Friday 27 January 2012

Fitrah said:How to protect ourself from maksiat hati...

cinta yang suci adalah selepas akad.hehe.elak maksiat.
'STORY' FITRAH
Muna tersengih-sengih membaca komen kawan-kawanya dalam facebook.
heehe.Baru minggu lepas Muna minta kakak buat facebook.Kawan-kawan minta dia buat akaun fb untuk memudahkan mereka 'communicate' + tak payah bazir topup.Memandangkan Muna sudah tukar sekolah di SBPi so thats a good reason Muna 'wajib' ada akaun facebook.huhu.
And definitely,Muna nak jadikan fb sebagai platform dakwah,kongsi ilmu dan menimba ilmu.Bagi Muna,Islam is the way of life.Di mana-mana boleh amalkan Islam tapi mesti di jalan yang betul.Kalau nak ada fb mesti tujuan yang betul dan jangan nak 'gatal-gatal' cari yang tak sepatutnya.


Namun dalam membuat satu kebaikan mesti ada ujian.Allah nak tengok sejauh mana hamba-Nya betul-betul mempertahankan niatnya yang baik atau hangat-hangat tahi ayam!Muna diuji.Apa yang jadi?

                                                         *** 
Muna buka akaun facebook.
                                                    
"eh...ade artikel baru la kat dalam blog langitilahi",monolog Muna dalam hati.
"nih kena usha",monolog Muna lagi dengan 'excited'.

Tiba-tiba,glump.satu ruang chat muncul.Ucapan salam tertera


"sape pula nih?",tanya Muna dalam hati.
"Adi Fahmie Herman?..aku kenal ke budak nih?",tanya Muna dalam hati.

assalamualaikum
ana nak tanya 
antum berminat ke Al-Azhar?
ana juga punya kawan di malaysia
-Adi Fahmie Herman-

Ah,sudah.apa pulak yang dia tanya ni.Ni mesti pasal aku punya profil yang aku letak Al-azhar generation.Mamat ni cakap macam bahasa 'seberang'.Aduh!Tu la kau Muna memandai tulis macam-macam.Marah Muna kepada dirinya sendiri.


Muna 'decide' meng'ignore' sahaja soalan lelaki tersebut.Muna cuba tahan tangan dan hati menjawab soalan lelaki tersebut dan menghantar mesej melalui facebook satu post yang diberikan Fitrah,kawannya bertajuk Facebook: boleh chat dengan lelaki?.

Bagi Muna 'chat-mengechat' ni tak salah tapi mesti atas urusan tertentu yang dibenarkan Islam.Muna bukanlah seorang terlalu "syadid"(menjaga) sampai tidak bercakap dengan lelaki.Muna masih bercakap pakcik,abang ipar,abang saudara tetapi  yang ini...Susah nak cakap.Ah,kira dosa la ni kalau dah rasa serba salah.Muna menghantar post tersebut kepada..dia.


***
After one week.Muna buka akaun facebook.Eh..

Assalamualaikum.ana hanya hendak memberi informasi mengenai al-azhar.Ana sudah lulus Ujian ke Al-azhar.Tidak punya niat apa-apa.Ana juga mempunyai kawan dari Malaysia.afwan.-Adi fahmie Herman-

Hessyh.Macan mana nih.
Ana minta maaf.Ana hanya ingin menjaga hati.Ana tak mahu hanya cakap tak serupa bikin.Tahniah atas kejayaan.Afwan.-Muna-

Lepas ni kalau dia balas lagi,never reply.!!Titik!tegas Muna.
***
About a month.Muna teringat peristiwa dan ujian-ujian yang dia lalui.Terlintas di fikiran satu ujian tentang....Muna hanya tersengih mengenangnya.
Macam-macam la dunia ni.
Usha fb la.Lama tak buka fb.Ade mesej?

menjaga hati,menautkan hati atau sudah bernikah?-Adi fahmie Herman-

Ish,dia tak habis-habis lagi!!tangan sudah di 'keyboard' ingin membalas.eh2...

