Thursday 30 August 2012

Stand microfone



Assalamualaikum:)

Bukan nak menulis tentang stand microfone.Asal usul kejadiannya ke apa.Kalimah microfone itu tiada kena mengena apa yang ditulis.Hehe.

STAND

Apa yang dimaksudkan oleh saya adalah 'stand'.Yakni prinsip.Kita ini perlu kepada 'stand'.Lebih kurang maksudnya pasak la.

Fi kulli hal,kita perlu ada prinsip.(Prinsip itu wajib selari dengan syariat.)
Tak kira dalam hal politik ke hal pilih calon isteri/suami ke bagaimana berurusan dalam mualamat ke dan segala-galanya.

Tetapi,prinsip itu jangan dipasang dengan rasa ego,riak,ujub,bias(berat sebelah) dan adik beradik seangkatannya.Itu bukan pinsip namanya.Itu poyo!

Ingat lagi kata penyelaras program semasa BTN(BTN lagii...)*ambil ini secara general.

"Awak kena ada stand sendiri baru orang respect awak.Bukan ikut orang."

ATAS PAGAR

Istilah yang selalu digunakan dalam hal ehwal undi-mengundi pilihan raya. 
Mungkin la kot istilah bagi orang tidak berprinsip(dalam hal mengundi).

Kita tak nak la begini.Tak molek kan?Macam tak ambil tahu saja..Sebab itulah kita kena ada 'stand'.

ENDING

Bentuklah diri kita jadi manusia yang berprinsip bukan hanya mengikut orang lain.Erti kata lain jangan 'taklid' buta semata-mata.Carilah ilmu,berpeganglah pada prinsip yang selari dengan syariat.Wallahualam.^^




Message FB

~hazihi risalah min ukht Illani..moga manfaatnya bersama kita sama ^^


"wahai manusia .kamulah yang memerlukn Alllah.dan Dialah yg Maha Kaya tidak memerlukan sesuatu Maha Terpuji" (35:15)

manusia seringkali merasa diri cukup sempurna.hebat dalam melakukan apa sahaja.sikit dipuji rasa hebat dimata manusia sbb manusia kadang terlupa semua itu takkan jadi bila tidak diizinkanNya.

kita rasa sbb kita struggle studylah kita dapat result spm gempak
kita rasa sbb kita hebat kita dapat study oversea
kita rasa kita lebih sikit dri kawan2 lain kita dapat tawaran jordan

tapi kita lupa
bukan satu kebetulan Allah izinkan kita jd antara best student sekolah
bukan main2 Allah hantar kita jauh2 utk menuntut ilmu
tak sia-sia Allah plan kita utk study dtimur tgah

semuanya sbb Dia mahukan kita lebih dekat dgn Dia
utk kita bersiap memperbaiki dan dibaiki hatinya
utk menjadi diri yg lebih bersih dihadapanNya
kita jauh2 dari famili,sahabat yg satu geng dulu semuanya bersebab dan mungkin saja
supaya kita lebih bergantung harap hanya pada Dia.
supaya kita benar2 bertawakkal pada Dia.
supaya bila balik, kita mampu sebarkan cas2 positif kepada mereka yg berjasa pd kita
mak ayah kita,adik beradik ,kawan2,dan sekeliling..
kembali bersama2 utk bekerja utk agamaNya..

dan bukan calang2 manusia yg layak mendidik manusia yang lainnya melainkan hatinya yg bersih dahulu.pergerakannya seiring dgn kata-katanya.melihat dia membuat hati manusia membuak2 mahu mencari Allah..

dan bukan senang bila kita memilih utk mendokong agamNya
kita dijanjikan dugaan,cabaran,kefuturan dan cemuhan
tapi Dia tak izinkan semua itu terjadi tanpa ada hadiah daripadaNya.

maka berlumba2lah utk menempatkan diri di syurgaNya..

Tuesday 21 August 2012

Bila Orang Bandar balik Kampung


ON THE WAY BALIK KAMPUNG

"Ibu..ibu..mana orang tu..sempat ke Kimi nak raya ni?"

Bila orang 'PLUS' dah sampai.

"Alhamdulillah..sempat jugak Kimi raya.."

Kimi and family terlibat dalam kemalangan kecil di highway Utara-Selatan dua hari sebelum raya.Alhamdulillah,masalah sukses disettlekan.

BUKA PUASA

"Opah..opah nak buat kuih ape?ha!Paripap..apa tu?Peliknya nama..Kuih Paripap tu kuih ape?

Opah dan MakCik saudara hanya mampu senyap,penat melayan soalan.

RAYA-
Ziarah Saudara 1/Bahasa Banjar

"Hang tau cakap Banjar..?"Tanya makcik

"Hehe..sikit-sikit..mak tak ajar pon"

"Kulaan=Saudara Nandu=jumpa,Kina=nanti sat..,Tasma'=cermin mata"


"Hang kena ajaq depa nih bahasa banjar sikit.."Makcik cakap dengan si ibu.

Ziarah Saudara 2/Kawan Abang itu Kulaan

"Kawan kau ni banjar ke Amir?"tanya si ibu sewaktu tengah parking kereta.

