Tuesday 31 July 2012

Masyarakat maya..Masyarakat realiti


بسم الله الرّحمن الرّحيم
....^^السّلام عليكم

Musykil.

Musykil kepada diri dan musykil kepada 'mereka'

Terutama 'masyarakat facebook'

Saya,awak,kamu,dia,beliau,mereka.

Kebanyakannya juga adalah golongan 'masyarakat facebook'.


FACEBOOK

"Suka aku la...facebook aku..hang jangan nyibuk!"

"So??Ade kene-mengena ke status aku dengan hang!Tak suka..hang block je la aku ni"

Saya terfikir.Apanya tak ada kena mengena.Statusnya yang selalu di'update' muncul di 'news feed' orang lain.Tak ke ada kena mengena tu???

Hazihi musykilah kabirah fi fikrah mujtama'una!

Ini masalah besar dalam fikiran masyarakat kita!

Rasa orang lain tidak boleh menegur dirinya.

Rasa diri sudah baik.

Apakah di akhirat,terjamin dia tidak akan datang kepada orang sekeliling,
mengungkit hal di dunia?

"Awat hang tak tego aku time kat dunia dulu"

Ahh!Sudah!Dia tuntut teguran pula.Bagaimanakah?

RUNSING

Pada pendapatku yang dhoif ini merasakan,kita berasa runsing akan hal-hal masyarakat.

Apakah cara mengembalikan masyarakat maya merangkap masyarakat realiti ini kepada fikrah Islam yang syumul?

Mungkin akan ada 'mulut-mulut longkang' mengata di belakang:

"Hang pun terumbang-ambing plus 'mabuk laut' lagi.Nak suruh aku follow hang plak.."

Ha!Ini pun salah satu mentaliti yang harus diperbetulkan.

Ya,benar!Saya dan kamu yang 'menyeru' juga terumbang-ambing.
Tapi apa 'effort' kita supaya kurangkan 'mabuk laut' yang masih ada dalam diri kita.
Apakah itu tak memerlukan usaha?

Moga kata-kata ini membuatkan kita berfikir sejenak:

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik 
dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]

#Moga kita juga berusaha menjadikan diri lebih baik dari semalam.peacee~^^



Thursday 26 July 2012

Aku Terkena!



بسم الله الرّحمن الرّحيم
.....^^السّلام عليكم

Subhanallah!Jamil Jiddan!.Saya tengok rancangan 'Law Kana Bainana' tadi.

Menusuk qalbu!Aku terkena!

Simple keadaan.

Situasi:Beri salam ketika naik teksi.

Kalau Nabi S.A.W di kalangan kita,adakah Nabi akan beri salam ketika naik teksi?
Ini yang cuba diterangkan.

Salah seorang yang sudah diuji.Keluar je dari teksi,penumpang di tanya oleh host(Ahmed Shughairi).Ini perbualannya...*yang saya ingat..

Host:Adakah awak memberi salam ketika naik teksi?

Penumpang:Ya!

Host:Adakah dia beri salam(tanya kepada pemandu teksi)

Pemandu teksi:Tak..
(Si penumpang kelihatan malu-malu)

Host:Kalau Nabi S.A.W naik teksi,adakah Baginda akan beri salam?

Penumpang:Baginda naik teksi??

Host:Kalau Baginda ada dalam kalangan kita...

Penumpang.Semestinya baginda memberi salam.

Host:Kenapa ramai manusia jarang memberi salam?

Penumpang:Mungkin mereka sibuk.Mengejar masa.Ada perkara yang merunsingkan.

Host:Adakah ada yang lagi sibuk dari Rasulullah?

Penumpang:(Tergamam)..Tak..

Host:Rasulullah memikirkan tentang umat dan jihad.

Penumpang:Awak menundukkan saya dengan hujah.

Jamil,sohih??Subhanallah.Saya betul-betul terkena.Jahilnya kita.

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan masuk syurga kamu semua itu sehingga kamu semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Tidakkah kamu semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama kamu!"
(Riwayat Muslim)


Tuesday 24 July 2012

Jalan ilmu tak pernah sunyi

Ilmu itu cahaya kejahilan dan kegelapan..:)

بسم الله االرّحمن الرّحيم
...^^السّلام عليكم

:حديث النّبي صلى الله عليه والسّلام
:عن ابي هريرة رضي الله عنه عن النّبي قال
 ...;ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما,سهّل الله له به طريقا الى الجنّة...
(رواه مسلم بهذا لفظ)

Daripada Abu Hurairah r.a,daripada Nabi S.A.W,telah bersabda:
"Dan sesiapa menjalani jalan dalam menuntut didalamnya ilmu,
Allah akan permudahkan kepadanya dengannya jalan ke syurga"


Jalan yang tak pernah sunyi dari mehnah(ujian)
Tapi ianya satu minhah(anugerah)
Kamu dikira dikalangan mujahid
Ya,ini padang jihad

apa kau kira mencapai yang
abadi yakni syurga itu mudah?
Tidak!

