Friday 5 July 2013

Cita-cita kecilku

Terkadang terasa tidak layak untuk punya cita-cita besar. Apatah lagi bercita-cita menggapai syahid. 

Terasa bukan orang selayaknya memikir untuk punya cita-cita. Cita-cita untuk menyumbang pada agama Islam itu sendiri. Malu. 

Hakikat, manusia itu tidak pernah lari dari cita-cita. Aku juga. Tersendiri malu memikir kenapa aku boleh bercita-cita kecil itu. 

Cita-cita kecilku mahu bersama dengan tangan-tangan yang berusaha membina jiwa-jiwa khalifah berjiwa hamba persis para sahabat dahulu. Mahu kita semua hidup dengan cara Islam. 

Malu. Seolah tidak layak bercita-cita kecil demikian. Kerna diri ini bukan sesiapa.

Cuma sedaya upaya cuba membina diri sendiri menjadi individu muslim. Tangga individu muslimku bila dianalisis semula bawah level 1 agaknya. Masih banyak kerja sebelum benar-benar mahu membawa Islam ke puncak.

Melihat keadaan dunia hari ini. Isu di Mesir. Isu di Palestin, Syria dan Malaysia sendiri. Bolehkah aku katakan kepincangan itu berlaku kurangnya manusia bersifat individu muslim.? 

Individu muslim satu permulaan, satu langkah seperti mana tika Rasulullah sedang membawa Islam ke puncak, terdahulu baginda membina jiwa-jiwa muslim dan mukmin dengan terapan akidah yang sejahtera. Apabila jiwa-jiwa itu telah sejahtera, maka automiknya seluruh perintah Allah dan Rasul dilaksana dengan patuh tanpa banyak bicara. 

Kerja-kerja membina jiwa-jiwa sejahtera itu kemudian berkembang dalam peringkat keluarga para sahabat dan naik ke peringkat dalam masyarakat pula dan kemudian usaha itu dibawa dengan penghijrahan ke Madinah membina Negara Islam pertama. Dan seterusnya.

Usaha-usaha membina dan baik ini sememangnya penat. Namun, penat lagi Rasulullah waktu ingin memperkenalkan(membawa) Islam yang syumul ini, 

Jika benar mencintai Allah dan Rasul.Jika benar ingin menjadi rantai-rantai dakwah Rasulullah, haruslah juga merasai perasaan yang Rasulullah alami , bukan? Alami sendiri badan berasa sakit lantaran kerap berjalan menemui orang ramai menyampaikan Islam itu apa. Otak sendiri berfikir permasalahan ummah dan penyelesaiannya. Perut kosong lantaranterkadang tidak sempat memikir akan haknya.

Ahh, banyak benar sebenarnya kerja yang belum selesai. Banyak perkara harus difikir.

Belajar.Kerja.Dakwah dan Tarbiyah. Ummah. 

Virus merah jambu. Tolong hindarkan dari diri anda. :)

terima kasih kerana membantu :)