Wednesday 31 October 2012

Allah Akan Uji Apa Yang Kamu Cakap!



Dia berdiri di tepi koridor sambil melihat pemandangan luar jamiah.Dia memilih bahagian tingkap yang terbuka supaya dapat menghirup udara segar dari luar. Udara dalam sudah tercemar dek sikap Arabians yang tegar sekali menghisap rokok. Dirinya mula tertanya-tanya bagaimanakah markah ‘exam’ yang bakal diterima sebentar lagi. Mumtazkah? Atas pagarkah? Atau…Arggghh!              Nauzubillahminzalik. Lewatan minit berlalu. Muhadharah jam 1 hingga 2 petang selesai dan bakal diganti muhadharah jam 2 hingga 3 petang. Dia masuk ke kelas. 
 
“Asal ramai orang lagi ni?” Dia bertanya sambil melabuhkan punggung di tempat yang telah ditetapkan doktor.       

“Doktor bagi ‘paper’ la” Sahabat di sebelah mengkhabarkan. Dia membisu batu. Ada perasaan berdebar mula menjalar di sudut hati.

Saat muhadharah pun bermula dan latihan spontan diberi oleh doktor sambil beliau memanggil nama pelajar untuk menerima kertas peperiksaan masing-masing.

“Cuak bohh”, bisik hati Dia. Maka ketika itu, doktor memanggil nama sahabat. Dia yang terkejut. Selang beberapa nama, nama Dia pula dipanggil.   
 
“Haa!Ya Allah,teruknyaa”. Jerit Dia dalam hati.

Sahabat ibarat cuba menenangkan. Dia ibarat cuba memaniskan muka tetapi itu belum mampu memaniskan wajah hati yang sebentar saja lagi bakal memecahkan empangan air matanya. Dia buat-buat biasa. Di akhir pertemuan antara Dia dan sahabat selesai tamat muhadharah, empangan air mata mula retak. Sedikit air mata keluar.

“Tahan.tahan..Mak”. Hati membisik memanggil ibu.

Sampai di sakan, tangan terus laju menaip angka Malaysia menelefon rumah. Ibu menjawap. Saat itu empangan air mata betul-betul pecah. Mohon maaf dari ibu kerana tidak mampu mendapat yang terbaik. Ibu juga menitiskan air mata. Ibu mana yang tidak sedih jikalau anaknya juga sedih. Pesan ibu teruskan belajar. Sembahyang jangan tinggal. Akhir perbualan.

Dia melihat langit yang kosong tanpa awan. Terlintas kemudian..

“Allah akan uji apa yang kamu cakap!”

Pesan kakak senior semasa awal berada di Bumi Jordan. Dia mengimbas kembali hal lalu. Ya,Dia sudah jumpa!. Dia pernah menasihati sahabat di Malaysia ketika sahabatnya itu merasa jatuh akibat hal sama seperti yang Dia lalui sekarang. Sekarang hal yang sama pula terjadi padanya. Benar,Allah sekarang menguji apa yan Dia telah cakapkan. Dia menghela nafas.

“Ni pun mungkin adalah kaffarah. Juga kerana dosa yang kau buat tanpa sedari”. Dia megkoreksi diri.

Teringat Dia akan surah an-Najm yang baru Dia dan sahabat tadabbur ketika ‘circle’.

“Dan bahawasanya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya.” (ayat 39)

Terkena kepada batang hidung sendiri.Padan muka!

Allah, baiknya Engkau kerana menegurku. Ini adalah cara Engkau menegurku. Supaya aku tak sombong, supaya aku sentiasa sedar siapa aku, supaya aku sentiasa berharap dan bergantung padaMu sepenuhnya. Terima kasih Allah. Peganglah hatiku ini dan jangan biarkan aku di kalangan manusia yang rugi. Pinjamkan aku kekuatan menghadapi semua ini agar aku bangkit untuk menimba ilmu keranaMu.

Doa Dia.






Monday 22 October 2012

Bukan Duit Kita


Perkongsian buat (aku) yang selalu lupa
:)

INGAT,AKU PUN BAYAR!

Teringat kata-kata abang saya sebelum terbang ke Jordan.

"Kau ingat,aku pun bayar duit tu"

Memang sentap saya waktu itu.Walaupun sewaktu dia cakap tu macam bergurau tapi saya terasa juga apa yang dia cakap.

Kita sendiri maklum,hakikatnya apabila kita di dalam medan ilmu ini,kita semua di'taja' biasiswanya.
Biasiswa PAMA(papa dan mama),JPA,MARA,MAIDAM,JAIS,Zakat negeri dll.