Bersusah di dunia,bersenang-lenang di akhirat!

Tanya:Apakah kamu sudah siap wahai diri ???



Monday 23 July 2012

Madrasah Tarbiah...coming again



                                 بسم الله الرحمن الرحيم

3 hari sudah berlalu.Apa perasaan kita dalam tiga hari ini.Tenang ke?Gelisah ke?Ke takda rasa apa-apa sebab dah biasa puasa sunat?Hmm..boleh jadi juga kan?

Kitalah yang menghidupkan rasa itu.Terpulang.It's up to us.Sebab bukankah kita yang menentukan siapa diri kita ini.?

Agak-agak,Ramadhan yang tenang dari gangguan sama tak dengan hari-hari kita sebelum ini.?

Hari-hari sebelum Ramadhan.Lepas Subuh,tidur balik.'Ngumpat @ gosip'.Main game memanjang.Facebook 24 jam.Movie KCB.

Sama tak?

Yang itu kena tanya diri sendiri la.

Kalau inginkan kelainan dan lakukan perubahan,kita sendiri yang kena buat.

Madrasah Tarbiah?

Pon kena usaha sendiri kalau nak jadikan bulan Ramdhan bulan madrasah tarbiah.Itupun kalau nak la...Eh,tak nak keh??rugi oooo...

SYAITAN TAKDA,NAFSU...ADA

Malasnyeee nak solat awal....Penat la ngaji lepas zohor....Lapar plak..

Ngomelan yang wujud hasil titik peluh @ didikan syaitan yang berjaya diserap dalam diri manusia termasuklah 'writer' ini.Saya la tuh!

So,what should we do now?

Mengelamun plus biarkan je?

Ohh..tak patut tak patut...

Ikhtiar.Kita perlu bertindak.Jadikan setiap bulan Ramadhan yang kita lalui itu 'AWESOME'.Jangan biarkan macam tu sahaja.Ini pesanan khas buat diri saya...

The End.

#Saya banyak mengelamun.Keif haza??Astaghfirullah.Sa3idni Ya Rabb...











Wednesday 18 July 2012

Ahla Zikrayat..Daurah Mukasafah




Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum
Kaifa halukum jamián???
arju minkum bikhoir...(^^,)


Lama tak berblogging..kesian blog sangpencerahku ni..miskin jiddan!Tuan dia tggalkan sebulan satu minggu..lakin la ba'sa...al an...hayya2,,,hehe

DAURAH ILMIAH DAURATUNA ARABIAH
Alhamdulillah,asykuru ilallah...kerana Dia memilih saya yang dhoif ini sebagai sebahagian mereka.Wallahi,daurah ini banyak mengajar saya,membuka minda yang paling penting 'LI KULLI SYA'i...LILLAH'(setiap perkara...utk Allah)


First time dengar taklimat di KUIS,Ra'isul majlis yatakallam fi arabiah li anna huwa,Ustaz Mu3tasim min Sudan...Memang tak faham la waktu tuh..terpinga-pinga..


Lakin,Alhamdulillah..makin lama di dalam daurah,kami makin faham..mungkin yang musykilahnya dalam komunikasi..saya la tu!


HUWA MUSYRIFINA a.k.a ABINA MAJMUAH AL_FARA'
Musyrifina  min Gontor,Indonesia.
Thalibon min Uni.Al_azhar,Mesir.
Master fi UIA,Gombak.
Ismuhu Ustaz Ahya' Ulumiddin.
Huwa Jayyid wa mumtaz aidon.Motivator bagi kami se'majmuah'.


mak saya tak caye ni ustaz saya..
Antara pesanan yang paling saya terkesan:


"La ba'sa khoto'...khoto' jamilll.." (Tak apa salah..kesalahan itu cantik)


"Ana la urid nujum...nujum ghairu muhim..ma muhim..syaja3ah ila amam"
(Saya tak perlukan bintang,bintang tu tak penting,apa yang penting,keberanian ke hadapan)
*bintang:ganjaran bagi setiap majmuah kalau menang dalam pertandingan


"ikhtar!thoriq Musa au thoriq Firaun"(Pilihlah!jalan Musa atau jalan Firaun)
"iqra' kathir..la tatakasal!"(Baca banyak,jangan malas!)

