Thursday 24 May 2012

Mengintai Keduanya


Bismillahirrahmanirrahim

mengintai dosa,
ianya hitam dan hamis
gelisah dan muram

mengintai pahala,
putih dan harum,
tenang dan suci  

Di antara daerah jelas,hitam dan putih
Ada di cipta daerah kabur,kelabu
agar insan itu ragu-ragu beramal

maka,
apakah kita memilih yang jelas lagi buruk?
atau 
apakah memilih yang jelas lagi baik?
atau
apakah memilih yang di awangan?



#White and Black,jauh bezanya..^^

Monday 14 May 2012

Takut Masa Depan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^
Alhamdulillahirrabill A'lamin
Peace be upon the Messeger,
The Prophet,Muhammad s.a.w

MASA DEPAN

Benda ghaib.Ya,masa depan adalah sesuatu yang ghaib.Tak nampak dan tak tau.Nabi Muhammad juga sedikit pengetahuannya melainkan apa yang diwahyukan kepada Baginda.
*Bicara masa depan termasuk skop akidah jadi tak nak tulis panjang2..takut silap sebab bukan orang yang mahir tentangnya..^^

HAKIKAT MANUSIA TAKUT MASA DEPAN

Saya pernah lihat status sahabat di facebook,lebih kurang macam ni ayat statusnya:

  "makin aku renung masa depanku,makin luluh hatiku"

lebih kurang macam tu la ayat dia.

Ya.Saya akui saya sendiri juga ada perasaan takut terhadap masa depan.
Apakah?Bagaimanakah?Bilakah?Semua ada..

Anda pun saya rasa tak terlepas ada perasaan takut terhadap masa depan.kan?kan?

Justeru,fikir sejenak..

'Aku tak tau masa depan aku macam mana?berjaya ke?gagal ke?syurga ke?neraka ke?Ya,aku tak tau,maka konklusinya.. AKU PERLU BERUSAHA

BARU FAHAM

Saya baru faham apa maksud tersirat salah satu tajuk dalam buku motivasi saudara Hilal Asyraf: 
Langit ilahi 3,Fanzuru:Maka lihatlah.
Bab 'Aku berusaha kerana aku tidak mengetahui'

Hari ini baru faham.

Kita tidak tahu.maka harus berusaha.Berusaha yang bagaimana?

Usahalah menambah ilmu.Siapkan 'senjata' untuk menghadapi masa depan.

Kita tidak tahu apa yang terjadi apabila telah menyiapkan diri tetapi sekurang-kurangnya persediaan telah dilakukan.

Lagi satu,di mana Tuhan di hati kita bahawa Dia saja yang tahu masa depan kita?

Maka keyakinan pada Tuhan yakni Allah perlu dipasakkan.Bukankah keyakinan/percaya ini paling penting dalam Islam.

'Put you trust in Allah'

Kata-kata yang saya 'curik' dari novel Cinta High Class karya Fatimah Syarha.

#Lepas ini kalau mula nak rasa down.saya ambil kata 'Put your trust in Allah' sebagai kata semangat.Bukan 'All is well' dah macam dalam cerita 3 idiots tu..^^



 



 

Tuesday 8 May 2012

First thing first


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Khaifahalukum??
tegur dan nasihatilah saya jikalau ada yang salah..

FIRST THING FIRST=utamakan yang utama

ADA APA DENGAN NIAT

Niat adalah asas sesuatu perbuatan.Sesuatu perkara yang kita buat mesti berlandaskan niat.

Saya pernah membaca di satu tapi tak ingat blog mana.Antara persoalan yang diutarakan yang lebih kurang begini persoalannya:
'pernahkah kita terfikir kenapa di dalam kitab 40,Imam Nawawi meletakkan hadis pertama tentang niat??'

Haa..nampak tak?Pada pandangan saya yang dhoif ini,lihatlah betapa pentingnya niat itu dalam sesuatu perbuatan kita.

Kepada sesiapa yang belajar Pen.Al-quran dan As-sunah,ingat tak kita ada belajar tentang konsep ibadat dalam silibus form 4*sila rujuk buku rujukan sebab saya pon rujuk buku...hihi

Di gariskan ada dua syarat tertentu supaya diterima oleh Allah:
1)niat melakukan ibadat ikhlas kepada Allah s.w.t
2)cara melakukan ibadat tersebut mestilah menetapi cara yang diajar oleh syarak

Daripada Abi Umamah al-Bahili r.a berkata,berkata 
Rasululllah s.a.w:'Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menerima sesuatu amalan 
melainkan ikhlas semata-mata kerana mencari keredhaan-Nya
(Riwayat an-Nasaie)

PESAN MAK JANG

Semalam saya chat dengan mak jang saya,ada satu nasihat mak jang tentang 'sambung studi' yang buat saya di sentap bagai kejutan eletrik

Mak jang:..'InsyaAllah..niat yang baik pasti Allah permudahkan'..
Saya tanya diri saya,'aku ni niat baik ke nak smbung belaja?'

