Friday 29 March 2013

Langit tanpa Awan

Langit tanpa awan.
Memerhati tanah air terchenta dari jauh mampu membuat hati gundah gulana. Namun, merenung diri yang masih 'papa kedana' dengan iman, ilmu dan amal yang ampuh, aku seperti mahu menampar muka sendiri.!Astaghfirullah.

Melihat status Ustaz Hasrizal benar-benar membuat aku risau.Risau dengan masyarakat Malaysia yang jauh di mata. Tapi lebih risau lagi akan diri aku yang menuntut ilmu di bumi Syams ini. Masakan tidak, duit yang menampung perbelanjaan ke sini adalah duit rakyat! Bermakna mereka 'ada hak' atas aku setelah aku tamat belajar nanti.

Jadi,bila tiba-tiba diri memberontak untuk membuat perkara lagha disebabkan stressnya hidup di bumi orang, solusinya keluar ber'manja-manja' dengan orang yang bermotivasi. Alhamdulillah, walaupun aku bersedudukan dengan bangsa-bangsa asing di dalam bilik ini(pandang sekeliling bilik), aku masih waras. Waras beribadah walaupun ada perasaan rimas terhadap suasana bilik dan kadang-kadang mahu menghalau saja mereka!! Bila difikirkan balik, beginilah keadaannya setelah aku balik ke malaysia nanti. Menghadapi suasana yang pening. Ya, dan mungkin perlu menghadapi diri yang pening juga.

*Tarik nafas hembus*

Belajar perlu mujahadah dengan sayonara jahilliyah. 

Bagaimana nak sayonara jahiliah? *pandang langit tanpa awan siang hari.Argghh.silau matahari!*





Friday 15 March 2013

Aku mahu mencintaiMu


Melihat pemandangan Laut Mati mengingatkan kepada dakwah Nabi Luth terhadap kaumnya. Kepelikan feel yang umat-umat sebelum ini tak pernah lakukan.Homoseksual.Satu perbuatan yang dilaknat Allah dan akhirnya menyebabkan mereka diazab tuhan dengan diterbalikkan kota mereka dan Allah mengekalkan tanda sejarah itu sebagai peringatan kepada umat terdatang. 

Dia menghela nafas.Terasa mahu menangis.Bukan kerna sedih tapi kerna bersyukur.Bersyukur kerna tuhan menghadiahkan ibrah pada cuti semester itu iaitu "Hidup ini adalah tarbiah". Pengalaman bermusafir sedikit banyak mengkoreksi diri Dia.

'Tuhan andai kau tak menghendaki aku di jalanMu, pasti aku masih hanyut dalam indahnya dunia yang fana'.

Dia teringat dirinya yang dulu.Pasti kalau Dia mengingat memori dulu,Dia berasa malu dengan diri sendiri dan akan mahu menangis.Masakan tidak,dulu kejahilan menguasai diri. Dulu dia berasa,dirinya sudah baik daripada orang sekeliling.Namun,hakikatnya jahil itu telah memeluk diri. Dulu, Dia tidak tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dia main redah aja. Dulu,Dia tak tahu bahawa kaki perempuan itu juga salah satu anggota yang wajib ditutup dari pandangan ajnabi. Dia pertikaikan pemakaian stokin. Ya. Dulu,dia sangat tak tahu. Tak tahu,Islam itu agama yang syumul, lagi menjaga maslahat. 

Tempoh awal tingkatan empat merupakan titik tolak perubahan dalam hidup Dia. Ibunya mahu Dia meneruskan mengambil subjek  Bahasa Arab dan tidak mahu Bahasa Arabnya terus hilang kerna Dia satu-satunya anak yang di dalam aliran agama walaupun hanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK). Dia dalam terpaksa menuruti sahaja kemahuan ibunya untuk menyambung Bahasa Arab dan Dia perlu berpindah ke sekolah lain,Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) menjadi pilhan ibu.

