Wednesday 29 February 2012

Tuesday 28 February 2012

Saya mahu berubah, tapi saya tidak tahu bagaimana.

Bismillahirahmanirrahim ni khas untuk sahabatku yang hatinya diketuk hidayah Allah....mulakan dengan perlahan..Allah bersamamu sahabatku...
~kredit to:Aina Yuspi
~copy paste dari:http://iqbalsyarie.blogspot.com






'Saya nak berubah jadi baik'
 
'Saya tahu. Semua orang nak jadi baik'

'Tapi saya tak tahu bagaimana dan dari mana saya harus mula...'

'Dari saat ini. Sekaranglah'.

'Susah'

'Susah kerana kamu tak tahu caranya'

'Habis tu, bagaimana?'

Begini...

Sebab Apa Perlu Berbaik-baik Dengan Allah.
Pertama sekali, kita perlu tahu sebab apa kita perlu menjadi manusia yang baik di sisi Allah. Ini ialah perkara yang paling asas, iaitu mengenali siapa itu Allah.

"Aku dah baik. Buktinya, aku selalu bersedekah. Aku selalu beri makan orang miskin. Aku selalu buat rumah terbuka. Pendek kata, aku memang selalu tolong orang tak kiralah dia miskin atau kaya pun. Aku sudah cukup baik".

Syaitan telah berjaya mengelirukan kita. Kita tersalah faham tentang konsep 'baik' itu.

Baik kepada Allah, barulah baik kepada manusia.
Inilah asasnya. Baik dengan manusia telah berjaya kita capai. Dan hasilnya, kita dipuji-puji kerana bantuan dan kebaikan kita. Kerana kita baik dengan manusia, pasti akan ada manusia yang terhutang budi, akan membantu kita apabila kita ditimpa masalah. Itu semasa kita hidup.

Selepas kita mati, lain hal nya. Dimana anak-anak kita? isteri-isteri kita? atau orang-orang yang pernah makan budi kita? Dimana mereka?

Mereka hanya ada saat kita dikuburkan. Selepas itu, mereka pulang. Siapa yang akan membantu kita saat itu?

Tiada sesiapa, selain Allah semata-mata. Maka, percayalah cakap saya. Kita memerlukan Allah. Kita sangat-sangat memerlukan Dia. Kita perlu jadi baik di mata Allah, barulah Allah akan berbaik dengan kita.

Maka, jelas. Kita perlu jadi baik kerana kita mengharapkan Allah. Kita perlu baik kerana kita tidak mahu dimurkai oleh Allah di akhirat kelak.

Tapi bagi layman, susah nak faham kan?

Beginilah. Kita perlu tahu bahawa agama ialah seumpama oksigen. Kita memerlukan ia. Kita boleh memilih untuk bernafas atau tidak, tapi kita tahu kesudahannya. Sama halnya. Kita boleh memilih samada mahu berbaik-baik ataupun menyombong dengan Allah. Tapi, pesan saya, jangan terjerit-jerit pula nanti...

Atas Dasar Apa Kita Perlu Berubah?
Saya selalu jumpa, manusia berubah kerana 'semangat'. Maknanya, dia datang surau, belajar agama, tapi tidak ikhlas. Dia datang, kerana ajakan kawan-kawan. Lalu, kerana niat yang 'tidak berapa murni' ini, mereka akan mudah futur, jemu, putus asa dan terus kembali kedalam 'kegelapan'.

Kerana itulah, saya lebih suka jika manusia berubah sedikit demi sedikit. Dan saya juga suka kepada dakwah yang 'slow and steady'. Seorang saudara pernah berkata, 'manusia yang berubah jadi baik sekelip mata, berkemungkinan besar akan berubah menjadi jahat balik dengan sekelip mata juga'.

Saya setuju walaupun bukan 100% kerana terlalu banyak buktinya. Berubahlah kerana Allah.

Pesan Saya.
Saya tidak salahkan anda kerana dosa yang anda lakukan (jika ada). Tapi saya akan salahkan anda, jika anda tiada niat mahu berhenti dan tiada usaha untuk mencapai matlamat berhenti itu. Saya akan sungguh-sungguh salahkan anda!

Berubah jadi baik itu sukar, tidak dinafikan. Tapi kita tetap perlu berubah. Saya sendiri sudah banyak 'dilukakan' kerana mahu 'keluar' dari jalan itu. Tapi percaya cakap saya, ia sangat-sangat berbaloi. Sangat berbaloi untuk 'sakit' sebentar, kerana bahagia yang menanti tidak berpenghujung.

Trust me. Percayalah cakap saya ini.

Kata-kata orang yang paling bijak di dunia ini ialah 'aku mahu berubah'.

Dan kamu pasti akan mendapati saya akan menyokong perubahan kamu, setiap saat.

Kesimpulan
Berubah sikit-sikit. Take time. Jangan lupa kisah pembunuh yang membunuh 100 orang yang mati dalam perjalanan mahu bertaubah lalu masuk syurga. Dia belum bertaubat lagi, cuma sedang berusaha bertaubat dan dia tak sempat pun. Tapi Allah ampunkan dia.

Jika Allah pun ampunkan orang yang berdosa, apa hak saya untuk benci kepada orang yang berdosa.
Saya sayang anda, kerana itulah saya mahu ajak anda semua sama-sama berubah. Kita impikan hidup yang lebih baik. Biar hidup kita tidak mewah, asalkan Allah sayang kita dan manusia beriman sayang kita. Itulah kebahagiaan sebenar...

Nota Penting.
Jangan bertangguh-tangguh untuk berubah. Jangan beralasan nak tunggu jadi ikhlas (konon-kononnya), sebab kalau kita nak tunggu ikhlas, sampai mati pun kita tidak akan berubah. Percaya cakap saya. Ikhlas ini hanya akan datang SELEPAS kita berubah. Ikhlas ialah step 2 manakala step 1 ialah berubah. Kita tak akan mampu untuk skip the steps.
Berubah perlu disegerakan!

Monday 27 February 2012

Harapanmu mungkinkah aku galas?

    "kalau boleh mak nak seorang anak mak ambil agama",kata mak sekitar 5   
    tahun lepas sewaktu berkira-kira nak masuk aliran KAA(kelas aliran agama).

  "mano ustazah tu ha..jadi ustazah yo..mak long doakan kau masuk UIA.."
  harapan tinggi maklong,tetangga perumahan.