Kata iman.Muna tak payah la balas.Kau layan benda buat tambah dosa je.Bukan kau nak jaga hati ke?Kau tak rasa benda ni dah jadi satu dosa?.Biar la mamat tuh.you are a daie,right?

hmm..betul juga ye?Biarlah dia dengan persoalan dia tu..

Muna is offline.

FITRAH SAID..   

Daripada Abu Hurairah r.a,daripada Nabi Muhammad s.a.w:"Seseorang yang hendak berzina tidak akan melakukan zina itu semasa dia berkeadaan sempurna iman,dan seorang yang hendak minum arak tidak akan minum arak  itu semasa di berkeadaan sempurna imannya,dan seseorang yang hendak mencuri,tidak akan melakuan perbuatan itu semasa dia berkeadaan sempurna imannya.(riwayat Bukhari)

Di sini yang ingin saya bicarakan adalah kepentingan iman dalam mengatur kehidupan,dengan iman kita sedar yang hidup ini ada 'guide-line' yang perlu dipatuhi.Sejujurnya,apa yang dilalui Muna saya juga melalui.Mungkin juga anda?.Ketahuilah,zaman modenisasi ini banyak cabarannya terutamanya zaman remaja ini.Saya juga remaja.Ini dia zaman di mana semua remaja mencari identiti diri,mencari kebenaran,mencari apa yang disukai.Zaman remaja adalah paling mencabar.Kenapa?Zaman inilah yang membentuk dirinya apabila dia sudah masuk alam dewasa.Tak percaya?Cuba kita melihat orang dewasa.Mereka selalunya susah nak tinggalkan 'habit' mereka yang sudah lama mereka amalkan sejak remaja.Contoh mudah 'habit' merokok.
Dan paling peting,kita jaga iman kita ini.Yang terang lagi bersuluh memang dosa,jangan kita buat.Jangan memandai cari dosa.Kisah Muna tu saya harap menjadi lesson untuk kita semua.Jangan terlalu mesra la apabila 'berfb-fb' nih..nak-nak bila yang lain jantina.Kata nak jadi soleh dean solehah?Bila lagi menyolehkan diri?Ini la masanya.Ghuraba'??

>>You must proud to be a ghuraba'...it,s mean  a 'Stranger'!!

TEGUH DI SAAT YANG LAIN RAPUH....


do we love Islam?if yes lets show it..










Wednesday 25 January 2012

Belajar daripada mereka yang susah..

'view' belakang rumah opah.musim menuai.(**,)
Musim raya cina.
Balik ke kampung mencari ketenangan.
Namun,ketenangan itu milik Allah.
Ini dia tarbiah dari kampung.
Belajar dari mereka yang susah.
Sharing is caring.hehe
CERITA MUSAFIR

Hari sabtu.Pukul 5.30 pagi tiba-tiba mak saya kejut.Sepatutnya pukul 4.30 pagi kami sudah bergerak balik ke kampug.Mak bising dekat saya sebab saya yang kunci jam handphone mak.Aduhai..mak kesayangan.Bukan salah saya la!!Akhirnya abah 'decide' lepas subuh.'Around' 6.30 pagi kami mula gerak.Tabiat saya dalam kereta ialah tidur.Masuk kereta mesti mengantuk tambah lagi 'air-cond' yang semestinya menjalankan tugasnya memberi angin yang sejuk.Perjalanan ke Perak selalunya ambil masa 5 jam.Tapi hari itu 8 jam!!,Ya Allah!!Jamm!!Saya ingat lagi,jam sudah pukul 9 pagi,kami baru sampai di Rawang.Umangai...Susahnya.Badan saya sudah rasa sakit sebab duduk lama sangat.Hmm..nak-nak abah saya yang drive tuh..

Pukul 2.30 petang baru kami sampai.Sekarang,rumah opah dan tokwan terletak di sebelah rumah mak ngah dan tok long selepas peristiwa kebakaran tahun lepas.Alhamdulillah melihat suasana kampung,hati jadi tenang.Rumah tokwan dan opah kecil sahaja.Itulah hidup orang kampung.Kemudian,kami makan.Menu hari itu,ikan kering,belacan+ timun,keladi masak asam pedas.Saya terfikir kalau sesetengah orang bandar yang makan mesti luak.Alhamdulillah,dari kecil mak dah ajar makan macam ini.Saya belajar dari mereka yang susah.

