Friday 28 September 2012

Sana Situ Usrah~

Assalamualaikum wbt..:)
Salam musafirilmumafraq
Barakallahualaina....Amin~

*Hakikat ini pandangan manusia khilaf berusia 18 Tahun.Mohon teguran jika terdapat kesalahan.

Ke"sensitiviti" USRAH

Saya kenal usrah apabila saya jejak kaki ke SMKA Kuala Selangor.Masa itu sewaktu saya form 4.Mendengar sahaja aktiviti usrah,membuatkan saya menjadi 'excited' berusrah sebab usrah adalah benda baru bagi saya ketika itu.Perjalanan usrah sangat awesome bagi saya.Nak2 bila sendiri menjadi naqibah(walaupun hakikatnya tak layak).Alhamdulillah,Allah izinkan saya mendapat ilmu tambahan bila liqo' bersama murabbi(yakni ustaz dan ustazah sekolah saya).


TETAPI keadaan itu menjadi agak berlainan ketika kaki menginjak ke alam universiti.Pendedahan demi pendedahan tentang usrah ini.Ada jenis usrah ini.Jenis usrah itu.Kadang-kala meniimbulkan "kepenatan" dan kekeliruan.Pastinya,majoriti pelajar U  tak boleh lari topik Usrah ini.

Saya sedar,kalimah USRAH hakikatnya memang sentisif sejak zaman As-syahid Imam Hasan Al-Banna lagi.

Beralih ke zaman sekarang ini,kewujudan pelbagai USRAH ini adakalanya punya kepentingan dibelakangnya.Siapa tahu bukan?

Ada juga dikencam dan mengencam.

HEMATKU

Saya yang dhoif ini berpendapat,tidak salah 'mendengar' mana-mana usrah.Saya pasti semua usrah 'menjanjikan' tarbiah.Makanya,jika betul usrah tersebut memberi input tarbiah,silakan mendengar.

TETAPI masalah timbul pada perkataan 'mengikuti'.Pening jugak kepala saya dibuatnya.

Jika berkenaan berpegang kepada al-Quran,Assunah dan tidak langgar syarak juga  "tidak melanggar undang-undang setempat",hemat saya.Silakanlah...

***************************************************************

Hal-hal sebegini harus dihadapi dengan ilmu dan iman.Bukan dengan emosi dan nafsu.

Utamakan yang utama.

Cuba bersangaka baik tapi berhati-hati.

#Sisi ini sedang mencuba mengutamakan yang utama.
#Bibit mahabbah kepada Persatuan Zon(PZ Mafraq)..ececeh^^..moga Allah Redha...



Saturday 22 September 2012

Erti Hidup Sederhana



Asalamualaikum:)

Alhamdulillah.Lama sangat tidak menulis.Moga Allah permudahkan urusan kita semua.

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Seungguhnya,setiap apa yang Allah tetapkan itu ada hikmahnya.

Bagi saya,sebahagian daripada kita dihantar jauh ke luar negara kerana di luar negara adalah tempat yang paling afdal untuknya.Sebab mereka ini perlu di'campak' ke tempat jauh untuk cari erti hidup sebenar.Supaya sedar sikit!

Maka,tak perlulah kita berbangga sangat dengan apa yang kita miliki.

CEBISAN HIDUP TANDUSAN MAFRAQ

Trademark Mafraq adalah padang pasir.Senang kata,hidup di kelilingi pasir.Kurang kemajuan perbandingan Amman,Irbid dan Mu'tah.Kemudahan internet juga yang kebelakang sedikit.

Bila direnungkan kembali,itu adalah nikmat.Bagi saya,Mafraq ini suasananya suasana kampung.Sesuai untuk sesiapa yang suka ketenangan.(macam saya)

Alhamdulillah,dari sudut kewangan,perbelanjaan di Mafraq lebih murah dari tempat lain(tapi terasa mahal lagi walaupun harga barang 1JD)

Apa yang pasti,perlu men'kondusif'kan cara pembelajaran.Itu lagi penting.Kakak-kakak senior selalu pesan "Bila kita bermualamah dengan orang Arab ini kena cara mereka la".

Yang lagi penting,pencarian ilmu itu walaupun di mana sahaja kita belajar.(moga Allah permudahkan)

Rabbi yassir wa la tuassir.



Mafraq,
nama yang begitu asing tika di tanah air,
kedengaran irbid,amman dam mu'tah sahaja yang familiar,
tatkala diletak di al-bayt,'apakah'?mengapakah?
Namun,Tuhan itu Pemilik Hati,
mendidik hambaNya belajar erti menerima,
Tika jejak di bumi barakah Syams ini,
"Tuhan.Terima kasih.Permudahkanlah"
Ku hampiri Mafraq,
Benar,Tandus.Sahra'.
Berbaik sangka dengan Tuhan,
Mafraq adalah terbaik bagiku,
Teringat kata2 seseorang ketika Minggu Haluan Siswa(MHS),
"Belajarlah hidup dalam berkurangan"
Terinngat pesanan yang lain,
"Tajdeed niat selalu"
Kita tak tau masa depan,
Kita merancang,Tuhan merancang
Ku tinggalkan pertanyaan,
"Tapi adakah pngkhiran hdup kita ni nanti satu bakal pngakhiran yang baik?"

musafirilmumafraq





Wednesday 5 September 2012

Refleksi



                                             "Apa yang kita lihat dan sedar?"


Saturday 1 September 2012

Ku mohon Barakah-Mu



Assalamualaikum:)

Alhamdulillah.Semalam settle segalanya.First time rumah kami sekeluarga buat kenduri(Kenduri Tahlil dan doa selamat).Moga arwah atok di rahmati Allah di alam sana.
Gamaknya kendurinya macam kenduri kahwin sudahh..

Jazakallahukhoiran kasiran ila saudara mara2 yg sanggup turun join sekaki menjayakan kenduri tersebut.Pakcik2 makcik2 jiran tetangga yang sudi hadir dan sahabat2 yang dapat hadir.

Ad3ullah supaya ada keberkatan dan rahmat daripada Allah atas kehadiran dan doa kalian..

Kita tak tahu masa hadapan.Maka,100% kena bergantung pada Allah.

~Fact,amanah itu berat woo...

Barakallahufikum ya ikhwah wa akhawati..:)

Antara sahabat lama yang dapat datang.Semasa di SMK Abdul Jalil dulu sebelum hijrah ke KUSISS~
InsyaAllaah ukhuwah sampai ke syurga~Terima kasih antunna sekalian..