Walaupun ada perbezaan nilai yang diberi,tetapi itulah biasiswa kita yang diiringi harapan dan amanah.Baik di mana pun tempat kita belajar.Betul tak?

BEST KE?

"Kamu berapa biasiswa?",tanya kakak senior.

"Biase je kak"jawap dia.

"Berapa?"tanya kakak senior lagi.

"RM***",jawap dia.

"Selesa awak.Tak payah fikir masalah duit".Balas kakak senior.

"Gulp.Selesa??!!",jawab dia sambil menelan air liur.

Bila renung dan tenung balik,memanglah 'best' dapat biasiswa banyak.
Tapi yang kadang-kadang kita rasa tak tenang tu,semakin banyak duit biasiswa,semakin tinggi amanah dan harapan.(wah,sinopsis baru)
Mana taknya,ada sesetengah biasiswa tu datangnya dari hasil cukai rakyat bayar,cukai tanah,cukai pintu,duit zakat,duit pinjaman dll.Tak tambah lagi dengan wang yang diberi pakcik makcik sebagai tanda perhargaan.Bukankah itu sesuatu yang kita patut fikirkan juga?.

Bila kita dalam tempoh belajar ini kadang-kadang tak boleh terlalu seronok 'aku bukan budak sekolah lagi','suka hati aku la aku nak buat apa lepas ni'.Sepatutnya kita belajar menjadi seorang anak muda yang ada manfaatnya.Kita belajar bagaimana menjadi matang.Fikirkan apakah nak kita sumbang pada masa depan.Mungkin ada yang cakap,'Kau cakap senang la'.Cakap memang senang tapi at least kita belajar 'cuba' dan 'cuba'.Analoginya,batu yang besar tak akan beralih sendiri kalau 
kita tak alihkannya.

Bukanlah disini menyuruh untuk kita menjadi syadid.Belajar memanjang.Full time buku.Itu bukan manusia namanya.Berpada-padalah.'Manage' masa sebaiknya(pesanan untuk diri sendiri sebenarnya)

BILA MALAS BELAJAR

Fitrah sedang menelaah pelajaran di atas katilnya.Meja rendah berbentuk bulat diletakkan atas katil sebagai meja belajar.

Tiba-tiba matanya mula kabur melihat coret-coretan dalam bukunya.Hati mula berasa bosan,diitambah dengan cahaya lampu yang malap menambahkan kemalasannya.

"Ya Allah,kenapa ini?"

Fitrah membuka bahagian desktop laptonya.Melihat kembali sticky note yang ditempek.Sticky note yang ditulis amaran tentang duit belajarnya.

"Hurmm,wahai diri cubalahhh.....".

Hemah,bila malas belajar carilah 'aspirasi',koreksi diri sebentar,pergi minum air dulu ke,ataupun coretkan sesuatu yang boleh menaikkan semangat.InsyaAllah,bila diri inginkan kebaikan pasti Allah bantu.

Pesan senior selalu:

'Tajdid niat balik'

'Tajdid niat balik'

'Tajdid niat balik'

Wallahua'lam.






Saturday 13 October 2012

Siapalah Aku...

Assalamualaikum~

Just perkongsian,untuk refleksi diri,ingatkan diri punya Pencipta yang Agung.



***************************************************
Baru saja saya sembang facebook dengan seorang sahibah...
Satu ayat yang saya terkesan daripadanya.

"Ko kat sane study leklok..sume org kat sini nak pegi sane..hehe"

Begitulah ayatnya.Ada yang kata:

"Ohh..best yaa"

Saya memang tak boleh nafikan kata-kata di atas.

Hakikatnya,saya merefleksi untuk diri sendiri bahawa:
"kau kena diletak tempat yang jauh supaya kau sedar siapa diri kau,jangan sombong dengan Tuhan,belajar erti hidup.Belajar hidup bergantung 100% dengan Allah.Tak ada nak dibanggakan pun dengan kedatangan kau kat sini"

Tak semua yang ke luar negara mampu pulang dengan kejayaan.Tidak dinafikan ada perasaan takut wujud dalam diri ini.Tapi itulah yang saya nukilkan sebentar tadi,disini wajib belajar hidup bergantung pada Allah.Eh,bukan di tempat saya saja tapi ditempat kita semua berada,kita bergantung kepada Allah.

Melihat perkembangan sahabat-sahabat saya yang semakin hebat di Malaysia,terasa syukur kerana Allah membantu mereka.(dorang tengah final exam,stpm dan stam bakal exam.Doakan mereka berjaya).Terasa cemburu melihat mereka telah memburu ilmu awal daripada saya.Serius!Jeles kot....