"Dulu kalau takde makanan,kami makan nasi dengan garam je..",teringat kata mak pada suatu ketika saya pernah merungut tentang makanan.Saya hanya diam.

Opah dan mak Ngah pula sibuk cari bahan-bahan untuk buat kuih yang saya 'request' seminggu sebelum balik kampung.hehe.Nak tau kuih ape?Wadai Kalakatar dalam bahasa Banjar.Pernah dengar?Ape tu?Wadai maksudnya kuih.Kalakatar tu nama kuih la.First time saya dengar pun pelik juga.Saya rasa terharu + excited sebab nak belajar buat kuih a.k.a wadai ini.Kemudian,Mak ngah suruh saya dan mak cari bahan yang paling penting iaitu buah nyiur a.k.a buah kelapa kat belakang rumah.Tapi bukan kami yang ambil,mak ngah juga yang kena ambil sebab Amin,anak Mak Ngah bawa kami dekat sawah.Takpelah,yang saya dapat gambar di atas tu..huhu.

Mula misi kami buat kuih.Saya nampak Mak Ngah sibuk cari sabut.Kemudian dia suruh Ijoy,abang saudara dan kakak saya pergi ambil dekat rumah lama opah.

"mak ngah nak buat ape dengan sabut?",tanya saya.
"Nak masak la..?",jawab mak ngah selamba.
"Kenapa tak guna dapur je?",tanya saya lagi.
"nanti rasa dia tak sedap,tak original",kata mak ngah.
"ohh..",balas saya.

Selepas itu,proses membuat kuih bermula.Antara bahannya ialah,gula,telur,tepung,isi kelapa.Mak suruh saya kacau campuran benda-benda dan hasilnya..
tadaaa..ha!dah siap.tinggal nak masak je..hehe.masterchef!!
Lepas siap gambar di atas,opah amik masuk dalam kuali untuk kacau sampai pekat and then baru masuk dalam periuk untuk di kukus.Cara macam kukus tapi guna sabut.
macam ni la,,atas letak sabut bawah pon letak sabut..hehe
 Semasa menunggu kuih ni siap.Opah ada cakap.

"Dulu kalau opah masak macam ni pastu mak kau nangis,opah dukung mak kau sambil masak".kata opah.

Saya senyap.Adik beradik mak 10 orang.Camno tuh?
Lama menunggu.Akhirnya lepas saya habis sembahyang maghrib,kuih pun siap.
Alhamdulillah.Penat berbalas.

kuih kalakatar sudah siap untuk dimakan..
Itulah kuih kalakatar.Hari pertama dekat kampung pun sudah mentarbiah saya.Alhamdulillah.
PELERAIAN

Kalau dalam novel mesti ada peleraian.Begitu juga novel hidup saya.4 hari di kampung sangat menenangkan.Jauh dari kesibukan bandar.Dan perkara yang saya ialah Belajar daripada mereka yang susah.

picnic kat taiping
view taman tasik.saya ambil suka gambar.boleh jadi photographer x?
doa selamat untuk mak cik yang nak sambung belajar kat UPSI
misi mencari buah kelapa pandan nak bawak balik k.l
ronda-ronda di Ban Pecah
gambar setelah di edit.Rindu 'editmengedit' zaman sekolah
#p/s:gambar kenangan.Tangan yang suka tekan punat kamera.

Terima kasih mak uda yang sudi bagi saya 'mempoyo bagai photographer pro' dengan dslr Canon beliau..saya nak juga!

Thursday 19 January 2012

Dunia memang memeningkan..

 
di manakah dunia bagi anda?
REMAJA KINI

MY BIODATA
  • impian aku nak tumbangkan kerajaan ***
  • cita-cita aku nak jadi ahli politik
  • idola:**********(beberapa nama tokoh yang terkenal)
  • "kenapa kalau nak berjaya kena belajar,takde ke cara nak berjaya selain belajar?"
apakah yang anda fikir sekiranya anda membaca petikan diatas.macam ada yang tak kena kan?Pada pendapat saya,persoalan yang ditulis tak sesuai dengan dengan impian dan cita-cita beliau.