  "Kau kan ustazah?",kata kakak mungkin hanya bernada gurau.

Entahlah.Saya rasa bersalah bila orang berkata sedemikian.Semacam harapan yang mungkin saya harus memikulnya satu hari nanti.Terasa bahu seperti tidak mampu memikul.Semacam malu juga menerpa gelaran 'ustazah disandar kepada hamba yang tidak layak ini.Peribadiku tidak sebaik 'ustazah'.Layakkah aku?Mungkinkah kerana penampilanku mereka berkata demikian?hadoii

hmm.."don't judge the book by it cover'
Kadang2 istilah ni tak kena la..kan?
ingin baik bukan kerana tanggapan orang~


 

Friday 24 February 2012

Nak yang dekat ke jauh?

Matahari..nampak dekat hakikatnya jauh!
  "Nanti nak sambung mana?UIA..ambil u yang dekat je la..amik law"
 "Nak amik course ape nanti?medic..?

Saya senyum saje dengar soalan mak cik saya.Hehe.Fikir bagaimana nak bagi jawapan yang senang.

 "Kalau boleh nak amik course agama...maybe Jordan mungkin?

Jawapan yang rasa sangat bertentangan dengan soalan mak cik saya.hmm.

DILEMA LEPASAN SPM
Keputusan SPM 2011 tinggal lagi sebulan nak keluar.Saya kurang pasti sama ada semua lepasan SPM tahun lepas sudah siap mentalnya untuk menerima result nanti.Saya?InsyaAllah..hmm.ye la tu.Yang pasti semua lepasan SPM mesti nak result yang cemerlang,kan?Semoga harapan saya dan kalian untuk SPM dimakbulkan Allah.Amin ya rabb...
Harap result SPM sebaik trial atau lebih baik dari trial.Amin ya rabb(ini harapan saya^^,)


DEKAT KE JAUH?
Teringat waktu dekat KUSISS dulu.Saya dan kawan-kawan yang duduk jauh macam Rawang,Sg Buloh,Kajang,Hulu Langat,Bangi,Nilai semua akan naik bas ke KTM Sg buloh.Berhimpit-himpit la juga dalam bas tuh.Ada satu 'scene' dimana komuter dah sampai,masuk je dalam komuter, semua tempat duduk dah penuh(perempuan naik koc tengah,for ladies only).Rata-rata yang duduk adalah kakak-kakak yang pakai tudung labuh.Ni mesti akak-akak DQ(Darul Quran)nih.Fikir saya dan definitely betul.

Agak-agak dalam satu jam dalam komuter tu akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju,KTM Kajang.Selalu saya dan sahibah,Najihah akan pergi surau dekat situ untuk solat Asar sementara menunggu ummi Najihah sampai. Masuk surau ada 2 orang akak DQ juga sedang solat.Kami pun solat sekali.Dah selesai solat,berkenalan la dengan akak2 tuh.Macam-macam yang ditanya.Kepimpinan sekolah siapa yang handle?Cikgu ke murid?.Akak-akak ni pun rupanya kenal dengan senior saya yang ada kat sana.Tengah-tengah sedap taaruf' tuh Jiha panggil.Ummi dah sampai.Ingat nak borak lagi,nak tanya pasal DQ.Masa salam akak DQ ade akak tu tanya satu soalan yang menyentap hati saya.Bagi saya la.. 

 "Tak nak masuk DQ ke?",{akak DQ}
 "Ya Allah,Amin ya Allah..doakanla kak..dalam perancangan"{saya} 


Jordan?UM?macam mana?Akhirnya,saya dah set kalau dapat DQ atau Jordan?saya pergi DQ dulu,lepas tu baru sambung studi ke Jordan.InsyaAllah


HATI CENDERUNG YANG MANA SATU?
Luar negara.Buat masa ini hati cenderung betul pada luar negara.Dah banyak kali mintak izin ibunda studi ke luar negara.Kalau dapat la.Saya mungkin terkesan dengan hidup berdikari di asrama sejak form 1.Dari asrama yang dekat dengan rumah ke asama yang jauh yang jarak lebih 2 marhalah.Dan mungkin juga terkesan dengan video-video student Malaysia yang dekat oversea macam Hilal Asyraf dan Mat luthfi.Mungkin?
  "Tak kesian dekat mak ke?"
tanya abang waktu saya cakap hasrat saya nak sambung belajar.Terdiam juga saya dibuatnya.
Pada hemat saya,walaupun orang kata uni di Malaysia pun bagus juga ,itu bukanlah tujuan pertama saya.Saya mencari 'sesuatu' seperti mana yang saya cari di SMK Abdul Jalil dan KUSISS.Alhamdulillah,Saya dah jumpa 'sesuatu' itu di kedua-dua tempat.Dan saya mesti terus mencari 'sesuatu' itu di tempat lain.Yang mungkin cara hidup orang sekeliling lain dengan cara hidup orang Malaysia.Ini adalah pilihan saya buat masa sekarang.Dengan IzinNya,kalau Allah menetap saya sambung belajar di dalam negara,saya akan terima juga.Allah tahu yang terbaik untuk kita.Kita hanya merancang kan?.

Kalian juga harus merancang sekarang tau..(*_*)

P/s:nanti kahwin nak 'orang' dekat ke 'orang 'jauh'?hehe




Jom doa!





































Wednesday 22 February 2012

Teknologi Maklumat: Blogger=Da’ie – Blogger Wanita atau Blogger Muslimah?

P/S:Buat sahibah-sahibah blogger sekalian.Ini pendapat Hilal Asyraf(^^,)Wah,saya terasa dengan artikel inih..Sesungguhnya diri ini sedang berusaha ke arah Blogger Muslimah,mungkinkah,?InsyaAllah,kita cuba bersama-sama ya..

Posted by: Posted date: February 22, 2012 In: Blogger=Da'ie, Teknologi 


Picture by LittleMuslimah of DeviantArt.

Bercakap berkenaan alam blogger, alam maya, ini bukanlah alam diskriminasi yang hanya dikuasai oleh lelaki. Tetapi wanita juga hakikatnya ramai yang berkecimpung di dalam medan ini. Bahkan, kemungkinan, wanita lebih ramai kerana biasanya mereka lebih mudah untuk meluahkan rasa hati dan berkongsi rasa.
Tetapi persoalan yang ingin saya ketengahkan dalam artikel Blogger=Da’ie kali ini adalah:
Apakah kita ini semata-mata blogger wanita atau kita hakikatnya adalah blogger muslimah?
Adakah kita, sebagai seorang muslimah yang menjadikan blog sebagai medium penyampaian, benar-benar menggerakkan blog kita, menggerakkan penyampaian kita, agar memberikan penyampaian Islam yang sebenar? Atau kita sekadar menayangkan ‘kewanitaan’ kita kepada masyarakat semata-mata?
Di sini kita kupas Blogger Muslimah secara khusus!