Melihat juga dalam kalangan mereka telah mengerjakan umrah menambahkan kejelesan saya.

Ditambah lagi,mereka bercadang buat perkongsian dengan adik-adik junior di sekolah(KUSISS).*Tak ke ni lagi menambahkan kejelesan.

#Jeles untuk perkara baik itu harus ye~

Saya refleksi diri,benarlah..di bumi Allah ini,di merata-rata tempat boleh belajar.Baik di Malaysia mahapun Jordan.Tinggal kita je nak ataupun tidak.

Hijrah ke tempat lain adalah wadah mengembangkan pencarian ilmu.Kenal dengan budaya luar.Jika berkemampuan,pergilah.Jika tidak,teruskan pencarian ilmu dengan guru-guru setempat yang luas juga ilmunya.

Sebentar tadi,ada liqo' bersama sahabat-sahabat sini..tilawah dan tadabbur surah an-Najm.Sesuai untuk mereka yang berada dalam mood exam.

"Dan bahawa manusia hanya akan memperoleh apa yang telah diusahakannya."(ayat 39)

Terasa tak?

Itulah KalamAllah.Hebat!Setiap ayat Quran kalau direnung,ditenung,Ia akan memberi kesan mendalam pada kita.Subhanallah!

Ok,saya rasa macam da lari tajuk...hehe

Akhirulkalam,
apa yang membezakan kita bukan tempat belajar tapi taqwa!!





Saturday 6 October 2012

Kritiskah Kita?


Kritis

"Kita nak bina anak muda yang kritis,cakna isu semasa".

Kata yang penuh semangat dilontarkan.Mengajak sahabat berfikiran ke arah matang.

Namun apakah kritis yang di'wara-wara' dan diinginkan itu benar-benar kritis?

Saya bukan orang layak membicarakan hal ini.Hanya ini adalah pandangan seorang dhoif yang ingin belajar.Mohon teguran berhikmah daripada sahabat-sahabat sekalian.

"Dalam Kamus Dewan (1984) pula, perkataan ‘kritis’ ditakrifkan sebagai “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malahan menimbangkan buruk dan baiknya terlebih dahulu”.
(masih relevan walaupun bertarikh 1984)

Kadang-kadang orang melihat permikiran kritis itu hanya pada hal-hal tertentu sahaja.Contohnya,hal-hal politik sahaja.

Sepatutnya,fi kulli hal memerlukan permikiran kritis.Hatta,hal masak-memasak sekalipun.

Ada juga yang menilai,kritis ini apabila lantangnya bicara.

Pendapat saya yang dhoif,TIDAK!.Sesekali tidak!.

Kritis itu bukan kepada lantangnya kita berbicara,

Kritis itu bagaimana kita berfikir secara matang,

Berbicara,berdialog,berdiskusi secara hikmah,

Bukankah itu yang diajar Islam?

Bercakap dan berfikir berdasarkan iman dan ilmu,

Bukan emosi dan nafsu...
 

Ingatkanlah diri,kritis ini bukan untuk mengkritik tanpa hala.Kritisnya kita untuk maslahat ummah bukan kemafsadan ummah.

Kritisnya pemikiran bukan buatkan kita 'syadid' tetapi wasatiyyah.Memudahkan bukan menyusahkan.

Kritis Berfikir,Tenang berbicara,Mudah difahami,Senyum Sokmo..:itulah
~Qudwah Hasanah,Rasulullah yang dirindui,Nabi Muhammad s.a.w.

PENUTUP

Jalan kita sebagai anak muda masih jauh.Jangan berhenti berlari.Kerahlah roh bangkit.Ajaklah jasad melangkah.Paling aulanya,kerahlah hati meng'hambakan' diri kepada Allah.

#Hakikat diri penuh sangat debu-debu kekurangan dan dosa.Tak mampu sendiri.Perlukan 'tangan' yang sanggup memimpin.Hakikatnya Allah adalah sebaik-baik Penolong.Allahu Rabbi...


Wednesday 3 October 2012

Ilmu Disebalik Debu



Assalamualaikum~

Menghayun langkah 
di bawah ruang langit yang kosong,
Di bawah panas mentari,
Membakar kulit peluh membasahi jasad,
Terus berjalan,
Angin mula bertiup deras,
Memberatkan pakaian memperlahankan jejak,
Tika itu ada satu hal yang belum dilihat,
Debu berterbangan dek angin yang kuat,
Terasa kerdilnya diri,
Fitrah manusia darinya,
Tempat yang dipijak dan paling rendah,
Allah mengingatkan hambaNya,
Jangan sombong kerana engkau bukan punya apa-apa,

Ilmu disebalik Debu,
وهو بكل شئ قدير