Ini adalah biodata yang pernah terbaca ketika saya masih bersekolah.Jika lihat kepada penulisnya,saya nampak kredibiliti beliau sebagai pemimpin.Ilmunya dan juga kertas-kertas yang terselit dibawah 'cover' mejanya menampakkan cita-cita beliau sebagai ahli politik.Tapi itulah,biodatanya itu menunjukkan fikiran yang belum matang termasuklah juga saya sendiri.Bagi saya,beliau belum nampak kepentingan ilmu dalam mengejar cita-citanya sebagai ahli politik.Cuma saya pasti beliau kini mungkin sedang mencari ilmu sebanyak mungkin.Ye ke?InsyaAllah..

Situasi remaja kini.Saya ambil contoh yang mudah iaitu kami(saya dan kawan).

"kau tau tak,budak sebelah tengah debat pasal politik?"kata Ruwaidah yang balik dari tandas.

"Ye ke?Ni yang usha nih?"kata Qida sambil terus keluar dari kelas,buat-buat ke tandas.

Semasa melintas kelas tersebut,Qida terlihat sekumpulan group pelajar lelaki sedang berkumpul.Masing-masing sibuk keluarkan hujah pertahankan ideologi politik sendiri.Qida hanya menggeleng.hmmm..

Itulah situasinya.Remaja kini sudah pandai mengikuti perkembangan politik walaupun di sekolah dilarang bercakap tentang politik.heehe..

KITA KINI

Kita kini.Kuasa menjadi rebutan.Siapa yang dapat jadi pemimpin dialah berkuasa atas segalanya.Pangkat menjadi pilihan tapi sumbangannya takde.Tampuk kepimpinan analoginya adalah pokok.Akar ibarat rakyat.Batang pokok ibarat pemimpin.Dahan yang bercabang-cabang ibarat usaha.Buah pula adalah negara.Jika banyak nutrien,garam mineral,dan air diserap ke dalam akar,maka akar akan menjadi kuat.Akar yang kuat akan membantu dahan menampung beratnya pokok.Bahan yang diserap akan dibawa ke seluruh tempat dalam pokok.Maka terhasillah buah ranum dan sedap dimakan.Kalau kurang,vice versa la jawabnya.Bahan yang diserap itu ape?Jawapannya di bahagian akhir post ini.

Saya begitu tertarik dengan artikel di dalam Majalah solusi isu no.38~kata dua oleh Muhammad Jihad yang bertajuk Majoriti Takwa.Antaranya petikannya:
  Semangat yang meluap-luap ketika ingin merebut kemenangan kadangkala  
 bertukar malap secara beransur-ansur apabila fasa bekerja untuk mengisi  
 kemenangan.Ini memerlukan pengorbanan tenaga,harta dan masa.Mereka 
 yang hanya mampu "meruntuhkan" kerana benci belum tentu dapat "membina"  atas dasar cinta kerana sudah menjadi sunnatullah  
 meruntuhkan lebih mudah daripada membina.Meruntuh sekelip  
 mata,sebaliknya membina mengambil masa.

Ya,membina mengambil masa.Contoh yang mudah ialah peristiwa pembukaan Kota Konstantinopel(Istanbul).Hadis rasulullah mengatakan kota itu hanya jatuh di tangan seorang ketua yang baik,tentera yang baik dan rakyat yang baik.Dari zaman Rasulullah sehingga zaman sahabat,umat Islam cuba menakluk kota tersebut tapi gagal.Dan akhirnya,kota tersebut berjaya ditakluk oleh seorang anak muda iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh di zaman Uthmaniah setelah kira-kira 800 tahun hadis itu diucapkan.Namun begitu,tak semudah itu untuk menawan Kota Konstantinopel yang diperintah Maharaja Konstantine.Lama masanya untuk menakluk kota tersebut,Sultan Muhammad Al-Fateh cuba menjadi hamba Allah yang baik,disamping membentuk tenteranya menjadi hamba baik dan handal lagi cergas,rakyat juga tidak dipula untuk memantau kegiatan mereka.