Disiplin Seorang Muslimah.
Perkara utama yang perlu kita ketahui di dalam mengupas perihal Blogger Muslimah ini adalah, disiplin seorang muslimah itu sendiri.
Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyebut dengan jelas di dalam Surah An-Nur:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.
Ayat ini adalah absolute dalam menyatakan bagaimana disiplin seorang Muslimah yang sebenarnya. Membaca ayat ini, jelas kepada kita betapa seorang Muslimah itu adalah yang sederhana dan tidak menunjuk-nunjukkan kecantikannya. Tidak pula membuka auratnya. Menjaga pula pergaulannya. Mereka tidak memperlihat-lihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir sahaja. Tafsiran yang zahir ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith bermaksud:
“Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya wajah dan dua telapak tangannya sahaja boleh kelihatan.” Riwayat Abu Dawud.
Kemudian antara disiplin di dalam menjadi Muslimah adalah Muslimah tidak bertabarruj. Sebagaimana Allah SWT telah memberikan larangan di dalam firmanNya:
“Janganlah kalian bertabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah yang awal.” Surah Al-Ahzab ayat 33.
Tabarruj bermaksud berlebih-lebihan dalam berhias, atau menunjuk-nunjukkan kecantikan yang ada. Apabila dibahaskan mengapa disebut ‘sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah yang awal’, dinyatakan bahawa wanita-wanita jahiliyyah awal itu adalah yang memulakan berhias berlebihan untuk menarik perhatian/menggoda lelaki. Justeru, apa-apa sahaja tindakan menghias diri berlebih-lebihan, sengaja menzahirkan kecantikan, dengan niat hendak mendapatkan perhatian maka itu sebenarnya adalah tindakan tabarruj. Nyata, tabarruj bukan disiplin seorang Muslimah.
Lebih penting lagi, segala disiplin seorang hamba kepada Allah SWT, adalah termaktub di dalam disiplin seorang Muslimah.
Justeru, di sini saya noktahkan perihal Disiplin Seorang Muslimah.
Pendek kata, Muslimah itu sederhana, menjaga dirinya, dan menjaga orang lain dari diheret oleh dirinya ke neraka. Dirinya mulia, dan amat menjaga kehormatan dirinya ini dengan berusaha menjaga batas-batas sebagaimana yang telah Allah SWT tetapkan.

Blogger Muslimah.
Maka, seorang blogger Muslimah adalah yang tertakhluk di bawah Disiplin Seorang Muslimah.
Seorang blogger yang menulis atas dasar untuk menegakkan kebenaran, untuk menyampaikan kesedaran, untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Perkara ini, telah kita jelaskan bayak dalam artikel-artikel blogger=da’ie yang lepas. Tiada bezanya untuk seorang blogger Muslimah.
Blogger Muslimah tidaklah menunjuk-nunjukkan kecantikannya. Tidaklah dia berhias untuk mendapat perhatian ramai, lalu memampangkan wajah ayunya, bibir mungilnya di blognya. Tidaklah dia mendedahkan auratnya, dan tidaklah dia memakai pakaian yang tidak sopan.
Tidak pula dia meletakkan gambar-gambar yang mampu menimbulkan fitnah, walaupun menutup aurat(balik kepada isu tabarruj).
Pendek kata, jika benar dia seorang Blogger Muslimah, maka fokusnya adalah penyampaiannya, dan bukannya untuk menayang-nayangkan kecantikannya.

Blogger Muslimah Blogger Mendidik.
Blogger Muslimah tidak menjadikan pujian orang sebagai matlamat. Apatah lagi pujian terhadap rupa paras.
“Comelnya Kak Zaza(bukan nama sebenar).”
“Ayu la Kak Zazi(bukan nama sebenar).”
“Wah, lawanya Kak Zus(bukan nama sebenar.)”
Sekiranya inilah yang muncul pada komen-komen setiap postnya, maka sepatutnya blogger Muslimah bermuhasabah. Apakah yang sebenarnya telah dia lakukan? Dia sebenarnya membawa manusia pulang kepada Allah SWT, atau sebenarnya membuatkan orang terpegun dengan kecantikannya?
Blogger Muslimah sepatutnya menjadi pendidik kepada akhlak sopan, dan adab seorang muslimah yang sebenar. Menceritakan cabaran menjadi seorang muslimah di tengah Islam menjadi dagang. Di tengah perempuan-perempuan lain tidak malu menggadaikan diri dan membuka aurat masing-masing. Menjelaskan peranan wanita di dalam kehidupan, di dalam Islam, di dalam rumah tangga, di dalam negara dan sebagainya. Boleh dikupas juga bagaimana wanita-wanita Muslimah yang terdahulu, atau juga ilmuwan Muslimah yang muktabar untuk dijadikan contoh. Boleh juga dikupas perihal wanita masa kini, dan bagaimana mahu kita bina bi’ah solehah yang baik dalam masyarakat wanita kita.
Sarat dengan idea. Sarat dengan wawasan. Sarat dengan isi yang bermanfaat. Ya, begitulah Blogger Muslimah yang sebenarnya. Bukan hanya bersembang berkenaan ‘hensemnya si dia’ atau ‘kenapa artis itu bercerai dengan si dia?’ dan atau ‘hari ini aku pergi bla bla bla’. Lebih buruk, memang kerjanya tayang diri sematya-mata.
Bukanlah Blogger Muslimah seorang yang bercerita akan diari hidupnya tanpa ada hubungan dengan Allah SWT. Bukanlah blogger Muslimah seorang yang menceritakan aib orang lain. Bukanlah blogger Muslimah seorang yang hanya menayang-nayangkan kecantikannya, hayat hidupnya, untuk dipuja dan dipuji.
Blogger Muslimah, adalah blogger yang mendidik.

