Monday 14 October 2013

Tadhiyyah.

@fitrahbaik#textgram
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Walillahillamdu.

Sekali lagi raya haji di perantaun. Ok. Senyum. *Bajet gembira*. 

But, tak la teruk sangat raya haji kat Jordan. Best ape. Melapah bersama-sama. *First time oo melapah*. Agih bantuan kepada orang-orang Syria. 

Okeyy. Tak kesah sangat la pasal benda tu semua. Ada yang lebih penting untuk difahami , ditaddaburi untuk diri ini sendiri. 

TADHIYYAH.

Disebalik kuatnya Ustaz Nordin bersama anak buahnya menumbang berpuluh-puluh kambing tu, di sebalik Kak Munaya berpeningan kertas kerjanya direject EMJ. *suka-hati-aku-je insert nama depa* ada something yang perlu dipelajari, iatu PENGORBANAN.

Berapa ramai orang yang mampu korbankan 20 qursh dia untuk budak-budak Syria yang minta sedeqah itu?*Ok. ini sentap.T.T*

Berapa ramai sanggup korbankan duit lebih untuk buat open house rumah dia?

Berapa ramai sanggup korbankan telinga untuk dengar ceramah Fiqh Korban ? *Ramai fokus kat lembu yang baru mai*

Dan berapa ramai yang sanggup berkorban demi agamanya??

Lihat bagaimana Nabi Ismail dengan coolnya menyahut perkhabaran ayahnya, Nabi Ibrahim yang dimana Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelihnya. Brooo, sembelih bohhh, bukan rotan-merotan. Ini kes main nyawa!! Meman tak laaa...

Fuhh... Hebatnya iman Nabi Ismail. Kita ini kalau kena macam itu, rasanya balik duduk ketiak mak! *atooottt*

Cumanya,

Dimanakah nilai kita ini, jika tidak sedetik pun memikirkan diri untuk mentadhiyyahkan kepada Allah.

Tadhiyyah masa, perasaan orang lain, harta dan jiwa untuk sesuatu buat ummah.

Serius. memang pedih. Perit. Seperit perasaan Nabi Ibrahim ketika meletakkan parangnya di tengkuk anak kesayangan,Ismail.

Ya, Mungkin ada yang terasa hati. Mungkin ada yang kata "Kau ini bodoh", Mungkin ada yang benci. Namun, kadang-kadang, ada perasaan yang perlu dikorbankan demi  Dakwah dan Tarbiyah ini. Satu perbuatan yang kadang-kadang,kau harus berpegang pada pendirian. No kompromi !! *Ok. kesat ayaq mata*

*Tengok langit malam*.

Terukir di bintang. 
" Masihkah ada 'Ibrahim' dan 'Ismail' yang sanggup berkorban demi agamanya? ". 

Tuesday 8 October 2013

Ku butakan hati.

melarikan diri.

Kubutakan  hati,
Dari anasir syaitan, 
Yang mahu sering menyentuh jiwa,
Yang mahu sengaja menerbangkan aku,
Di angkasa angan-angan.

Kubutakan hati,
Dari memahami kalimah yang tersurat dan tersirat,
Yang sukar diungkap,
Tetapi difahami akal,
Sengaja tidak mahu mengerti,
Sengaja menjadi hati robot.

Kubutakan hati,
Supaya tarbiyah yang aku dianugerahi ini,
Tidak sia-sia dimamah dusta,
Agar ianya dipelihara,
Walaupun terkadang sendiri yang melangkah,
ke lohong kegelapan itu.

Ada benda yang lebih utama,
Ummah dahagakan pencerahan.
'Butakanlah' hati.
Agar tidak dibutakan hati oleh Tuhan.

Wallahu'alam.



Monday 16 September 2013

Selamat Datang.

melakar
Bismillah.

Setahun berlalu. Tanpa sedar. Aku berada di dalam tarbiyah ini. Hee..(senyum sinis) Apakah tarbiyah ini benar-benar menyentuh aku? Eh.. tidak boleh salahkan tarbiyah andai jiwa masih kering kontang. Salahkan diri sendiri.

Aku cuba. aku cuba. Hati ini benar ingin menyampaikan risalah. Benar ingin sekali. Itu citaku. Bukan semata mengejar sarjana. Ada sesuatu yang berharga dari sarjana yang perlu dikutip. Ilmu yang mencerah diri untuk mencerah ummah. Tarbiyah yang meresap di jiwa supaya dirasai bersama ummah. 