Disini saya ingin kaitkan kisah di atas dengan petikan seterusnya:
   Anak tangga dalam menegakkan Islam mesti didaki secara bertahap- 
 tahap.Pelaksanaan sistem islam di peringkat ummah ialah proses akhir  
 setelah islam tertegak dalam diri,keluarga dan masyarakat.Jika proses ini  
 cuba dilakukan tanpa tertibnya, tidak mustahil para pencinta Islam akan  
 terkial-kial sendirian untuk menegakkan Islam di peringkat negara dan  
 antarabangsa.

Nah.kita boleh bandingkan petikan di atas dan juga kisah pembukaan kota Konstantinopel.Perkara paling vital adalah pembentukan generasi yang betul-betul menghayati roh Islam pada peringkat individu,keluarga dan masyarakat.Inilah jawapan bagi bahan yang perlu diserap oleh setiap pokok.Sekiranya "bahan" ini ada dalam setiap manusia,saya yakin akan lahirnya satu negara Islam yang betul-betul harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama.

TINGKATKAN PRESTASI KURANGKAN KONTROVERSI

MASALAH
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa di seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".




H.R. Abu Daud

 SOLUSI
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmiz

Lihat kata rasululullah:  
hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

Seperti yang saya nyatakan di post sebelum ni.Tak perlu buat Phd untuk mencari punca umat Islam sekarang.Hanya kembali kepada al-Quran dan as-sunah,InsyaAllah,Allah permudahkan urusan kita.Saya ingatkan diri saya dan anda semua,jangan kita bertelingkah hanya kerana berbeza fahaman ideologi.Jangan terlalu ego mempertahankan pendapat kita.Bersikap terbuka menerima pandangan orang lain.Paling penting,jangan campurkan kebatilan dan kebenaran kerana haram itu jelas dan halal itu jelas.Di antaranya ragu-ragu.


sekian,terima kasih.(^^,)


#salah dan silap harap dimaafi.tegurlah saya jika yang disampaikan adalah   
  salah~

Monday 16 January 2012

"Itu kejayaan bersama la.."

Bilik prep kami.usaha bersama.kejayaan bersama.
KITA SAMA-SAMA USAHA KAN?

SITUASI
"okey..hari ini kita buat soalan trial terengganu.jadi,duduk dalam group.cepat2!",arah cikgu Rosli. 

As-sya,MiraEqin,Jiha dan Fitrah duduk in one group.Kebiasaan mereka duduk paling depan sekali.hehe.Dapat ilmu lebih sikit.

"weyh..macam mana nih?"tanya Fitrah.Kawan lain meng'ignore'kan sahaja sebab tengah khusyuk dengar Cikgu Rosli bagi penjelasan.Fitrah pun rasa 'fed-up'.!

"Malas la belajar...",rajuk Fitrah.

"Kau kenapa?".tanya MiraEqin.As-sya dan Jiha pun turut pandang ke arah Fitrah.

"Korang kan pandai..aku je bodoh",selamba Fitrah.

"Apsal cakap macam itu,kita semua sama je la.Tak baik cakap macam itu.Sama-sama la usaha.Kalau tak tau tanya la tapi jangan tanya time cikgu tengah cakap".Bebel Jiha.

"Ntah ko ni..",tambah As-sya.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Hari keluar result SPM.Semua muka kegembiraan termasuk...Mereka!Tahun kegemilangan dimana Batch 14 mencipta rekod..semua 7A and above!!Takbirr.Allahuakbar!!Gema kedengaran di dewan Ibn Bathutah.


"Wah,hebat gile kau As-sya,Jiha,Mira!",kata Fitrah.

"Eleh kau..result kita semua sama,banyakla kau punye hebat.Inilah dikatakan kejayaan bersama after usaha sama-sama,faham?",balas As-sya.

"Faham bosssyy...",kata Fitrah sambil tabik 'spring' kat depan sahibah2nya.



#THE END..