Janganlah Jadi Blogger Wanita Semata-mata.
Maka janganlah jadi blogger wanita semata-mata. Yang kosong tanpa idea. Yang sekadar menjual kecantikan dirinya.
Blogger Muslimah bukanlah blogger yang menulis ayat-ayat Allah SWT, hadith-hadith Rasulullah SAW, kalam-kalam nasihat, dalam keadaan dirinya memaparkan aurat, dalam keadaan dirinya bertabarruj, dalam keadaan dirinya memaparkan kecantikannya.
Tidak. Itu bukan Blogger Muslimah. Itu Blogger Wanita.
Blogger Muslimah, walau dia tidak letak sepotong ayat Al-Quran pun, walau tidak ada bersama artikelnya sebaris hadith pun, tetapi dia membawa nilai dan pengajaran yang tinggi untuk kehidupan, bersama adab dan kehormatannya yang terjaga. Kerana dia jelas mengajak kepada Allah SWT, dan berada di dalam disiplin seorang Muslimah yang sebenarnya.
Maka janganlah kita menjadi blogger wanita semata-mata.
Jadilah Blogger Muslimah.
Yang duduk tunduk di bawah disiplin seorang Muslimah.
Fokus kembali matlamat kita.

Penutup: Blogger Muslimah, Satu Aset.
Jika anda lihat di dalam LangitIlahi.Com, kami punya blogger Muslimah juga. Sister Khumairah(pelukis) dan SisFaeez(kartunis). Tetapi nyata gambar-gambar mereka tidak langsung memaparkan wajah.
Saya sangat percaya bahawa Blogger Muslimah adalah satu aset yang besar. Ya, lelaki mungkin tidak terlalu hebat dalam mendalami perempuan. Kerana apa-apa hal pun, lelaki adalah lelaki. Perempuan jugalah yang mampu sampai kepada perempuan dengan lebih dalam. Kerana itu, Blogger Muslimah amat perlu, untuk menjadi qudwah, penyampai, yang baik kepada wanita-wanita. Kerana itu, kita sepatutnya membina diri kita biar benar-benar menjadi Blogger Muslimah, bukan semata-mata Blogger Wanita.
Bukanlah salah meletakkan gambar. Tetapi tidaklah perlu berhias, tidak perlu kepada aksi-aksi manja, tidak perlu memuncungkan bibir tanpa keperluan. Tidak salah memaparkan aktiviti-aktiviti yang dilalui bersama muslimah lain, selagi aurat masih terjaga dan akhlak masih dalam kesopanan Islam. Bahkan, sampai masa, perlu kerana masyarakat hendak melihat bagaimana kehidupan muslimah yang sebenar.
Tetapi janganlah kita ‘jual’ diri kita. Jika kita ‘jual diri kita, kita hakikatnya tidak membantu Islam pun.
Bahkan kita menjadi fitnah pula kepada Islam kerana memaparkan sikap ‘muslimah’ yang tidak sepatutnya. Apatah lagi, jika yang kita tulis adalah perkara-perkara kebaikan. Ketahuilah bahawa, antara kita dengan orang Islam ada perbezaan. Begitu jugalah antara wanita biasa dan seorang Muslimah, sepatutnya ada perbezaan. Jika kita pun serupa mereka, maka apa sebenarnya kita?
Mari, didik diri menjadi Blogger Muslimah!

About The Author

Hilal Asyraf
Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak. Lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf di alam penulisan. Lahir pada 16 Januari 1989. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor. Kemudian di Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), Perlis. Kini merupakan pelajar University of Yarmouk, dalam bidang Usuluddin. Telah menghasilkan beberapa buah Novel seperti Novel VT, Novel Hero, Novel Takdir dan lain-lain, juga beberapa buah buku Motivasi yang terkenal dengan siri Buku Motivasi Langit Ilahi.

Tuesday 21 February 2012

Kata Hilal Asyraf@langitilahi.com...Cinta Yang Sebenar

Carta jatuh cinta bukan carta hati najwa latif^^_
kata-kata yg di'update' jadi baju.Saya tukang promote.hehe

Kata Saudara Hilal Asyraf:(Cinta Yang Sebenar)
"Cinta yang sebenar adalah ingin bersama ke SyurgaNya,
maka,
Apa-apa sahaja yang membawa ke Neraka 
Itu bukan Cinta namanya".. 
(kata-kata yang terdapat di baju hitam line biru diatas)

Opinion saya terhadap kata-kata hikmah saudara Hilal Asyraf
Kata-kata ini diucapkan disekitar awal Februari.mungkin kot?Diucapkan sebab bulan Februari popular dengan tarikh 14.kalian tahu kan apa yang ada pada tarikh tu?Bagi kata-kata ini,saya khususkan lebih kepada sebuah persahabatan berbanding percintaan dua insan.Cewahh..ibunda kata kerja dulu bru kahwin!hmm..jodoh ditangan Allah!saya yakin itu.Saya setuju dengan kata-kata ini.Jika kita kata,kita cintakan seseorang mestilah kita hendakkan yang baik-baik sahaja yang berlaku kepada dia dan diri kita,kan?tapi tak tau la kalau ade yang vice versa..

CINTAKU BERBALAS ATAU TIDAK?
Bagi saya,jangan ditakutkan cinta atau sayang kita kepada manusia tidak berbalas tetapi takutkan cinta kita kepada Allah selama ini berbalas atau tidak.Kalau kita berharap sangat cinta si sahabat ada untuk kita,saya sure kita yang akan 'frust menonggeng'.Biarlah kita memberi,bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada menerima?Janganlah kita mengambil satu jalan yang bahaya semata-mata nak meraih cinta sahabat sebagai contoh malas nak belajar atau hendak memutuskan persahabatan.Dan jangan sesekali kata begini,Bahaya!!
  "Aku nak jadi jahat,aku nak tarik korang masuk neraka.."
Sahabatku sayang,jangan cakap macam ini ye,niat pun jangan.Meremang bulu roma.Kalau begini bukan cinta namanya tetapi cita-cita.Cita-cita merosakkan diri disamping membinasakan sahabat.Kasar ke bahasa saya?Ana asifah jiddan kalau bahasa saya kasar.hehe

Ukhuwah atas nama Allah itu tinggi martabatnya**,



CINTAKU TAK TERBATAS
Cinta ini kalau di'link' kepada Allah,cinta tidak akan terbatas  kepada kaum sejenis sahaja,malahan pada semua manusia termasuk mak,abah,tok wan,opah,mak usu,pak uda,Ah Cong,Ramanawati,Narayanni.
   "Walau senakal-nakal manapun dorang,kita tetap sayang kat dorang tau 
    Fitrah"
Itu kata sahabat ketika kami mendengar ura-ura seorang banin,batch saya sendiri hendak dibuang sekolah.Saya tidak menafikannya kerana hati saya turut mengiyakannya.Itulah yang Allah sebut:

            “Sesungguhnya setiap mu’min itu bersaudara.” Surah Al-Hujurat ayat 10.

