Wednesday 28 March 2012

Tuhan Lebih Memahami..

tiada siapa yang tahu..
Tiada siapa yang tahu 
di sebalik kelamnya lensa itu
sama ada duka atau gembira
 cuma diri dan
TUHAN LEBIH MEMAHAMI...

*****
Tuhan lebih memahami
berbanding ibu yang melahirkan
Tuhan lebih memahami 
berbanding ayah yang lelah mencari nafkah
Tuhan lebih memahami
berbanding anak yang sungguh belajar untuk ibu ayah
Tuhan lebih memahami
berbanding teman yang sentiasa memberi bahunya
Tuhan lebih memahami
berbanding guru yang menjadi murabbi rujukan
Tuhan lebih memahami 
berbanding mereka yang di sekeliling

Maka,
usah sedih kala tiada yang memahami akan diri
kerana hati kita punya TUHAN 
Ya,
Tuhan Yang Lebih Memahami..

by,
owner sangpencerahku.blogspot.com*saya la tu..

#tak tau ini puisi ke gurindam ke sajak ke atau pantun?
terhasil pabila terfikir tentangnya,,^^

Tuesday 27 March 2012

Nak mencontohi siapa??o.0

nak ikut sape?*tak tau..tak tau
Bismillah..
Sudah lama rasanya biarpun dalam
baru masuk seminggu.
Entry kali ini dari pengalaman saya sendiri 
tapi dah 'renovate' ^^ 

CERITERA KONDISI SEBAGAI 'KAMU DIPANDANG ALIM'

Suasana dalam bilik darjah tingkatan 5 Hidayah kelihatan senyap lantaran ramainya pakat tidur.Cikgu tak ada la katakan.Farhani  mengeluarkan buku latihan Matematik Moden lantas memusingkan kerusi menghadap Iwani yang duduk di belakangnya.Khusyuk membuat kerja Add Math yang Cikgu Fadhlina bagi tadi.Hanisah yang duduk di sebelahnya juga sebentar tadi telah beralih menghadap Aisyah yang duduk bersebelahan Iwani.Mereka sedang membuat target untuk SPM.Budak-budak dedikasi,biasa la..


"Wani,tolong ajar aku Math.Aku tak pandai la.."pinta Farhani.

"Sila-sila..kau buat dulu.Tak tau tanya aku",kata Iwani sambil mengetepikan buku-buku rujukan yang berlambak atas mejanya untuk memberikan ruang kepada Farhani.


20 minit kemudian.


"Hehehe..",tiba-tiba Iwani tersengih.Farhani nampak tingkahnya.

"Kau kenapa pulak?Tetiba je gelak sorang-sorang",tegur Farhani.

"Teringat cerita Jozan Show.Lawak la Zizan dan Johan.Kau tengok tak?",tanya 
Iwani.

"Tengok tengok..lawak la dorang tu kan?"kata Farhani sambil ketawa.


Hanisah tiba-tiba mencelah.


"Kau tengok cite tu Iwani?",tanya Hanisah.

"A'ah.Kenapa?",tanya Iwani penuh kehairanan

"Kau tengok cite tu.Ingatkan kau tak tengok cite macam tu.KAU KAN ALIM",terang Hanisah.


                                                          *****
MENGHARAPKAN MAKSUM DARIPADA YANG BUKAN MAKSUM
*tajuk diambil dari blog Ustazah Fatimah Syarha,huraian sendiri..^^ 
 
Saya tamatkan ceritera di atas setakat itu sahaja.*walaupun scene tu ada lagi.Andai la kata kalau seseorang di sekeliling anda mengganggap anda ALIM,apakah perasaan anda?Mungkin pada anda 'syukur ada jugak yang kata aku Alim'.Pada saya gelaran ALIM itu hanya sesuai kepada orang yang betul-betul warak,berpengetahuan luas,baik akhlak dan etc.Tersangat la tidak sesuai bagi kita-kita yang baru berumur setahun jagung macam saya.TETAPI saya tidak menyalahkan orang yang menganggap kawan atau seseorang di sekelilingnya ALIM,tetapi jangan terlalu MENGHARAPKAN MAKSUM DARIPADA YANG BUKAN MAKSUM kepada kawan tersebut.Dan yang dianggap 'ALIM' itu kalau kamu ditegur seperti dalam ceritera di atas,maka banyakkanlah beristighfar.Ingat,diri kamu sedang dicontohi dalam tidak sedar.