KONKLUSI

Usaha tangga kejayaan.Ya,benar.Itulah realiti.Lagi bermakna kejayaan itu dirasai bersama.Saya bersyukur kerana lima tahun tinggal dia asrama yang mengajar saya hidup berdikari.Life di asrama berbeza dengan rumah.Hidup tanpa mak dan abah di sisi membuatkan diri berani to stand on my own feet.Ketika saya Form 3(SMK Abdul Jalil),saya start serius belajar.Sampai ade seorang sahibah perasan yang saya semakin senyap walaupun pada hakikatnya saya bukan seorang yang senyap.hehe.Belajar di dalam satu bilik membuatkan kami selalu share ilmu yang ada.Tak faham tanya orang ni,orang tu.Indahnya,hidup berukhuwah!(^^,)Situasi yang sama bersambung lepas saya masuk KUSISS.Lepas habis trial,kami satu kelas susun meja untuk duduk dalam satu group(saya,Aina,As-sya,Yanie).Meja penuh dengan kertas + buku..bertingkat!Tak berakhir di dalam kelas sahaja,dalam extra class pun sama.Ustaz Kamarula.k.a Pengetua yang selalu pastikan extra class mesti ade especially untuk f3 and f5.syukran cikgu2 semua,sayang kamu semua..Di dalam satu organisasi pun sama juga.BADAR.Badan Dakwah dan Rohani.Bagi saya,kelancaran dan kejayaan satu majlis under BADAR adalah hasil sinergi ahli-ahlinya walaupun majlis itu diseliakan oleh satu lajnah.Tanpa lajnah-lajnah lain,lajnah yang menyelia majlis tersebut tak mampu menyelia majlis itu sebaiknya dengan sendiri.Organisasi BADAR di sekolah saya juga begitu.Semua lajnah ada tugas-tugas masing dalam menjayakan majlis.Majlis Tertinggi uruskan tentang VIP dan kertas kerja.Lajnah Usrah uruskan jamuan.Selalunya lah.Lajnah Dakwah uruskan disiplin pelajar.mostly.Lajnah Penerbitan uruskan multimedia,take picture dan edar risalah.Lajnah Ekonomi uruskan susun atur dewan.Lajnah Kesenian uruskan pasal teknikal macam microfon.Hah..nampak tak?Semua bekerjasama kan?Ada tugas masing-masing.Nah,hasilnya,terlaksanalah satu majlis yang cantik dan juga hebat!hmm..Itu kejayaan bersama lah!!


P/s:cerita di atas tiada kaitan dengan hidup atau mati.. 
~segala salah silap harap dimaafi.peace no war~(^^,)


majlis israk mikraj under BADAR

Saturday 14 January 2012

share knowledge:N.A.D.I

kurang nampak?NADI.
apa tu?

 N.A.D.I
Need al-Furqan and Doa in the part of life
Program ni diajak oleh kak ekin.
ape yang nak di'share'kan?
di bawah saya kongsikan pe yang saya dapat..(^^,)


TOPUP ILMU WALAU DI MANA KITA..except toilet ye
Alhamdulillah,hari ini saya telah dipilih menjadi salah satu peserta program.Program ini tak besar mana pun tapi 'impact' besar buat saya.Just straight to the first slot.Thanks juga kepada abah saya yang sanggup menghantar awal-awal pagi dan menjemput saya pada awal waktunya.toceii..

TEGUH DI SAAT YANG LAIN RAPUH
Sedikit ta'lim wa tadabbur(pengajaran dan pngahayatan) surah oleh Ustaz Muien.Ustaz ni masuk-masuk je terus bagi salam and then tulis satu ayat kat papan tulis.hehe.Saya pun agak pelik.Sebenarnya,ustaz terlambat sikit so terus start majlis.Surah yang kami sama-sama tadabbur ini adalah surah Ali-Imran:164.
 
"Sungguh, Allah telah memberi karunia kepada orang orang beriman ketika (Allah) mengutus seorang Rasul (Muhammad) ditengah tengah mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat ayatNya, menyucikan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Kitab (Al Qur’an) dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar benar dalam kesesatan yang nyata."