Atas nama Allah kita bersaudara,peha kanan kena cubit,peha kiri pun terasa.Jika sayang atau cinta,kita tidak suka dia melakukan kesalahan atau kemungkaran lantas kita mengajak sahabat itu menemani kita supaya dia tak buat kesalahan atau mungkin kita bagi sepucuk surat?(ini hanya untuk kaum sejenis ok^^)Saya pernah buat begitu.Walaupun takut hubungan menjadi renggang,tapi kebenaran harus diluahkan walaupun pahit macam peria.Disaat orang lain meng'ignore'kan dia kerana kesalahannya,kita hadir kepadanya,bergurau,bercerita dengannya tanpa mengungkit kesalahannya.Biar dia tahu ada yang masih cinta padanya.hehhe..

ANALOGI KITA=AIR
saya analogikan diri kita ini kepada 3 jenis air yang kita perlu tentukan hendak menjadi yang mana satu.Adakah kita yang sahabat yang baik?Sekurang-kurang kita cuba,bukan?
Yang mana satu idaman kalbu..blabla(lirik lagu Labu Labi) 

  • Air mutlak.Air yang suci lagi menyucikan.   {Inikah diriku?}
  • Air musta'mal.Air yang suci tetapi tidak menyucikan.Tak boleh buat wuduk.                                                  {Atau ini diriku?}
  • Air mutanajjis.Air yang kotor lagi mengotorkan.Ni pun tak boleh buat wuduk ye.                                             {Atau yang ini diriku?}
 

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi saw bersabda : " Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman : Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain ; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah ( dan bukan kerana suatu tujuan duniawi) ; dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), dan sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api" - HR Muslim

 P/S:Mai pakat ramai-ramai baca buku "sebarkan cinta-Mu" by fatimah syarha.Novel bukan sebarang novel,Novel tauhid ye.Diselitkan juga  fatwa-fatwa ulama kotemporari,huraian ayat-Quran dan Assunah.Walaupun novel ini tidak sehebat kitab Muntayul musolli by Syeikh Abu Daud al-fatani,Al-hikam by Ibn Athaillah,Hadis 40 by imam Nawawi,dan lain-lain,novel ini tetap mendahulukan bukti.Mendahulukan bukti?nak tau kena baca.Saya dah ada.Kalian?

Tebal berisi ilmu buku nih..berat kot!

Sunday 19 February 2012

Murabbi Cintaku versi KUSISS..siri 3..last episod

panorama indah dari tebing tembok Aspuri
the last episod
untuk Murabbi Cintaku versi KUSISS 
sejujurnya hidup di KUSISS banyak mengubah diri ini
dari zero to heroin..hehe
mengajar bahawa 'mati tak menunggu perubahan'
Sungguh!Kusiss adalah sekolah tarbiyah 
anugerah Allah kepada Fitrah^^,

Cikgu Rosli(CHEMISTRY)
Tabik spring kepada cikgu nih.Mari dari kelate..Bukan sekadar ilmu kimia yang diberi,ilmu agama juga dicurahkan.Tidak hanya mengajar kami ilmu dunia,malah ilmu akhirat juga cuba sampaikan dan bukan hanya kepada pelajar sahaja tetapi turut berceramah diluar.Siang kupas 'kitab' Modul Bijak Kimia hasil tangan sendiri,malam kupas 'kitab kuning' Minyatul Musolli karya Syeikh Abu Daud Fatani.Barakallah.
   "Awak jangan taksub kat lain..awak taksub dengan saya je"
kata Cikgu Rosli ketika sedang mengajar kami di dalam kelas semasa kami semak kertas trial.Hilai tawa bergema.Mesti ikut modul beliau takleh ikut yang lain.Almaklumlah guru cemerlang Kimia.Tak lokek ilmu.Dekat mane-mane pon boleh tanye soalan.Tapi jgn sampai kaki beliau naik sampai atas meja.

last copaque kelas kimia bersama cikgu Rosli
Ustazah Nasimah(SYARIAH ISLAMIAH)
Seriuosly,syariah adalah antara subjek yang saya minat tapi tak tau kenapa saya selalu ngantuk.Tahan punye tahan akhirnye tak boleh jugak.Agak2 lgi 15 minit nk habis kelas,kepala saya dah 'landing' atas meja.Tapi kadang2 saya tahan jugak dengan cara menyampuk cakap ustazah tapi bukan sebarangan menyampuk.Paling sure, saya tak tidur adalah bab kahwin.hehe.Bab ni jugak ustazah banyak buat lawak.
"nih darjah lima ke tingkatan lima..",tanya ustazah dekat kami.
"darjah limaaaa..",jawab kami satu kelas.Riuh satu kelas dengan gelak
ketawa.  
Saya ingat lagi,waktu bulan puase.Semua dalam kelas pakat tidur lagipun ramai takde dalam kelas.So,disebabkan ramai takde ustazah tak ajar la.So,saya mengambil kesempatan 'borak' dengan ustazah.Dari soal politik,macam mane ustazah boleh kahwin dgn zaujan die,ustazah studi kat mane,pglamn ustazah bersalin tapi yg best bab mcm mane ustazah boleh kawin dgn suami die.Agak2 kami borak sampai habis subjek Syariah.huhu.

jamuan naqib n naqibah kat hotel.Badar tak pernah buat kt hotel b4 nih.untung

















































!
Ustazah Siti Sara(PENDIDIKAN ALQURAN DAN ASSUNAH)
Saya anggap ustazah Sara macam mak saya sendiri memandangkan beliau adalah mak kepada 'kembar tak seiras' saya,Maryam.Ape2 masalah boleh rujuk kat ustazah.Disebabkan saya merupakan Ajk subjek PAQ,so,setiap kali subjek PAQ,saya akan menjemput Ustazah Sara di bilik guru.Saya pun tak tau kenapa saya nak menjemput ustazah.Mungkin salah satu cara exercise?Saya ingat lagi masa waktu PAQ,semua tengah khusyuk dengar presentaation kawan dekat depan kelas.Kelas senyap.Tiba2,kawan depan saya boleh campak 'cicak palsu' die kat saya.Aaaaa!!saya jerit.Semua terkejut.Ustazah pun terkejut.Saya nampak muka ustazah yang kelihatan merah.Marah mungkin?Banin dah gelak2.Saya letak muka saya atas meja.Malu sangat!!Fitrah tak pernah jerit depan lelaki la!!Dah habis kelas,saya turun nak jumpa Ustazah Muna,Penasihat BADAR.Waktu depan pejabat,terserempak denagn Ustazah Sara.Ustazah Sara pon tanya pasal kat kelas tadi.Saya cerita dari A-Z.Nasib baik Ustazah Sara faham saya yang sememangnya haiwan2 kecil berikut. 