Hahahha. Kadang-kadang aku gelakkan diri sendiri. "Heiii.. kau berangan melangit". "Ah. Peduli apa aku!! Rasa ini Tuhan itu yang bagi. maka kau mahu aku sia-siakan?"Balasan kuberi. Bertarung dengan nafsu.

Terkadang aku berasa jiwa ini benar-benar dusta tika aku berjalan ingin dakwi. 
Ahh!! pedulikan perasaan ini!! Jalani sahaja. Moga setiap langkah itu muhasabah untuk diri kamu sendiri.

Tengok filem aksi, first part , dua puak gangster gaduh boleh pula fikir, " Kalau dorang berjuang untuk agama kan bagus". Arggh.

Allahh.. Allah. Rasa itu. Impian itu. Pandangan tarbiyah kamu itu. Semua dari Allah.

Duhai diri, yang memahami kamu hanya diri kamu dan Tuhan sahaja,
Jangan mengharap manusia disekeliling sudi memahami perasaan kamu.
Bukan sahabat andai dan bukan juga murabbi.
Bergeraklah perlahan-lahan.
Bergeraklah tarbawi dan dakwi  itu.
Rasa itu anugerah . Doa pada Tuhan moga rasa itu sampai kamu mati.
Bersyukurlah diri. Andai kamu tahu Tuhan itu sentiasa mengiringi kamu.

Bernafaslah dengan lafaz tasbih,tahmid dan istighfar.
Manusia tak maksum . Bukan malaikat. Teruskan jalan meraih cintaNya. Terus sebarkan salam dan senyuman.

Selamat datang tahun 2. Moga lebih matang. Moga lebih fokus belajar. Moga lebih serius dalam DnT. Allah. Permudahkanlah urusan kami. 

Friday 5 July 2013

Cita-cita kecilku

Terkadang terasa tidak layak untuk punya cita-cita besar. Apatah lagi bercita-cita menggapai syahid. 

Terasa bukan orang selayaknya memikir untuk punya cita-cita. Cita-cita untuk menyumbang pada agama Islam itu sendiri. Malu. 

Hakikat, manusia itu tidak pernah lari dari cita-cita. Aku juga. Tersendiri malu memikir kenapa aku boleh bercita-cita kecil itu. 

Cita-cita kecilku mahu bersama dengan tangan-tangan yang berusaha membina jiwa-jiwa khalifah berjiwa hamba persis para sahabat dahulu. Mahu kita semua hidup dengan cara Islam. 

Malu. Seolah tidak layak bercita-cita kecil demikian. Kerna diri ini bukan sesiapa.

Cuma sedaya upaya cuba membina diri sendiri menjadi individu muslim. Tangga individu muslimku bila dianalisis semula bawah level 1 agaknya. Masih banyak kerja sebelum benar-benar mahu membawa Islam ke puncak.

Melihat keadaan dunia hari ini. Isu di Mesir. Isu di Palestin, Syria dan Malaysia sendiri. Bolehkah aku katakan kepincangan itu berlaku kurangnya manusia bersifat individu muslim.? 

Individu muslim satu permulaan, satu langkah seperti mana tika Rasulullah sedang membawa Islam ke puncak, terdahulu baginda membina jiwa-jiwa muslim dan mukmin dengan terapan akidah yang sejahtera. Apabila jiwa-jiwa itu telah sejahtera, maka automiknya seluruh perintah Allah dan Rasul dilaksana dengan patuh tanpa banyak bicara. 

Kerja-kerja membina jiwa-jiwa sejahtera itu kemudian berkembang dalam peringkat keluarga para sahabat dan naik ke peringkat dalam masyarakat pula dan kemudian usaha itu dibawa dengan penghijrahan ke Madinah membina Negara Islam pertama. Dan seterusnya.

Usaha-usaha membina dan baik ini sememangnya penat. Namun, penat lagi Rasulullah waktu ingin memperkenalkan(membawa) Islam yang syumul ini, 

Jika benar mencintai Allah dan Rasul.Jika benar ingin menjadi rantai-rantai dakwah Rasulullah, haruslah juga merasai perasaan yang Rasulullah alami , bukan? Alami sendiri badan berasa sakit lantaran kerap berjalan menemui orang ramai menyampaikan Islam itu apa. Otak sendiri berfikir permasalahan ummah dan penyelesaiannya. Perut kosong lantaranterkadang tidak sempat memikir akan haknya.