 Saya terangkan sikit ayat ini.       
Nikmat besar bagi orang-orang yang beriman itu adalah Rasul.Sebab ape? 
Sebab tugas seorang yang membacakan ayat quran.As we know,before nak faham seseuatu kena baca dulu.Selepas baca,ajar.Dan lepas tu baru la berlaku 'tazkiah al-nafs'.The last sentence tu kita diutus rasul kerana mereka sebelum dalam keadaan jahiliah..dengan adanya Rasul semua manusia iaitu orang yang diberi hidayah telah di'brain wash',dimantapkan akidah mereka dan akhirnya menjadi dalam kalangan orang2 beriman dengan tarbiyah al-quran dan sunnah..the end..(**0)

Beza orang muslim and mukmin.Bukan sama ke?I say nope.

Orang muslim ini dia memang mengucapkan syahadah.Tetapi dia tak menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.Bak kata orang,Islam kat i/c jek tapi hampeh!
Orang mukmin  pula dia konfem Islam dan beriman.Beriman macam mana?Dia tunaikan perintah Allah dan tak buat larangan Allah,itu orang beriman.
Saya tanya,orang Islam yang tak solat.muslim or mukmin?Yes,muslim.Is it clear?

KONKLUSI

kata ustaz Muien,tak perlu buat reseach untuk phd tentang punca masalah umat Islam sekarang.Puncanya apa?tak baca,tadabbur,sampaikan dan amal Al-quran.Kalau 4 step iaitu baca,tadabbur,sampaikan dan amal kita aplikasikan dalam komuniti Islam kita sekarang,InsyaAllah 'bereh' semua masalah kita.Wallahualam.

p/s: disaat slot ustaz muien kawan saya pain menelefon.eh, bukan dia kat plkn ke?oh,baru saya tahu plkn boleh bawa enset.hehe.dan kawan saya lagi sorang,piqa juga menelefon.kenapa sume tefon ni.??saya send mesej and then saya call balik lepas habis slot.ohh,rupanya dorang satu plkn..piqa tu kawan time kat SMK ABDUL JALIL(f1-f3) dan pain kawan kat SMKA K.SELANGOR(kusiss f4-f5),Alhamdulillah kawan saya telah menjadi kawan kepada kawan saya.Subhanallah.innama almukminuna ikwah.Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.I'm very happy.

~insan lemah.tegurlah daku jika apa yang disampaikan salah.(^^,)~
 
thans for sahibah2 baru saya a.k.a akak2.
saya paling muda.heheh.

 
 

Friday 13 January 2012

~tension??~


Assalamualaikum..
untuk post kali ini adalah tarbiah dari kawan saya,
Maryam a.k.a Mokye(bukan nama sebenar)
dialog dibawah telah di'edit' untuk kefahaman anda

MEMORI SEMALAM
...p/s:waktu:around 9-10 p.m   :tempat:bilik bersepah(billik prep)

Bulan Exam.Semua khusyuk baca buku termasuk saya.Bilik menjadi pilihan untuk saya study memandang major pilih study kat dorm.Tengah berkerut dahi membaca buku biology dan saya rasa...aarrrghh!tension..esok bio tpi berapa 'kerat' je aku baca.Allah.monolog hatiku.Termasuk yang study kat situ mokye,dibah adnan,nada(walaupun takde exam esok) dan saya lupa siapakah yang ade sekali waktu tu..

 Saya:weh..boleh tak aku nak jerit?tension sangat nih...ya Allah!!
            ko tau tak,tadi lepas habis paper chemistry,ade seorang hamba 
            Allah(golongan Adam) jerit...kira dah habis tension la esok takde 
            paper..student yang amik l.k and techno
 Maryam:kenapa?ko rasa nak jerit gak?
 Saya:A'ah!
 Maryam:ko tau tak,sebenarnya kan orang yang lepas geram dengan jerit
                ni,tak kira la kat mane2,kat bukit or gunung,dia ibarat 
                MELEPASKAN API KE LANGIT.
Saya:melepaskan api ke langit?apa tu?
Maryam:melepaskan api ke langit maksudnya macam kau tak tahan satu  
            ujian and then kau nak lepaskan beban kau dengan menjerit..yang 
            ibarat kau luahkan amarah kau terhadap Allah..
Saya:glummmpp..saya terkedu..A'ah kan..
  
