Monday 16 September 2013

Selamat Datang.

melakar
Bismillah.

Setahun berlalu. Tanpa sedar. Aku berada di dalam tarbiyah ini. Hee..(senyum sinis) Apakah tarbiyah ini benar-benar menyentuh aku? Eh.. tidak boleh salahkan tarbiyah andai jiwa masih kering kontang. Salahkan diri sendiri.

Aku cuba. aku cuba. Hati ini benar ingin menyampaikan risalah. Benar ingin sekali. Itu citaku. Bukan semata mengejar sarjana. Ada sesuatu yang berharga dari sarjana yang perlu dikutip. Ilmu yang mencerah diri untuk mencerah ummah. Tarbiyah yang meresap di jiwa supaya dirasai bersama ummah. 

Hahahha. Kadang-kadang aku gelakkan diri sendiri. "Heiii.. kau berangan melangit". "Ah. Peduli apa aku!! Rasa ini Tuhan itu yang bagi. maka kau mahu aku sia-siakan?"Balasan kuberi. Bertarung dengan nafsu.

Terkadang aku berasa jiwa ini benar-benar dusta tika aku berjalan ingin dakwi. 
Ahh!! pedulikan perasaan ini!! Jalani sahaja. Moga setiap langkah itu muhasabah untuk diri kamu sendiri.

Tengok filem aksi, first part , dua puak gangster gaduh boleh pula fikir, " Kalau dorang berjuang untuk agama kan bagus". Arggh.

Allahh.. Allah. Rasa itu. Impian itu. Pandangan tarbiyah kamu itu. Semua dari Allah.

Duhai diri, yang memahami kamu hanya diri kamu dan Tuhan sahaja,
Jangan mengharap manusia disekeliling sudi memahami perasaan kamu.
Bukan sahabat andai dan bukan juga murabbi.
Bergeraklah perlahan-lahan.
Bergeraklah tarbawi dan dakwi  itu.
Rasa itu anugerah . Doa pada Tuhan moga rasa itu sampai kamu mati.
Bersyukurlah diri. Andai kamu tahu Tuhan itu sentiasa mengiringi kamu.

Bernafaslah dengan lafaz tasbih,tahmid dan istighfar.
Manusia tak maksum . Bukan malaikat. Teruskan jalan meraih cintaNya. Terus sebarkan salam dan senyuman.

Selamat datang tahun 2. Moga lebih matang. Moga lebih fokus belajar. Moga lebih serius dalam DnT. Allah. Permudahkanlah urusan kami.