Melangkah masuk ke sekolah asing jauh di hujung negeri Selangor seperti sekolah alien membuat jiwa meronta mahu balik. Namu,mengenang ibu, Dia perlu hadapinya. Ya. Sama aja sekolah itu dan sekolah lamanya. Yang hanya berbeda, SMK dan SMKA. Sikap pelajarnya juga sama dengan sikap pelajar sekolahnya yang lama.Mahu kata baik,sombong pelajar pandai ada juga. Entahla. Tiada apa yang istimewa. Berapa minggu entah Dia berasa tiada apa-apa yang istimewa di sekolahnya itu.

Satu ketika, Dia ditegur kerna tudungnya pendek kerna tak mencapai piawan labuh tudung. Berasa bengang kerna ditegur tetapi Dia tak mahu didenda, lantas terpaksa meminjam tudung labuh sahabatnya. Tudung yang lebih labuh dari tudungnya. Saat memakai, terasa selamat. Entah apa perasaan itu, Dia biarkan aja. Dia juga perasan yang semenjak Dia di sekolah itu,Dia menjadi pemalu dengan pelajar lelaki. Bukan Dia mahu sengaja, perasaan itu terwujud. Entah apakah itu. Dia terus menjalani hidup sebagai pelajar seperti biasa.

Setelah beberapa bulan,Dia telah membiasakan diri berkawan walaupun pada mulanya sangatlah payah mencari kawan. Syukur pada Ilahi, Dia dikurnia sahabat yang mahu memimpin tangannya kembali kepada erti hidup. Erti hidup mencari makna. Hidup mula berasa makna,kerna berasa diisi dengan program tarbiah yang disaji. Program tarbiah yang membantu Dia kembali kepada fitrah manusia yang sukakan tarbiah. 

Dia mula mencari kembali dirinya. Dalam proses perubahan sedikit demi sedikit, Allah menghadiahkan ketenangan. Sahabatnya memberi quote yang indah kepadanya: 

'Analogi perubahan ni, macam kita buat experiment cairkan ais atas Bunsen Burner. Masa kita tengah tunggu ais tu cair dalam tempoh 10 saat ,kita tak nampak pun perubahan pada ais tu. Tapi kita tak fikir pun yang sebenarnya molecul2 dalam ais tu tengah begerak. Macam tu jugak perubahan dalam diri kita. Kita selalu nak perubahan yg drastik. Sedangkan perubahan kena perlahan-perlahan.'

Dua tahun hidup dalam tarbiah hanya di sekolah itu sangat memberi kesan terhadap dirinya. Mula rasa ingin berbakti kepada agama untuk mengislah diri dan keluarga seterusnya masyarakat. Dia tak mahu kejahilan terus memeluk orang-orang di sekelilingnya. Walaupun apa yang diimpi nampak benar payah dicapai, Dia harus berusaha jua. Bukankah Tuhan memandang usaha?

Aduh.

Dia tersedar dari lamunannya dek tangannya yang diletak atas pepasir digigit semut hitam. Dia memandang kembali ke laut. Impian yang baik pasti 'digigit' ujian Tuhan. Selama keberadaannya di bumi syams banyak kali ujian yang datang hampir mencampak rasa putus asa terhadap hadafnya datang menuntut ilmu tetapi baiknya Tuhan, menghadirkan senior-senor dan sahabat-sahabat yang sedia membantu.

Ya. Dia merasai kejahilan dan ramai yang pernah merasai kejahilan. Ubatnya kembali mencari Al-Khaliq.

Dia mencapai mushaf coklat dari dalam begnya ingin menguntai ayat-ayat chenta Allahu Rabb, mahu meraih cinta sang Khaliq agar terus diberi kekuatan. 

"Tuhan pemberi hidayah, thabatkan hati kami pada agamaMu."

Aku ingin mencintaiMu-Edcoustic