beberapa bulan.
Memandangkan ramai pula sepupu baru dan masih kecil.
Maka,bolehlah practise sekarang.Haha

Lagi satu,
melayan kerenah budak kecik mengingatkan jasa mak dan abah yang layan kita yang banyak songeh waktu kecik.
Plus berat badan yang montel dan comel harus didukung dan dibawa jalan-jalan.
Fuhh,penat kot!
Moga Allah rahmati walid dan bonda kita.Amin Ya Rabb~

Firman Allah dalam surah al-Luqman ayat 14:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Pada hematku yang dhoif,
perlunya kita khususnya wanita berlatih sekarang.
Sekurangnya sedikit demi sedikit.
Ustazah di sekolah sering berpesan.

Bicara tentang rumah tangga bukan bermaksud ingin berkahwin.
Itu bicara ilmu.!

Masih banyak ilmu perlu dikorek di bumi Allah ini yang pasti tidak akan habis dikorek oleh kita. 

Biar diam-diam ubi berisi.
~.^

#tangan lenguh dukung si kecil Sofea!


Dora The Explorer!

 








Monday 4 June 2012

Dakwah vs Study

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum:)

Sudah lama..
Datang idea kena terus tulis
tak boleh biar
Secebis coret untuk kita^^

***
                                                 
Saya pernah membaca sebuah artikel di satu blog(kalau tak silap,blog Bro Hamzah,kata murabbinya kalau tak silap saya la.hehe) ada satu ayat yang menarik perhatian saya dan saya ingat sampai sekarang.

 'DAKWAH nombor SATU tapi STUDY BUKAN NOMBOR DUA'

Saya sangat sangat setuju!

Kenapa saya setuju?Sebabnya saya pernah alami waktu itu di sekolah.

NOSTALGIA BADAR

Tahun 2011.Tahun debaran.Tahun 'berpeningan'.Full and crowded.

Jawatan kecil unit fotografi.Kecil tetapi mencabar.Lajnah kami,LAJNAH PENERBITAN DAN DOKUMENTASI(sekarang LAJNAH PENERBITAN DAN MULTIMEDIA) ialah satu lajnah yang perlu bergerak aktif,pantas dan berkerjasama.Alhamdulillah,semua ahli saling membantu.Inilah wasilah dakwah kami!

LAJNAH PENERBITAN DAN DOKUMENTASI 10/11

KETUA LAJNAH:Faris Hashim
P.KETUA LAJNAH:Najihah Annazeerah 
UNIT PENERBITAN:>Harith>Nadiah Isa
UNIT PERSIJILAN:>Amirul Amilin>Fatin Farahin
UNIT FOTOGRAFI:>Amirul Afif>Nur Fitrah

#saje je letak.Refresh balik nama mereka sebab takut lupa.Haha

Saya nak cerita skop tugas saya sahaja sebab itu yang saya alami walaupun saya tahu mungkin sahabat-sahabat saya juga merasainya.

Ada waktu kerja 'editing' datang bergolek-golek.Nak nak awal tahun.Sampaikan nak senyum dekat adik-adik form 1 yang ramah memberi salam pun terpaksa dibuat-buat.

Kerja 'editing' kadang mengambil masa.Apatah lagi,bila saya mula-mula belajar buat editing.Alhamdulillah,sahabat-sahabat lajnah saya rajin menolong.

Perlu memilih gambar yang sesuai.Perlu di'adjust' size  semua gambar supaya nampak tersusun.Perlu meletakkan 'caption' dibawah gambar untuk menceritakan hal yang berlaku.Kemudian,gambar yang siap di'edit' di check dan simpan dalam folder dan diserahkan kepada guru penasihat BADAR,Ustazah Munaliza untuk disemak semula.Kadang-kadang kena edit balik sebab Penasihat BADAR seorang yang sangat sistematik.Dan saya puji
sifat itu sebab yang itulah mendorong kami BADAR buat kerja sesempurna mungkin.

Dalam kesibukan petang,malam dan tengah malam bertungkus-lumus dengan laptop,'berebut' laptop sesama BADAR,saya ada melakukan kecuaian yang besar!.

CARELESS

Saya mula cuai dengan homework saya.Saya mula sedar yang saya sudah cuai dengan studi saya bila cikgu 'check' kerja sekolah.Bila homework tak siap dan disuruh bangun maka itulah detik yang MEMALUKAN!

Ada sahabat rapat yang cuba 'backup' saya bila cikgu tanya saya kenapa tak siap homework.

Tetapi saya sedar,saya tak boleh di'backup' sebab itu memang salah saya.

TENUNG MERENUNG

Saya mula berdiskusi dengan sahabat-sahabat.Bermunaqasyah mencari solusi.Akhirnya!

Wasilah dakwah yang sibuk tak boleh menghalang kita untuk terus menyiapkan homework/assignment/project on time.

Wasilah dakwah yang sibuk tak boleh menghalang kita untuk mencapai sukses.

Saya cuba meng'usha' ikut jejak langkah sahabat-sahabat dalam mencari masa untuk menyiapkan homework.Allah sangat baik hati sebab letakkan saya di sebelah sahabat yang rajin studi.

Lepas cikgu keluar kelas,dia akan terus buat homework.Melihat dia yang rajin,saya rasa sedikit tercabar untuk membuat homework juga.Saya tak jadi tidur sementara tunggu cikgu lain masuk.

'Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh'

Mata ditahan untuk lelap.

Masa prep petang,saya cuba bahagikan untuk buat homework,kerja BADAR,dan sedikit rehat untuk mata saya.

Dan main 'curi-curi masa terluang' itu sangatlah penting bagi saya.

Melihat kepenatan kami,Ustazah Muna tidak terlalu berkeras dan mendesak.Semangat dan nasihat diberi sebagai bekalan tenaga.

Juga alhamdulillah ada masa untuk adik-adik usrah tercinta,memahatkan ilmu walaupun secebis hanya.Dan masa buat adik sayang,Shud.Dan juga masa untuk berukhuwah dengan insan lain!

Alhamdulillah,semua urusan itu berjaya bila kita bijak mengurus masa.

Saya rindu zaman itu!

Katakan ya pada:

'DAKWAH nombor SATU tetapi STUDY BUKAN NOMBOR DUA'

                                               ***

#doakan saya dipermudahkan jalan menuntut ilmu.Moga Allah redha atas kita!

#On the way balik kg di Perak jumaat lepas,terasa ramainya orang ke arah utara.Oooo..ok inilah konvoi 'Perhimpunan Hijau' yang abang saya nak pergi tapi mak tapi bagi tu.Fuhh.serius terasa aura semangat depa suma!