Ahh, banyak benar sebenarnya kerja yang belum selesai. Banyak perkara harus difikir.

Belajar.Kerja.Dakwah dan Tarbiyah. Ummah. 

Virus merah jambu. Tolong hindarkan dari diri anda. :)

terima kasih kerana membantu :)


Monday 24 June 2013

Qodoya Ummah Ini.

Anak-anak pelarian Syria ini masih boleh tersenyum. 

Sejujurnya, saya ini jika Tuhan tidak menghantar tangan-tangan yang mengajak saya  kumpulan aktivis ini, mungkin sahaja  saya sekarang masih dalam keadaan ketawa tidak ingat dunia ataupun masih berasa dunia ini bagai aku yang punya atau tidak endah langsung kisah hidup mereka. Alhamdulillah, Tuhan itu sentiasa memberi taufiq kepada hambaNya yang ingin kebaikan.

Tika musahabah diri, saya mulai sedar ,Tuhan mengajar diri ini erti kehambaan itu adalah melalui pengalaman.  Pengalaman demi pengalaman Tuhan hantarkan kepada saya, mungkin jiwa saya ini azalinya hanya boleh diluntur melalui pengalaman sahaja? 

Peluang bertaamul(bergaul) dengan mereka sedikit sebanyak  mengajar saya agar lebih memaknai hidup ini. Bukan hanya duduk di lingkungan pelajar malaysia sahaja. Bukan hanya  pergi balik kuliah sahaja.Bukan! Bukan sekadar itu. Memaknai hidup lebih dari itu. Lebih diluar bulatan comfort zon. 

Saat menulis tentang mereka, tertitis air mata mengenang mereka. Ego juga yang datang menyampuk,'Kau menangis?'. Sendiri senyum dengan telatah ego sendiri. Ahh..ego ini lawannya air keimanan sahaja. Simbahlah ia dengan memupuk sifat kasih sayang terhadap sesama manusia. Mudahan- mudahan egonya luntur.

*******************************************************************************
Full edited by: Saudara Ahmad Musa al-Nuwayri Kamaruzzaman(Pengarah projek)

Nukilan projek ke-2 Ramadhan bersama Syria


Projek Kedua 'Ramadhan Bersama Syria' (Klik tajuk untuk ke page Tangisan Syria di Bumi Jordan)

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang saudara sesama Islamnya, maka mereka bukan termasuk dalam kalangan kami."

Tanggal hari Jumaat, 21/6/2013. Satu tarikh yang tidak akan kami lupakan sehingga bila-bila. Team sukarelawan 'Tangisan Syria Di Bumi Jordan' telah diizinkan oleh Allah untuk menziarahi kem pelarian Syria yang terletak kira-kira hanya 50 meter dari Universiti Al-Bayt Mafraq, Jordan tempat kami belajar. Ya, hanya 50 meter, tetapi rata-rata pelajar Malaysia sendiri tidak menyedari akan kewujudan kem pelarian Syria ini. Dan lawatan kami ke kem ini benar-benar mengajar kami erti bersyukur. Susah bagaimana sekalipun kami, masih ramai insan lain yang lebih susah. Dan kesusahan mereka adalah kesukaran yang tidak mungkin manusia biasa mampu hadapi.

Kem pelarian ini kecil sahaja. Hanya terdiri daripada 9 buah khemah yang dihuni 10 buah keluarga. Jumlah penghuni di sini adalah seramai 66 orang dan majoritinya hanyalah kanak-kanak kecil yang dipaksa menghadapi penderitaan. Mereka kesemuanya berasal dari Hama, Syria. Penempatan mereka ini dibina di atas kawasan padang pasir. Persoalan awal yang terdetik ketika itu ialah, bagaimana mereka menjalani kehidupan di kawasan padang pasir ketika musim panas yang cuaca teriknya mencecah sehingga 40 darjah celcius. Sesekali angin kuat bertiup kencang menerbangkan pasir-pasir menerjah masuk ke dada anak-anak kecil yang masih merah. Kami turut merasainya, tetapi anak-anak ini menghadapi semua itu sepanjang masa.