KEMBALI
Mendengar explaination Maryam membuatkan saya berfikir kembali dan muhasabah diri saya.Sebenarnya,ayat MELEPASKAN API KE LANGIT itu diambil dalam buku motivasi Hilal Asyraf~Kembara Hamba Mencari Cahaya~,buku yang saya beli tetapi diaplikasikan dan dihabiskan dulu oleh Maryam.Saya pun tak habis lagi buku tu dan thanks Maryam for giving me some advise.InsyaAllah sama-sama kita muhasabah dan mengkoreksi diri.




                                                #bila nak habis baca buku memandu nih?


Wednesday 11 January 2012

tangan menggeletar (^^,)

assalamualaikum..
Alhamdulillah kerana Allah telah menggerak tangan saya walaupun menggeletar(seram sejuk)
bukan sebab apa pun,actually,kalau benda first time saya buat konfem tangan akan sejuk..tapi Alhamdulillah Allah mengizinkan saya untuk  menulis.(**,).Sebelum ni,kalau saya write something saya selalu post dekat fb tapi nak senang saya post je kat 'note book' saya...he3..insyaAllah sekarang saya meng'post' di blog saya ni.Di blog ~Sang Pencerah~ ni kita akan berkongsi ilmu walaupun ilmu saya 'ciput' berbanding kalian apatah lagi Allah..Am i right?so,dekat sini saya meng'share'kan satu post saya kat fb...

 *p/s:krya ini adlah bnr tapi ada sdikit ubah suai.jom layan..
ktika itu,aku dekt bwah kipas di musolla.almaklumlah bru habis bersukan.semua orang cri kipas.tengah dok hilangkan peluh,kakak form 5 msuk nk solat dhuha.ktika itu pula ade ustazah ariza.
alang2 dia ada dkt sni baik aku tnya prkra yang
sudah lma aku trtanya-tnya..
ana:         assalamualaikum,ustazah.
ustazah: waalaikumussalam,ye,ada apa Fitrah?
ana:         begini..saya nk tnya.klu kita dalam facebook,chat dgn
                 banin(lelaki)brtujuan dkwah,boleh kah?
                 contohnya,,kita post kat profile 1 hadis.kmudian ada
                 seorang banin tu replay sruh kita jlskan hadis itu.
                 bagaimana,ustazah?
ustazah:hmm..sebenarnya umur(now i'm 16) mcm kmu ni msih  
                tidak sesuai lgi utk brdakwah dkt orang ramai..
                lgpun kita tkut lpas kita bg pnjlasan, kita berchating pula
                dengan banin itu..jdi perkara itu sudah jadi fitnah pada
                diri kita..sptutnya kalau kita ada kemusykilan,
                tnyalah yg sama jantina..kalau banin,tnyalah dgn banin
                lain atau ustaz..kalau banat(perempuan) tnyalah dgn
                banat atau ustazah..dgn itu kita dapat jga hati kita...
                dan WALAUPUN NIAt KITA BAIK IANYA TETAP SALAH..
                ingat!! NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...
ana:        begitu ya ustazah?..baiklah.. saya sudah faham.
                trima ksih ,ustazah
ustazah: sama-sama
  >>hmm..bagaimana perasaan sekarang?..mungkin kita kata susah utk
       tidak berchat dengan lelaki/perempuan..tp ingat!hendak buat 
       perkara baik mmg susah.. hendak buat bnda buruk  mmg snang..
       cuba elakkan berchatting dgn jadi kita cuba usaha..kita cuba buat
       sedikit2 kalau dlm b.arab kita sebut mahlan2(perlahan2)...
       insyaallah Allah akn tolong..1st krya ana ni khas utk diri ana yg sering alpa,
       kaum kerabat,guru2,sahabat dn saudra seislam yg disayangi..
       bersama kita renungkan dan selamat beramal...barakallahualaikum..amin...
      INGAT!!!CUBA ELAKKAN BERCHATTING DGN AJNABI KECUALI PERKARA 
          UTK PERKARA YANG AMAT PENTING......!!!!

                                                 
                                 ini 'note book' saya