Ada satu part yang paling buat saya nak menangis.Masa tu,kami buat halaqah akhir.Semua bagi ucapan.Salah seorang kawan cerita masalah dia..Tapi dalam B.Arab la..


Tentang mentaliti orang(ibu bapa) trhadap course yg dia ambil iaitu B.Arab.
Apa pekerjaan nanti kalau ambil course tu???
Sebab ibu bapa dia suruh amik course law.Nampaklah sikit gahnya.


Ustaz saya jawab:


"cukup...jangan fikir masalah itu...rezeki masing2 itu dah ditulis..dan sebenarnya,saya suka B.Inggeris daripada B.Arab..Tapi dengan B.Arab lah saya faham agama..jadi,jangan fikir kerja sekarang..belajar rajin2 dulu"


Itulah Abi kami.Caring walaupun tak kahwin lagi.saje cakap..hehe


Al-farra'..ahla zikrayat fi hayati..




TARBIAH DAURAH
forum sempena ulang tahun saifulislam.com


Alhamdulillah selain dari belajar bahasa arab,terdapat juga kelas talaqqi Hadis 40.Satu perkara yang paling OSEM.
Muallim ismihu Ustaz Abdul Rahman min Syria.Umur:24 tahun.Muda kan?
First time saya dengar,saya sendiri tak percaya.


Bila belajar hadis dan syarahnya sekali,baru kita tahu apa sebenarnya disebalik hadis.


Syukran aidhon ila kepimpinan KUIS sebab banyak buat program yang membolehkan kami join 'sekakí'.Ada ceramah Ustaz Azhar Idrus.walaupon hakikatnya saya tak faham loghat ganu.


Yang paling best,heheeh..Sambutan Ulang tahun ke-15 Saifulislam.com.Ada Ustaz Hasrizal,HilalAsyaraf and sahabat2nya dan ramai lagi.


Nak cerita sikit apa saya lihat pada mereka berdua ini.Tapi bukan mereka berdua tapi orang sekeliling mereka.

Saiful Islam-
Saya selalu baca artikel U.Hasrizal.Jadi,tahulah sikit-sikit tentang anak-anaknya.Anak sulungnya,Saiful islam.Daripada tulisan ustaz hasrizal menunjukkan saiful islam seorang yg matang dan realitinya mukanya memang seorang yang matang.Nampak la auranya.InsyaAlllah,dah besar ikut jejak ummi dan abi dia..Dia ada potensi!


Sahabat2 Hilal Asyraf


Masa tu,saya pergi booth Langitilahi.com.Yang jaga booth tu pula semua lelaki jadi,terpaksalah 'menebalkan muka'.Cool...Ha!saya tahu salah seorang yang jaga tu,Ameen Misran.Saya relak je..Masa tengah belek2 buku,terdengarlah perbualan antara mereka.Bukan curi-curi dengar ye,sebab fungsi telinga untuk mendengar kan.Perbualan mereka bukan perbualan yang kosong.Ada point.Tentang agama.Tentang umat.Tapi yang saya kurengg sikit tu,boleh pulak buku Batu-bata Kehidupan habis.Lakin,la ba'sa..beli kat kedai buku je nanti..^^

ENDING
Harapan.Amanah.Ini bukan keseronokan.


"Pergi sana mulakan dari kosong.Orang yang rasa dia pandai,dia adalah orang paling bodoh!"-Prof Madya Dr Abd Halim Tamuri.


Aku perlu berusaha,berdoa dan bertawakal sebab aku tak tahu masa depan.


Tholibat sayazhabna ila urdun wa maghrib ma'a musyrifin..Aminn
Wa akhiran,jazakallahukhoiran ya musyrifun wa murakib wa murakibah..


Musyrifun:                                 Murakkib:
#Ustaz Ahya' Ulumuddin             #Akh Amirul Hakim(UnisZA)
#Ustaz Thuba jazil                     #Akh Khalis(UnisZa)
#Ustaz Akbar Syarif                    #Semua ikhwah jordan yg sudi jenguk kami
#Ustaz Dedek Febrian                
#Ustaz Fejri Gasman                   Murakibbah:
#Ustaz Imannuddin                   #Ukhti Aliyah(Yarmouk Uni)
#Ustaz Doktor Muallimin            #Ukhti Illani(Yarmouk Uni)
#Ustaz Abdul Rahman               #Semua akak2 jordan yang sudi jenguk kami
#Ustaz Sammani
#Ustaz Mu3tasim
#Ustaz Basyasy