"Yela.."

"Apa nama bapa dia?"

"Hehe..tak tau plak" 

Masuk rumah.Si ibu terus tengok gambar yang di dinding.Tiba-tiba..

"Heyhey...Nih 'nandu' sangat-sangat la..Ni Ba'in ni..."

Keluar tuan rumah a.k.a ayah kawan abang dan terus peluk si abah.

"Kau tau Amir...ini sepupu mak(tuan rumah) la.."

PERGI SAWAH(BENDANG)

Bendang baru digembur.Musim menuai dah habis.Si anak jalan-jalan atas tanah bendang.

"Mak..takde pacat ke?"

"Kalau panas mane ade pacat"

"Mak..kalau panas,pacat tu pergi mane?"

"Hermm..mak tak tau nak jawap ape"


#Benda baru belajar..


~pergi jauh mencari yang takde di sini..












Thursday 16 August 2012

Takziah & Tahniah...



Assalamualaikum:)
Salam Takziah..
Salam Tahniah..

TAKZIAH

Hari ini 27 Ramadhan.Selepas maghrib nanti,28 Ramadhan.Hampir dengan penghujung.Huuurm...tertanya kepada diri,melekatkah tarbiah Ramadhan dalam hati?Yang penting lagi,WUJUDKAH tarbiah Ramadhan itu sebenarnya dalam hati kita?

APA YANG DIHARAPKAN,KITA BUKAN DALAM ORANG YANG CELAKA.

عن كَعْب بن عُجْرَة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: احْضُرُوا المنبَر، فَحضرْنَا، قلمَّا ارْتقَى درجَةً قَال: آمين، فلما ارتقى الدرجَة الثانية: قال آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين.
Terjemahan:
 
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:
 
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
 
[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]


Ramadhan bulan Tarbiyah Ruhiyyah,Imaniyyah,Akliyyah.

Mudahan-mudahan kita dalam orang-orang yang bertaqwa.

Mudah-mudahan,tarbiya sebulan ini mampu membantu kita di 11 bulan yang lain.

TAHNIAH

Syawal.Satu Kemenangan.(trandmark TV Alhijrah)

Ziarah.Kembangkan ukhuwah.*gi la raye kat umah sedare yg tk penah jumpe tuh..^^

Yang penting,Bersederhanalah.

Tak payah nak bertanding baju paling cantik sangat la.Tak kemana pun baju tuh.

Mercun.Jangan over sangat.Nanti over,LU PIKIR LA SENDIRI akibatnya.






*Ramadan kini datang lagi
Membawa rahmat buat semua
Menjanjikan maghfirah ampunanNya
Tanda kasih dari Illahi

Ramadhan kini muncul kembali
Diiring nikmat kebaikan
Limpahan berkat buat umat
Yang patut ikhlas dan taat

Rebut peluang Ramdhan bersama
Ganjarannya pahala yang berganda
Puasa bukan hanya menahan dari lapar dahaga
Tapi menahan semua nafsu durjana

Syaitan dirantai tiada lagi godaan
Tinggalah nafsu musuh yang dilawan
Tertutup semua pintu neraka
Terbuka luas jalan ke syurga

(ulang *)

Tadarus al-quran tambahkan amalan
Dekatkan hati antara hamba Tuhan
Solat terawih meriahkan malam
Eratkan ukhuwah sesama insan

Zikir dan taubat pemanis bibir
Bersih hati mengharap ampunanNya
Tahajud menambah keberkatan malam
Sedekah tanda syukur padaNya

Lailatul Qadar…Lailatul Qadar
Lailatul Qadar..malam istimewa

Ganjarannya umpama seribu bulan
Turunlah malaikat meraikan amalan
Mengaminkan doa mengangkat harapan
Hamba yang ikhlas





Saturday 11 August 2012

What's going on???



Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum:)

Alhamdulillah..Kursus Biro TataNegara a.k.a BTN dah tamat.

FIRST IMPRESSION:
Kursus yang 'memanaskan'!.Politik!.

*(Alhamdulillah,dibuat dalam puasa yang menjadi madrasah tarbiah kepada KESABARAN.)

Mungkin ada yang cakap,ini 'side' sesuatu kelompok.

Tetapi bagi student yang berpandangan jauh,ini adalah satu peluang untuk kita menCARI ILMU,TAHU,FAHAM.

Bukan CARI PASAL!(memandangkan majoriti peserta ke Middle-East)

Dari sudut ilmu,kursus ini ingin 'memberi tahu dan memahamkan' kita.

Nak terima atau tidak,itu TERPULANG!

Pada pandangan 'Budak hingusan 18 tahun' lagi dhoif ini,MEMPERCAYAI SESUATU YANG TIDAK PASTI SECARA MEMBABI BUTA ADALAH BUTA!

Buta.Masih tak nampak secara jelas.Kena banyak 'revision' lagi.

Saya suka kata akhir Fasilitator group saya,'JANGAN PERCAYA'.