Bagi saya sebagai hamba yang sering alpa perlu banyak kali muhasabah diri.
Gembira boleh kerana dapat sambung studi tapi berpada-padalah.

Siapkan diri dengan cari ilmu course yang kita dapat. Lihatlah sekejap,apakah yang mungkin pada masa akan datang.

Memang kita tak nampak masa depan,sekurang-kurangnya kita rancang sebaik mungkin untuk kebaikan masa depan.Tapi hakikatnya,itu terletak di tangan Allah.Betulkan niat kita,InsyaAllah Allah permudahkan jalan kita.

Mak jang:...lepas ni sambil2 nak tido bolehlah angan2 ke sana ye pit..

Saya:....berangan tuh..rase takut plak nak berangan..kene keje keras sikit....

Mak jang:x pe berangan sikit2..jangan over sdhlah..sebb dari anganan tu jadi impian..dan impian itulah yg membuat kita berusaha mencapainya..pastinya keje keras itu perlu..nama pun jihad..InsyaAllah fi sabillillah..yg pasti kene kuat semangt

KONKLUSI

Percayalah,syaitan tak kan sesekali duduk diam melihat cucu-cucu Adam ini menggapai ilmu Allah,pastinya dibisikkan kata-kata negatif yang membuat kita rasa down.Maka,carilah kata-kata nasihat dari kenalan-kenalan atau yang lebih afdhal carilah Allah Ya Rabbuna..moga ketenangan dari Allah milik kita.InsyaAllah^^

Duduklah sebentar dan koreksilah diri apa niat kita untuk belajar.Belajar boleh dinisbahkan sebagai jihad,maka jalannya pasti penuh cabaran.Semoga perjalanan kita ini diberkati Allah s.w.t dan InsyaAllah sama-sama kita berdoa kita ini menjadi mutiara Islam.
  
#tahniah kepada kawan2 yang dapat sambung studi...lubang2 ilmu itu ade dimana-mana..c u later~.^

Thursday 3 May 2012

Aku Pun Tak Sangka

Allah Maha Kaya
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum^^

 
SYUKUR?
InsyaAllah kali ini nak tulis something kerana mungkin lepas ini saya akan kurang meng'update' blog sangpencerahku ini.Harap 'kurang mengupdate' tu tak kan terjadi.InsyaAllah.hihi


Allah itu telah memilih siapa yang Dia hendaki dalam sesuatu urusan.Dia bagi sesuatu nikmat kepada manusia dengan pelbagai cara.

Pada pandangan saya dhaif ini,seluruh hidup kita ini nikmat.Maka wajiblah kita ini bersyukur akan nikmat tetapi tak boleh nafikan yang sememangnya manusia ini kurang bersyukur.*saya?Nauzubillah..

"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. al-Baqarah: 243)
 
SANGKAANKU
Kadang-kadang kita tak sangka nikmat yang kita nak Allah terus bagi.
 
Tak menjangka langsung saya dipilih.Kadang-kadang terfikir juga saya,'betul ke aku nih?'Keputusan keluar sangat cepat.
 
Tidak menjangka Allah itu mengkabulkan dengan cepat tetapi saya yang sering lalai harus sentiasa muhasabah.Moga perjalanan menuntut ilmu ini Allah redha.
 
Dalam kesenangan itu pastinya ada ujian untuk menguji bahawa betulkah manusia ini orang yang beriman.

Moga kita berjaya harungi..^^

JAZAKALLAHULAKUM

Terima kasih kepada kalian yang menyokong saya.Abah yang sanggup ambil cuti.Mak yang sanggup lepaskan anaknya ini.Abang-abang dan kakak yang menyokong saya dalam 'perjalanan' ini.Murabbi yang sedia mencurahkan dan berkongsi ilmu.Sahabat-sahabatku yang sentiasa mendorong ke jalan ini.Tidak lupa kepada kalian yang meng'follow' saya di blog yang tak seberapa ini.

Aku juga tidak tahu bahawa adakah aku mungkin berjaya 'jejak'kan kaki atau tidak.

Perjalanan masih jauh,urusan banyak perlu disiapkan.

Moga kita sama-sama berjaya yoo....~.^


mungkinkah?kita merancang,Allah tentukan^^