Cikgu Rosmariza(PHYSICS)
Ape saya boleh cakap ye?saya selalu tidur waktu dalam subjek nih.Kawan yang lain pun sama.
"Anak2,ade masalah negara ke?..",trademark cikgu.hehe
Yang penting,cikgu selalu sabar dengan kami nih.Dah habis silibus baru nak kami nak belajr nasib baik boleh catch-up.

Cikgu Ayuni(BIOLOGY)
Cikgu yang murah dengan senyuman.nampak gigi.Subjek nih kadang2 sya ngantuk kadang2 tak.hmm.Saya selalu gelabah kalau cikgu tanya saya.Saya nih bukan hebat Bio pun.tapi kalau barab,paq,syariah tuh rase confident la nak jawab.Bio?sorry.Saya tkut result Bio saya..

Cikgu Zalina(BAHASA INGGERIS)
Saya rasa rendah diri kalau tulis pasal BI nih sebab saya memang tak terror BI.Kalau boleh barab dgn bi,saya pilih barab.Tapi nasib baik cikgu naikkan semangat saya.Adela rasa confident tuh.Grammar mmg dah bertabur,vocab sure dah bersepah tapi yang penting kita cuba kan?

Dedikasi buat Ustazah Muna(penasihat Badar)
Ustazah Munaliza dan Ustaz Kamarul tengah makan^^,
Mama Muna.he.Itu gelaran saya kepada ustazah.Dulu masa saya baru dilantik sebagai unit fotografi Badar,ade jugak tanya akak yang pegang jawatan nih ape nak buat.Senang je jawap akk tuh",senang je.Lajnah penerbitan paling sikit kerja".Saya.???.kerja ape tu?Alhamdulillah kedatangan Ustazah Muna adalah rahmat bagi Badar 2010/2011.Lajnah saya telah diupgrade.Lajnah lain yang sememangnye upgrade di upgrade lagi.Dari tak banyak kerja kepada banyak kerja.Awal2 tahun,banyak kerja.Gambar itu ini kena ambil berbekal kamera SAMSUNG yang satu itu.Tangkap edit.Tangkap edit.Nasib baik,kami satu team lajnah bekerjasama.Kredit kepada k.lajnah dan p.k.lajnah saya,Faris dan juga Najah.hehe.Edit gambar adalah satu kerja yang mencabar.Banyak kali kena rujuk ustazah.Tu yang setiap pagi asyik jumpa Ustazah.Hari-hari jugak la berkepit dengan laptop Badar..kenangan3..
Ustazah yang busy selalu.Untuk Sekolah.Library utk pertandingan Musolla lima bintang.

Monday 13 February 2012

Murabbi Cintaku versi KUSISS..siri 2

zaman sekolah..cam gini la..fokus2
Alhamdulillah
hari ni kita sambung balik ye 
cerita yang sangkut di post yang lepas..
chill out~
Sebenarnye post Murabbi Cintaku ni more 
kpd cikgu yg mengajar saya tau..
Bismillahirahmanirahim

Cikgu Che Biboddin(BAHASA MELAYU @ KARANGAN)
Cikgu ni pulak ade stail sendiri.Rambut paling panjang dalam kalangan cikgu-cikgu lelaki KUSISS tapi tak de la panjang mane..dan tidak lupa juga songkok hitamnye..dalam post saya banyak typing yang tak betul..jage2 nanti dapat pen marah..cikgu nih salah seorang pemeriksa kertas tau..kalau kalian tengok dalam surat khabar SKOR,salah satu part B.Melayu cikgu Bibod punye tapi saya lupa nama pena beliau ape.Yang paling tak tahan,soalan karangan SPM 2011,boleh dikatakan semua kami pernah buat.Excited menjawab harap A+ B.Melayu.Cara cakap cikgu Bibod pun lain.Maksud lain tu cikgu gune bahasa baku.Contoh, maksimum.Beliau sebut bukan ikut English macam kita tapi betul punya bahasa baku.Cube sebut sikit..maksimum~.~.Cikgu Bibod selalu ada mesyuarat almaklumlah orang penting so itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh orang macam saya.hehe.Plan:tidur-tapi maap tiada tidur untukmu!adehh..cikgu tinggal soalan utk kita laa..Kalau waktu p&p,selalu mula dengan cikgu bagi buku sambil betulkan apa yang patut.Saya pun banyak kena komen.huhu~Kami selalu kena buat presentation.Part ni lagi senang.Saya sukaaa..(**,).Secara jujurnya,sejak cikgu Bibod ajar karangan baru saya tahu cara buat karangan yang gramatis lagi puitis.Kalau dulu saya tau ape itu kosa kata luas,tapi sekarang dah tau..terima kasih cikgu^_^
Cikgu Ghani(SEJARAH)
Special cikgu ini.Sempoi je..Asal thailand~kawan baik cikgu Anuar.Cikgu Ghani bukan ajar sejarah je tau tapi kadang-kadang beliau selit sekali tazkirah~.Boleh saya katakan beliau cikgu paling rajin.Tau rajin ape?Rajin buat kelas tambahan.Boleh dikatakan dalam seminggu ade la 2-3 kali kelas tambahan Sejarah.Cikgu yang sanggup buat ape saje untuk anak murid asal sejarah mesti A.Kertas,modul sejarah punye la banyak cikgu bagi.Saya buat objektif dengan subjektif je.Essay..rajin saya buat.huhu.Cikgu pesan
dekat kami.."nanti dah dekat spm ko tinggal ulangkaji balik kertas-kertas nih".
Kertas+modul tuh datangnya dari seluruh negeri.Bayangkan berapa tebal kertas-kertas tersebut~Baiknye cikgu Ghani sebelum start kelas tambahan mesti beliau cakap macam ni.Pemurah dengan doa.
   "nampak ceria muka korang malam nih..wajah-wajah A+ semuanye..hilang 
    penat cikgu datang dari jauh..InsyaAllah,cikgu doakan semua 11 A+.."
Amin..Lagi satu,cikgu selalu doakan kami kalau berselisih dengan beliau.Contoh saya kalau berselisih dengan cikgu.Masa itu saya tengah naik tangga dari ground floor,cikgu Ghani baru jalan keluar dari bilik guru yang dekat first floor.Dari bilik guru boleh nampak orang turun naik tangga.Cikgu Ghani pandang saya,saya pun pandang cikgu sambil senyum mesra ^_^.Ingat nak bagi salam tapi jauh sangat~
Cikgu Ghani:Fitrah(ckgu panggil saya walaupun jarak agak jauh)... kau A+
                 sejarah..
Saya:Baru nak terima kasih kat cikgu tapi cikgu dah masuk pejabat plak masa 
       dah sampai first floor
Boleh dikatakan dalam banyak-banyak doa cikgu kat saya kalau selisih dengan beliau.Doa cikgu masa saya naik tangga inilah paling menyentuh la..hampir menangis kot~menangis keharuan...terima kasih cikgu doakan kami~