Sahibah saya pernah berkongsi tentang si dia yang sedang mencari seorang 'idola' di kalangan kawan-kawan untuk di contohi namun malangnya,si dia masih tidak jumpa idola.Si dia mengadu pada sahibah saya,'yang rajin menghafaz,tapi pergaulan tak jaga.Tak tau nak ikut sape dah'.


Sahibah saya telah memberi jawapan membuka minda yang lebih kurang macam ni*saya tambah sikit ayat saya:


"Kalau macam ikut je la yang baik.Kalau dia rajin baca al-Quran,ikut dia rajin al-Quran.Kalau dia rajin studi,ikut dia rajin studi.Jangan la pulak ikut perangai buruk dia.Kita ni,zaman sekarang kalau nak cari orang yang baik (ALIM) dalam semua hal,susah.Mungkin ada,tapi hanya minoriti.So,ikut je yang baik.Yang buruk jangan ikut."


RASULULLAH IKON KITA YANG HAKIKI


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (aitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab:21)

Contoh Rasulullah kan bagus.Dapat pahala lagi..^^

#terpaksa walaupun tak suke..~.~*Semoga rahmati tingkahku

Thursday 22 March 2012

100% hanya kepada Allah..

langitilahi.com punya gambar ya.kredit utk photographer
Bismillahirahmanirrahim.
Kembali setelah sekian lama
Berurusan dalam hal duniawi 
yang mungkin saham ke akhirat
Aminn.. 

PERGANTUNGAN HANYA KEPADA ALLAH

Setelah beberapa hari ini,banyak benda baru saya belajar dan perkara lama di 'refresh' semula.PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH.Manusia ini tidak boleh lari daripada bergantung kepada Allah.Tidak kira orang Islam,agama lain mahupun Aties(orang yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan) semuanya pasti mengakui akan kepergantungan hidup ini kepada Allah.

"Kepada Engkau kami sembah,dan kepada Engkau meminta pertolongan" (surah al-Fatihah:5)

Ini keyakinan dan akidah kita kepada Allah.Saya sangat terkesan dengan ayat ini.Jika kalian mahu merasainya juga,letak tangan kanan atas dada kiri kemudian baca ayat ini.InsyaAllah jadi,kalau tak jadi maaf ye..^^,

Manusia ini kalau sebanyak mana pun berusaha dan berikhtiar tetapi jikalau tidak bergantung atau berserah pada Allah,kejayaan yang mungkin dimiliki mungkin tidak membawa makna kerana tiada rasa barakah daripada Allah(maksudnya tidak rasa yang itu adalah nikmat Allah),dan mungkin yang gagal mencapai kejayaan akan bertindak di luar batasan akal spt bunuh diri dan etc..

“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.” [Al-Imran : 159]
 
Apabila kita sudah berusaha,berdoa dan tawakal.InsyaAllah dalam apa-apa situasi tak kira suka atau sedih,kita akan REDHA.Maka,letakkan keyakinanmu pada Allah
SITUASI HARI INI 21/03/2012

Saya lihat di Facebook,ucapan tahniah,ucapan syukur dan tidak kurang juga kata-kata semangat di status kawan-kawan.Sebab apa?SPM..Setakat ini yang saya lihat hanya status yg positif sahaja.Tak jumpa lagi yang negatif.Ada ke?
Apabila hati dihubungkan kepada Allah,kita akan REDHA kan?

3 HARI HADIAH HARI JADI^^,

Hari last buat practice kereta dan motor.Ahad.Balik dengan keadaan tension.Asyik kena marah dengan orang yang mengajar.Dahsyat.Malam kepala mula fikir macam-macam.Banyak doa.