Kebanyakan pelarian di kem ini datang dari kem pelarian Za'atari. Disebabkan masalah kepadatan manusia yang melampau, persekitaran yang kotor, kekurangan bekalan air dan eletrik serta ancaman penculikan kanak-kanak dan gadis di sana menyebabkan mereka membuat keputusan untuk berhijrah ke sini. Mereka mengharapkan kehidupan yang lebih baik, tetapi tidak banyak perubahan yang berlaku sebagaimana yang mereka harapkan. Mereka langsung tidak dibenarkan bekerja untuk menampung kehidupan seharian dengan alasan mereka adalah rakyat Syria. Jiwa berusaha mereka memberontak. Mereka membuat keputusan untuk bekerja di sebuah ladang di belakang kawasan kem ini. Dan dengan hasil yang tidak seberapa itu, mereka gunakan pula untuk membayar bil air dan eleltrik.

Kami dijemput masuk ke sebuah khemah yang dihuni Abu Husin. Abu Husin, seorang lelaki tabah yang sudah lali dengan cabaran dan dugaan. Masakan tidak, beliau sudahpun kehilangan sebelah kaki akibat kekejaman yang dilakukan oleh Hafiz Assad, bapa kepada Bashar Assad. Menurut Abu Husin, masalah utama mereka di sini ialah masalah air dan eletrik. Mereka terpaksa berjimat dalam menggunakan air, dengan penjimatan yang maksimum. Bayangkan, anak-anak kecil di sini hanya dibenarkan menggunakan tandas sekali dalam seminggu untuk menjimatkan air. Untuk bekalan eletrik, mereka terpaksa menyambungkannya dari jiran di kawasan perumahan berhampiran, dan setiap bulan mereka perlu membayar harga eletrik itu. Andaikata mereka tidak mampu membayar harga eletrik, maka sebulanlah kehidupan dijalani dalam kegelapan.

Makanan pula tiada sesedap dan semewah kita. Mereka tidak punya ayam mahupun daging. Kentang dan terung pun hanya dapat dinikmati sesekali dua. Makan asasi arab iaitu roti juga hanya mampu dibeli sekali-sekala. Sedangkan roti tidaklah mahal, roti hanya berharga RM2.50 untuk satu plastik yang besar! Apakan daya, RM2.50 sangatlah tinggi nilainya di sisi mereka. Pakaian mereka pula hanya sehelai seorang. Dan pakaian mereka tidak lain tidak bukan seperti sehelai kain lusuh yang layak dipanggil kain buruk! Jauh dibandingkan dengan kita yang saban hari akan bertukar-tukar pakaian kerana malu memakai pakaian yang sama. Tetapi mereka tidak diberi pilihan.

Kami bertanya jika mereka mendapat sebarang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kami terkejut bercampur kecewa apabila mereka menjawab 'tidak pernah langsung'. Kata mereka, Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya memberikan bantuan kepada mereka yang mempunyai akad ijar, atau dengan kata lain, hanya mereka yang mempunyai rumah akan mendapat bantuan. Mereka yang tinggal di khemah-khemah tidak dibenarkan untuk mengambil bantuan. Timbul persoalan tentang apa relevannya syarat itu? Persoalan yang tidak tahu kepada siapa patut kami ajukan. Namun,ada juga makhluk-makhluk Allah yang konsisten dalam memberi bantuan.

Tahukah anda siapakah yang konsisten memberikan bantuan?

Orang-Orang KRISTIAN!

Ya. Golongan kristian yang bersungguh-sungguh membantu pelarian-pelarian di sini. Tetapi golongan ini punya agenda mereka yang tersendiri. Selepas dibantu, pelarian-pelarian 
diajak ke gereja untuk mendengar pengisian-pengisian yang disampaikan! Bagaimana pelarian ini mampu menolak? Adakah ini salah mereka? Sedangkan umat Islam sendiri yang meninggalkan mereka tanpa pilihan. 

Di kem ini, kami turut berpeluang melawat keluarga Abu Ubaidah. Ibunya, Ummu Khadduj menghidap penyakit strok separuh badan. Sisa-sisa kehidupannya dihabiskan di atas katil usang di dalam khemah. Beliau hanya mengharapkan bantuan dari anak-anaknya untuk bergerak. Terdetik sejenak, bagaimana ibu ini menghadapi hari-hari dalam keadaan persekitaran yang berdebu. Beliau sepatutnya ditempatkan di tempat yang bersih untuk menjaga kesihatannya yang sedang meruncing.

Pengalaman melihat pelarian-pelarian di sini menjalani kehidupan yang sukar dan ketabahan anak-anak Syria yang riang berkejaran di atas pasir di bawah cahaya terik matahari tanpa alas kaki benar-benar mengajar kami erti pergantungan hidup pada Allah. Tidak ada seorangpun di antara mereka yang mengeluh, jauh sekali yang lantang menyalahkan takdir. Mereka tetap meneruskan kehidupan dalam senyuman.