Maksudnya,jangan percaya bulat-bulat.Balik rumah buat experiment.INI YANG 
PENTING!



Pada usia yang masih 'hingusan' ini,satu perkara yang saya ingatkan kepada diri saya dan mungkin boleh ingatan kepada anda juga.

"CARI ILMU SEBANYAK MUNGKIN KERANA ALLAH"

Sebab dengan ILMU sahaja membolehkan kita MEMBEZAKAN BENAR DAN SALAH.

Tanggungjawab itu ada pada bahu kita semua.

TANGGUNGJAWAB PADA ALLAH.
TANGGUNGJAWAB PADA RASUL.
TANGGUNGJAWAB PADA AGAMA.
TANGGUNGJAWAB PADA NEGARA.
TANGGUNGJAWAB PADA MASYARAKAT.
TANGGUNGJAWAB PADA KELUARGA.
TANGGUNGJAWAB PADA DIRI.


Apakah tergalas bebanan tersebut??


Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi




THE END:

!الحق هو الحق
!الباطيل هو الباطيل

#Semacam sensitiviti pula post ini,segala kesalahan harap dimaafi..tapi KITA SEMUA DAH MATANG kan??:)



Friday 3 August 2012

Apakah kau...??



...^^السّلام عليكم يا اخوان و اخوات


      2x+y=10
       y-3x=9

Soalan equation.Senangkan?

Pernah tak sahabat  datang kepada kita meminta diajarkan soalan seperti di atas?


Waktu form 3 dulu dah belajar tapi waktu SPM pun ada soalan yang sama.


"QueAe Teyra,boleh tak kau ajar aku soalan(soalan atas) nih?"


Soalan senang tuh.Agak-agak,apa yang kita jawap?


Sama ada 


  "Kacang goreng jeh soalan nih..tu la cikgu ajar ko tido..kan dah terkial-kial.."


Atau yang ini.


  "Ooo..ini..soalan ni senang je..ok meh sini...tengok step dia betul-betul"(nada mesra)


KELEBIHAN BERBEDA



Disini,fokusnya adalah 'menghormati' kelemahan orang lain dan 'merendah hati' kelebihan diri.



Tak semua orang mampu jawap soalan equation yang 'kacang goreng' itu.


Sebab kelebihan kita berbeza.


Makanya, jangan sombong dengan kelebihan diri dan jangan lemah dengan kelemahan diri.


Pada pandangan saya dhoif,Allah menjadikan manusia ada pro dan kontra dalam diri sendiri adalah supaya manusia itu seimbang.


Supaya TAK SOMBONG dan TAK LEMAH.




AWAK PANDAI, SAYA TAK....


'Hormati' kelemahan mereka.


Jangan memijak-mijak mereka kerana mereka kurang pandai.


Pastinya,dari sudut lain mereka ada kelebihan yang kita sendiri tak sangka.


Serius nih cakap..



"Orang yang merasakan dirinya pandai,dia adalah orang paling bodoh!"
-Prof Madya Dato' Abdul Halim Tamuri-


..واخيرا, سعي مهم جدّا لحصول النّجاح








#Daurah Mukasafah banyak mengajar akan hal ini.Allah meletakkan di lautan manusia yang lebih dari sudut ilmunya supaya diri ini jangan sombong dan jangan sesekali lemah dengan kelemahan sendiri.


Turun naik semangat.


Apakah aku bisa 'hidup' di sana.Rabbi Yasir wa la Tuassir.~







  






Wednesday 1 August 2012

Syukran ya..~




Memandangkan si abang telah membaca status facebook si adik yang mengatakan 'pembekuan' minda adiknya dek kerana banyak persoalan yang bermain di minda lantaran sudah lama tidak berdiskusi.

Adik suka berdiskusi!

maka,cairlah sedikit 'ais' dalam minda si adik di hening tengah malam apabila diskusi berlaku ketika si adik membantu kerja si abang,'undi itu rahsia'.

Si adik mengira diskusi itu bukan perkara sia-sia.

Dari hal dakwah diri sendiri.Tazkiyah al-nafs.Dakwah bil hal.Dakwah kepada keluarga.Siyasah.Daulah Islamiah.Aliran pemikiran yang berbeda.Di akhiri,nasihat tarbiah diri.

Si abang:"Aku tau banyak soalan dalam otak ko nih?"

Si adik:"Mana tau nih..hahaha"

Maka,dari itu teringat kata imam syafie:


ومن لم يذق مر التعلم ساعــة    تجرع ذل الجهل طول حياته
ومن فاته التعليم وقت شبابــه    فكبر عليه أربعا لوفاتــه
وذات الفتى والله بالعلم والتقى      إذا لم يكونا لا اعتبار لذاته

Siapa yang belum pernah merasakan kehinaan belajar meski sesaat 
Ia akan terus merasakan kebodohan sepanjang hayat
Siapa yang tidak belajar(ta’lim) pada masa mudanya,maka takbirkanlah 4 kali untuk kematiannya.Demi Allah yang namanya pemuda adalah berilmu dan bertaqwa.Jika tidak ada keduanya jangan anggap dia itu ada .