19/03Hari ditunggu-tunggu.1.00 p.m dah gerak.Segala macam zikir dam wirid.Tangan mula sejuk.Dalam hati minta Allah tolong.Muslimat boleh buat!!kata hati.Mula test.Allah bagi ketenangan.Alhamdulillah,lulus.Satu beban hilang.

20/03Hari kedua.8.15 p.m keluar.Macam biasa segala macam wirid dan zikir.Oh,titi.takut yang itu.Akhirnya,lepas dan lulus.Alhamdulillah.Satu beban hillang.

21/03Hari penuh kerisauan.Pagi macam nak demam.Gerak.Allah telah beri ketenangan tak ada yang diresahkan.Alhamdulillah,walau tidak mencapai target.Nazar tak dapat ditunai.Percaya pada Allah.Berapa?Rahsia..hehe~Yang penting Gred semua subjek semua Allah bagi yang baik-baik..

#tahniah kawan-kawan di SMK ABDUL JALIL dan KUSISS.^^,
tahniah kepada ibubapa,guru-guru,sahabat-sahabat,dan semuanya..syukran~
#KUSISS,katanya gred naik tahun ni..??Nanti datang KUSiSS lagi..
Jumpa di IPTA/IPTS ye..barakallufikum~

Sunday 11 March 2012

Sekadar Nota Kaki~.~

smoga 'pahlawan'2ku suatu hari nanti juga begini
Bismillahirrahmanirrahim
Entry ini sekadar nota kaki
coretan beberapa hari sudah..
Rabu malam~Bah air hujan melanda paras pinggang di tengah jalan
Khamis-Ahad~proses 'clean and clear'
Paling sedih ilmu a.k.a buku2 studi kena buang
mujur ada yang datang membantu,makanan~baju~selimut
Ahad malam~cuba2 isi borang 'tersebut'
hati berdegup kencang,tak tahu kenapa.
"Mak jangan lupe,solat hajat utk org ye.result nk kluar dah"
"oo.semalam mak mimpi bagus"
"Mak jangan cakap mimpi ape.Amin.moga yang baik jadi kenyataan"
Ketawa aku didalam gundah gelana.
Harus siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
Sunnatullah mencapai sesuatu perlu ada "D.U.I.T"
KALIAN JUGA SAYA DOAKAN.MOGA YANG BAIK2 SAHAJA^^,

#link resah + teruja:(bukankah lebih banyak perkara yg prlu diresahkan.tapi knpa harus ini ya.?Banyak khilafku ini mungkin)
Apepun syukran ila asdiqa' yg byk membri info terkini.Batch 14 KUSISS.
  • http://mppmjordan.wordpress.com/2009/04/16/sambung-belajar-di-jordan/
  • http://www.e-zakat.com.my/borang/
  • http://www.darulquran.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=301%3Apengambilan-pelajar-baru-program-diploma-tahfiz-al-quran-sesi-20122013&catid=39%3Apengumuman&Itemid=156
  • http://www.mohe.gov.my/portal/pengumuman-terkini-selanjutnya/617-permohonan-timur-t

Monday 5 March 2012

Perlukah Sikap Itu,kawan?

belajar itu adalah salah satu cabang jihad.
Bismillahirrahmanirrahim
Jika ada salah silap dalam post kali ini
tolong tegur secara berhikmah ya.
Ini pendapat saya.^^,

Perlukah sikap itu dalam diri?

Sikap itu banyak.Saya kecilkan skop itu kepada sikap 'R.E.N.D.A.H.D.I.R.I'.
Perlukah?Bagamainakah?

Ada seorang sahibah telah berkongsi masalah akan hal ini.Saya juga pernah mengalami perasaan yang sama.Saya fikir semua manusia mungkin pernah berasa rendah diri. 