Ustazah Ariza(BAHASA ARAB)
Pencetus semangat saya dalam B.Arab~Saya masuk KUSISS dalam bulan Feb 2010,masa tu tengah exam Ujian Dalaman 1.Kami yang baru nih gelabah la.Silibus dorang dah jauh dari kami.B.Arab langsung saya tak belajar lagi.Nasib baik kami,budak baru markah tak dikira utk UD1.Masa awal-awal belajar BARAB,saya langsung tak faham sampai la tengah tahun ade p'tukarn cikgu.Penggal 2,Ustazah Ariza mula mengajar kami sampai Form 5.Start Ustazah Ariza mengajar baru saya faham dan semangat nak belajar BARAB.Alhamdulillah,start dari situ stiap kali exam,BARAB mesti skor A..Alhamdulillah~Ustazah juga seorang pendengar yang setia.Banyak murid especially banat selalu rujuk dekat ustazah termasuklah cikgu-cikgu.Saya ingat lagi,masa tu kami ade kelas tambahan BARAB pada waktu malam.Ustazah baru balik dari kampung tapi kerana kami beliau datang jugak.Dalam pukul 10.30 p.m kelas habis tapi selalunye ustazah kena tahan.Ada yang tanya pasal pelajaran dan selalunye saya dan sekumpulan kawan saya penanya paling last..tapi bukan pelajaran more kpada soalan hati remaja,masalah diri sendiri,adik-adik junior,kawan2..penat2 ustazah,layan jugak kami nih..bagi solusi,bagi doa utk kuatkan hati.Lembut bicara ustazah walaupun bende tu sensitif tapi kami boleh menerima.Dengan hanya berjubah+tudung labuh+senyuman ikhlas,itu dah cukup menyenangkan orang yang memandang~bertuah Ustaz Rizalman..
selalu ustaz rizalman bawak anak-anak gi solat jemaah kat musolla..anakikut belakang abinya solat..biasela kanak2 kejap2 solat kejap2 lari..tapi saya fikir itu salah satu cara supya anak cinta masjid..hehe..macam tv alhijrah plak..semoge kita juga begitu.. dapat zaujan/zaujah yang soleh dan quratu a'yun,penyejuk mata yg comel2..aminn~
time last kelas tmbahn barab.itu ustazah yg dirindui..(^^,)
 

Friday 10 February 2012

Murabbi Cintaku versi KUSISS..siri 1

Murabbi cinta saya..guru disamping mengajar,mereka mendidik

Saya ingin berkongsi tentang 
guru-guru hebat saya
jikalau Hilal Asyraf guru hebatnya 
dari MATRI,
guru-guru hebat saya dari KUSISS
dan SMK Abdul Jalil.
Mereka inspirasi saya setelah mak dan abah.
Saya sedang merindui mereka
Murabbi Cintaku..

SENYUM DIKALA MENGINGATI MEREKA

Hari- hari lepas SPM.Beginilah situasi bagi yang menganggur macam saya.Hanya sekadar menjadi 'suri rumah'.Itu jawapan saya bila sahibah bertanya tentang saya sekarang.heehe...Kawan saya tanya sejak bile ade suami nih?jawab saya hanya sekadar preparation.
Rindu.Itulah perasan saya sekarang.Teringat gaya-gaya tersendiri cikgu-cikgu kesayangan.Kita mulakan,lets gone!!!bak kata Nabil RL2

Ustaz Kamarul Ariffin
Pengetua sekolah saya,KUSISS a.k.a Kuala Selangor Islamic Secondary School.Lain daripada yang lain.Itu jawapan kalau orang suruh saya describe pasal beliau.Apa yang lain?.First time jumpa pengetua macam beliau,nampak sifat kebapaan walaupun saya pernah kena marah dengan dia.keh3.Selalu solat berjemaah sekali kami di musolla.Kalau tak ade hal,lepas solat mesti bagi nasihat atau sesi merotan budak-budak lelaki yang nakal tuh.Saya paling gembira kalau mood beliau tengah baik.heehe,,boleh minta macam-macam(dalam BADAR la).Bicara beliau ketika perhimpunan sangat sopan serta memanggil kami dengan panggilan anak-anak.Ada suatu ketika saya baru habis kelas tambahan,on the way balik asrama tuh serempak dengan ustaz.Biasa la kalau jumpa cikgu mesti bagi salam sambil senyum mesra(^^,)..Pesan ustaz lepas kami bagi salam:Balik asrama jangan lupa studi ye.Tengok nota-nota..Baik ustaz..itu jawapan saya.Waktu paling gembira,waktu SPM.Selalu ada untuk kitaorang.Sebelum masuk dewan,Ustaz mesti ade untuk bagi semangat..Memang semangat!!~Paling haru..saya dengar azan Maghrib dari asrama.'cuti' bersebab.Cuba teka siapa azan?Ustaz Kamarul~.Saya tak tau la kemane banin hilang.Last2 solat pun ustaz yang jadi imam.Lepas solat sedikit tazkirah dari Ustaz.Pesan ustaz kepada kami yang akan tinggalkan sekolah..tangkap leleh la time tuh.Banyak kisah saya alami berkaitan dengan ustaz.Kamera badar kena rampas.saya nangis lepas dapat kamera.sayang kamera bro + amanah kot..isk3.Kawan saya kena sport-check tempatnye sampai anak lipas pun ade.hehe.macam-macam nak cerita panjang sangat.Terbaikkk la.

