Tuesday 27 November 2012

Ilmu Didatangi Bukan Mendatangi






Sekian lama menyepi lantaran tertutup idea untuk menulis. Ditambah 'ujian hati' yang sememangnya kita sendiri apa puncanya. Hakikatnya,datang dari diri sendiri.


HAKIKAT ILMU

Ramai ditanya kenapa nak sambung belajar. Ada yang jawap nanti nak dapat kerja bagus. Balik nanti nak jadi lecturer. Kalau di'research' kembali,hadaf setiap pelajar menuntut ilmu itu berbeza.

Ketika daurah baru-baru ini,ukhti bertanya kepada kami:
"Apa hadaf awak datang Jordan?".

Seorang demi seorang memberi jawapan. Ada yang kata sebab nak bahasa arab,memang nak datang Jordan,ada juga yang kata tak tahu.Bagi yang tak tahu tujuan mereka sambung belajar , kita husnu zhon kepada mereka. Mungkin sedikit masa lagi,mereka akan jumpa hadaf mereka menuntut ilmu.

Ukhti selalu tanya apa tujuan kita hidup?Kali pertama saya disoal saya sendiri ternganga-nganga.

Berdasarkan nas al-Quran, tujuan hidup kita adalah sebagai hamba dan khalifah. (surah az-Zariyat:56)(surah al-Baqarah:30)

KAITAN MATLAMAT ILMU DAN MATLAMAT HIDUP

Pada pandangan saya yang dhoif ini,hadaf menuntut ilmu sangat rapat dengan matlamat hidup. Terpulang kepada kita untuk menerima atau tidak. 
Bila kita sedar dan serius akan matlamat hidup kita, kita sedar kepentingan ilmu. Merealisasikan matlamat hidup memerlukan ilmu. Bagaimana sesuatu boleh dicapai tanpa ilmu? 

Pentingnya ilmu bukan sekadar nanti nak jadi doktor, peguam, engineer dan segala bagai. Pentingnya ilmu bagaimana ilmu itu bermanfaat untuk mengislah diri kita,keluarga,masyarakat dan seterusnya negara. 

LIF IMAN

Kita tahu iman manusia itu analoginya lif. Kadang-kadang naik. Kadang-kadang turun. Malang lagi kalau lif itu rosak. Kita tidak tahu iman kita seperti lif yang rosak. Dan beruntunglah kita jikalau kita tetiba rasa kenapa kurang enak dan kurang selesa dalam hati,itu adalah tanda Allah masih sayang dengan kita. Bersyukurlah juga kerana Allah tidak membiarkan kita dalam arus   lalai dengan duniawi.

MELIHAT SIRAH

Melihat sirah, umat Islam pernah dulu pernah menguasai 2/3 dunia(ustaziyatul alam) sewaktu zaman Abbasiyah. Siapa tahu lagu 'ِِِِAdakah Kau Lupa'?
Antara liriknya: "Keimanan juga ketaqwaan rahsia mereka capai kejayaan".




Usaha menanam keimanan dan ketaqwaan(Aqidah) adalah sesuatu perkara yang sebenarnya telah lama dilakukan Rasulullah sejak zaman Mekah lagi. 

Aqidah.Hakikatnya adalah asas yang membawa kepada kuasa 2/3 dunia.

Aqidah.Satu ilmu yang paling penting untuk dititikberatkan.

Kita sudah kembali ke 'suasana' zaman Mekah. Bahkan,lagi teruk dari sejarah dulu. Tetapi kita jugalah yang perlu mengislahkannya semula. 

Saya tak mampu sendirian maka,sudikah awak berpimpinan tangan dengan saya untuk memulakan langkah ini dengan bersama-sama menjadi Individu Muslim?

*Hadaf menuntut ilmu bukan kerana kerja semata-mata,bahkan lebih besar daripada itu.

Moga Allah redha dengan kita:)



Wednesday 7 November 2012

Syabab SuperMuslim | Akhawat SuperMuslimah


SuperMuslim | SuperMuslimah


Assalamualaikum:)

Fikiran yang minta diluahkan agar sama-sama mendapat manfaatnya.


Sebenarnya sendiri malu mengatakan hal sebegini kerana diri masih baru, masih kurang biasa. Kadang-kadang tersenyum sengeh melihat perkara sebegini.
Tetapi bila dianilisa semula, ini perkara serius juga. Mualamah. Berkaitan perjalanan hidup seharian kita.

[BERITA LUAR NEGARA, JORDAN]
{VERSI PUISI KREATIF}

Syabab disegani,
Bertitah ayat "lelaki itu pelindung bagi perempuan",
Sendiri melihat kamu cakna akan ayat ini,
Kagum dengan kelakianmu,
Cuba menjadi pemimpin semampu mungkin,
Walaupun kadangkala dirimu ditolak,

Syabab disegani,
Teguranmu diraikan dan membuatkan hawa terharu,
Sementelah kita jauh dari keluarga,
Faham akan perlunya kita saling menjaga,
Atas dasar saudara seislam, InsyaAllah,
Terima kasih diucapkan.

Akhawat disayangi,
Memahami dirimu ingin belajar berdikari,
Sedaya upaya kamu menjaga diri dan maruah,
Ditengah-tengah kelompok asing,
Walaupun kadang-kalanya disalah erti,
Sama-sama kita cuba perbaiki.

Akhawat disayangi,
Fahamilah kita ini golongan yang dimuliakan,
Renung kembali bagamaina Nabi kesayangan kita,
Berusaha mengembalikan kedudukan kita semoleknya,
Jauh berbeda daripada jahiiyyahkala dulu,
Mulianya kita dengan Islam.

Syabab disegani akhawat disayangi,
Alangkah baiknya kita saling berganding bahu,
Bukan syadid tanpa hala dan liar berikhtilat tanpa tuju,
Saling memain peranan atas dasar iman dan ilmu,
Bukan emosi dan nafsu,
Saling meraikan atas dasar ukhuwah,
Bukan maki dan benci.
Saling menjaga dan menghormati,
Demi kemaslahatan bersama,
Bukankah Islam itu indah?

Sticky note:)
*Rijal dan Nisa' itu berbeza kerana saling melengkapi.
*Bangga jadi murakib, bangga ada murakib..fair and square(~.^)