Pada hemat saya,rendah diri ada dua:
1. Rendah diri positif
2. Rendah diri negaif

Rendah Diri Positif

BIla sebut positif temtulah semua yang baik-baik saja.Ya,positif memang semua orang nak terutama yang bakal penerima result SPM 2011~11 A positif(11 A+) heheh.
Ok.Rendah diri positif menurut definasi saya adalah apabila mendapat sesuatu nikmat/ganjaran,dia rasa rendah diri.  
   "Fulamak,terror la ko.11A+.Tabik springgg!"
   "Enti pun apa kurang hebatnye.Syukur Alhamdulillah,kita semua same2 
    berjaya kan?"

Atau mungkin juga begini:
   "Aduyai.macam mana plak Addmath aku boleh dapat D nih.Takleh jadi 
    nih,Kena topup segala bagai nih,target naik C+ lepas nih"


Atau mungkin begini:
   "Comel je kawan aku sorang nih,tudung tutup semua,baik akhlak,tak 
    sombong,selalu bagi nasihat kat orang.Aku?Kena berusaha jadi baik macam 
    dia lagi nih.Nak gi mintak sikit 'advice' la.." 


Rendah Diri Negatif

Yang ini serius bahaya.Sebab?Sebab ia akan 'membunuh' confident dalam diri kita dan atau mungkin akan menyebabkan diri kita terus dalam kelemahan dan tiada improvement.


  "Aku rasa aku tak layak la nasihat2 orang nih,Kau je la.Kau kan alim"

  "Aku rasa result aku kali ni mesti tak o.k.Aku nih da la tak pandai.Aku redha 
   jela result kali ini"
  
  "Yela kan.Orang tu kan baik plus pandai lak tuh.Sape la kita,jahat + 
   kurang pandai kan?"


Itu antara contoh rendah diri yang negatif.Melihat kelebihan orang lain yang tiada dalam dirinya menyebabkan dia rasa 'down' dan rasa tak layak ada kelebihan(baik + pandai) tersebut.Ini saya maksudkan dengan rendah diri yang 'membunuh'.

NAK BAIK + PANDAI?

Saya pasti semua orang nak kan 2 ciri nih.Fitrah manusia yang sentiasa hendakkan yang terbaik dalam hidup.Baik+pandai siapa tak nak kan?Sebenarnya,hakikat manusia ini dilahirkan baik dan juga pandai.TETAPI.Manusia yang mencorakkan dirinya sama ada menjadi betul2 baik dan betul2 pandai.

Ingin menjadi baik perlu ada usaha.Jangan hanya ada azam tapi tiada usaha.Minta pendapat orang yang dipercayai dan PALING PENTING,tu yang sentiasa Maha Melihat,Allah wajalla.Sentiasa berusaha memperbaiki diri.Kadang2 manusia ini tahu tapi buat2 tak tahu.Doakan mereka dan kita dijalanNYA ya~


Ingin menjadi pandai?Sesungguhnya Allah itu memberi nikmatNya secara adil.Tak semua orang perfect dalam segala hal.(nobody perfect)Ada orang dia hebat akademik tapi tak hebat kokurikulum.Ada orang hebat akademik dan kokurikulum tapi dia tak hebat kemahiran.Ada orang pandai mengemas tapi tak pandai memasak.Itulah manusia sifatnya tak pernah sempurna

Kita ini hanya mampu berusaha.Pandai dalam subject agama tapi lemah subject sains,berusaha menguasai subject yang lemah,maintan subject yang 'pro'.

 Firman Allah yang bermaksud: “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Percayalah,Allah itu Maha Adil.Oleh itu,kewajipan bersyukur atas ape2 nikmat Allah.Beringat-ingat,kadang2 nikmat ini juga adalah ujian.^^,


  Kalau kita nak berubah menjadi baik,
Allah akan hadiahkan orang-orang
baik untuk kita~
Saya dah tak ingat mane dapat ayat nih..

THE LAST

Hiduplah dalam bersederhana dalam semua aspek.InsyaAllah tenang hidup
      
Nur Fitrah:ekstrem sangat hancur,
               tak endah sangat binasa,
               so macam mane ye?
               ha!dok kat tgah2..
               BERSEDERHANA...(^^,)