Ustaz Ridzuan Muhd a.k.a guru kelas saya(5 hidayah)
Pencetus pemikiran matang bagi kami.Walaupun hanya mengajar SIVIK,beliau mampu jadikan subjek tu paling ditunggu-tunggu.Kami bukan belajar ikut silibus,kami belajar apa yang disampaikan.Bicara beliau dengan kami macam kawan.Ya,macam kawan berkongsi cerita dengan kawannya.Macam-macam isu.Macam-macam cerita.Kami berbincang tentang universiti idaman lepas SPM,course,politik,global.Tapi ustaz mesti pesan yang satu nih.Ilmu.Ustaz selalu pesan,
  "nak ape-ape,mesti kena ade ilmu"
Hehe.Beliau memang pencetus~Rasa da dewasa bila dengar Ustaz bercakap walhal perangai 'kanak-kanak rebina'..huhu~

Cikgu Anuar(BAHASA MELAYU @ KOMSAS)
Terbaik cikgu nih.~Saya tak pernah tidur time beliau mengajar sebab asyik gelak.Memang tak sunyi la.Cikgu yang banyak cerita memandangkan beliau merangkap Ketua Warden.Sesibuk-sibuk beliau,beliau tak pernah biar kami 'bergumbira' dengan tidur,borak,ngumpat dan bising.Ada sahaja kertas latihan yang ditinggal untuk kami.Nasihat juga tak dilupa walaupun beliau cakap dalam nada marah~Beliau juga tak lupa kadang-kadang buat makan-makan.Ada beliau buat makan-makan khusus untuk 'anak murid kesayangan' a.k.a Fahmi.Kami satu kelas join sekali.Time tuh prep malam.Beliau juga seorang bapa mithali(**,)Tiap-tiap petang mesti bawak si comel Abid Khalis jalan-jalan.Trademark Abid Khalis yang sangat popular~tercetus bila Abid pegang 'mic' dekat pondok pengawal~bah..bah..bah


P/S:kita continue cerita murabbi cinta saya pada Murabbi Cintaku versi KUSISS 
      siri 2..coming soon~
      thanks kepada abg saye..tebus kesalahan tak dapat bawa pegi bookfair 1 
      malaysia.Kedai buku kat k.l pun jadi la,juga baucer die yang saya 
      guna..hoho

Saturday 4 February 2012

Dia...kita penyambung legasi perjuangan baginda..untungnya kita

Dialah kecintaan kita..Muhammad

Bismillahirahmanirahim
Sekadar kongsi pendapat saya.
Peace be upon the messenger,
The Chosen One,Muhammad Rasulullah 
RENEW CINTA KITA
Baru-baru ni,saya mendengar ceramah di rancangan Al-kuliyyah:"Ketika bulan terbelah",Berkisar kisah Kekasih Allah dan dalam banyak-banyak ustaz tu bercakap ada satu ayat betul-betul membuatkan saya seperti telah diketuk dengan sesuatu yang objek.Macam ni lebih kurang ayatnye:
"tapi jangan cinta kita pada rasul hanya cinta palsu" ,lebih kurang macam ni la ayatnye
Cinta Palsu.Apakah yang anda faham tentang cinta palsu?cinta palsu menurut saya cinta itu tidak dari hati,sekadar di bibir sahaja.Kata orang sekarang 'cakap je lebih'.Itulah yang merisaukan saya.Saya terfikir,betul ke aku ni cintakan nabi?Anda pernah terfikir seperti ini?saya cuba mencari solusinya.Ya kita perlu renew cinta kita.Kita wajib renew cinta kita kepada rasulullah supaya kita boleh mendapat cinta Allah.Bukankah kita ingin cinta Allah?maka,cintailah rasul,lantas cinta Allah datang dengan seiringan.
Firman Allah dalam Surah Ali imran:
 Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyanyang.
forum sempena maulud nabi,ustaz halim din(panel) dan ustaz jaafaruddin(moderator)


KITA PENYAMBUNG LEGASI PERJUANGAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Cerita Ustaz Halim Din,Beliau sudah 4 kali pergi ke Europe untuk misi dakwah.Katanya,dakwah di luar negara sangat hebat.Beliau menceritakan ketika beliau di Belanda.Kalau tak silap saya.Purata umat Islam hanya 2 juta daripada 20 juta tapi kuatnya umat Islam disana sampai kerajaan tidak berbuat apa terhadap mereka.Suara 2 juta orang ibarat 20 juta orang.
Lihatlah,perlunya kita menyambung perjuangan Nabi Muhammad supaya Islam sentiasa subur bukannya dianggap agama terroris.Untuk membawa Islam ni bukanlah satu yang mudah.Mesti ada tentangan.Cerita ustaz Halim Din,beliau dulu merupakan Ketua unit dakwah di Lembaga zakat,tapi disebabkan adanya tentangan terhadap beliau seperti orang tak suka beliau berceramah,beliau resigned.Ya perjuangan yang benar selalu ditentang.Yang benar dikatakan dusta,yang dusta dikatakan benar.Mereka yang ingin membawa Islam secara total bukan separuh-separuh dipandang pelik.Ghuraba?Mereka adalah ghuraba.Kita?

Dalam sebuah hadith, Rasulullah S.A.W bersabda:

بَدَأَ اْلإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Islam awalnya asing dan kelak akan kembali menjadi asing sebagaimana awalnya maka beruntunglah bagi al-Ghuraba' (orang-orang yang asing). 
UNTUNGNYA KITA UMAT AKHIR ZAMAN DIRINDUI RASULULLAH..
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah. "Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

USTAZ HARUN DIN MIMPI JUMPA RASULULLAH..ALLAHUAKBAR!MASYAALLAH!
Kata Ustaz Halim Din,gurunya ini tidak pernah minta duit kepada orang yang berubat dengannya.Subhanallah,bagaimana beliau boleh bermimpi berjumpa Rasulullah?kata Ustaz Halim Din,amalanya..Kita?fikir-fikirkan dan selamat beramal..^^,