Bagi projek 'Ramadhan Bersama Syria' ini, kami membuka peluang seluas-luasnya kepada mana-mana insan prihatin untuk sama-sama beramal sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba. Apa guna jika kita tenang menjalani ibadah di dalam bulan mulia sedangkan mereka di sini berpuasa tanpa mempunyai wang untuk berbuka. Mereka memerlukan sumbangan-sumbangan dari anda untuk berpuasa dengan gembira dan beribadah dengan selesa.

Sumbangan yang anda salurkan akan kami serahkan sendiri kepada mereka pada majlis serahan kali pertama pada 30 Julai 2013 nanti. Projek ini juga akan terus berjalan selagi mana khemah-khemah ini wujud. Moga Allah menilai setiap sumbangan anda di akhirat kelak. Insya Allah.

Untuk sebarang bantuan atau pertanyaan, sila berhubung dengan saya di: FB:https://www.facebook.com/musa.nuwayri Bank-in ke 03010106139527(CIMB) atas nama Ahmad Musa Al-Nuwayri(akaun ini tidak sama sekali bercampur dengan akaun peribadi saya)

Usah Sedih Jika Anda Tidak Mampu, 'SHARE' Juga Sudah Sangat-Sangat Membantu.

#Projek ini adalah kerjasama 'Tangisan Syria Di Bumi Jordan' bersama 'Akademi Ramadhan Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al-Bayt Jordan (AKRAM)



Jadi, anda bagaimana? 

Sudikah membantu meringankan beban mereka.?

Saturday 22 June 2013

Berhadapan dengan realiti

Sudah tiba masanya berhadapan dengan realiti, bukan hanya bertahan di alam tulisan sahaja. Tuhan seakan-akan menyuruhku keluar dari alam tulisa untuk dibuktikan dengan lakuan. Ya. Aku merasa sangat berat. Tapi inilah yang perlu dihadapi demi sebuah cita-cita agar Islam itu kembali ke puncaknya. Aku tidak mampu menapak seorang diri, Alhamdulillah, jiwa-jiwa kesedaran wujud di sekeliling. Namun ,jalan ini masih panjang, masih belum jelas bagaimana likunya. Moga Allah permudahkan segalanya.


Bersama iman. menginsafi diri 


Bersama warga AB Al-Bayt Uni 

Cipta hati gapai hati rabbani. bayangan murabbikah?

Saling membina dan menguatkan untuk thabat di jalan ini,

Saturday 11 May 2013

Jahiliyyah yang berbaki dan muhasabah PRU13



Actually, tajuk 'Jahiliyyah yang berbaki' ini sudah lama sangat nak tulis. Tapi ada satu hal, yang buat diri tertangguh menulisnya. Nah tahu sebab apa?

Jahiliyyah.

Ya. Jahiliyyah yang diri sendiri buat, lantas syaitan menyusuk supaya aku tidak menulis. Supaya aku hanya biarkan blog ini bersawang labah-labah.Inilah jawapan murabbi sewaktu aku mengadu hal ini.

Juga tinta QueAe Teyra yang aku teringatkan:

Jika menulis itu hobi; ia mudah saat kita senang hati. Jika menulis itu misi; kita kan bersedia berdarah-darah meniti jalannya:) - Salim A. Fillah

***********************************************************************
Huh! Berbaki. Hakikat pembaikan hati dan jiwa, masih 'berbaki' kotoran yang melekat tanpa sedar.

Dah rajin qiyam, dah rajin soalat sunat, dah rajin tilawah dan tadabbur, tapi masih berkata nista dan kasar. Itu jahiliyyah berbaki bukan?

Teringat kisah sahabat yang selalu murabbi ceritakan dalam konferens. Kisah Abu Dzar dan Bilal.

Diceritakan bahawa para sahabat berkumpul di suatu tempat, lalu Bilal berbicara. Abu Dzar berkata kepadanya:


"Sampai-sampai kamu hai anak perempuan hitam juga berbicara!" 

Abu Dzar memang belajar dalam bimbingan Nabi s.a.w. tapi saat itu ia khilaf.

Bilal pun mengadu kepada Nabi s.a.w lalu Nabi s.a.w. marah dan berubah wajahnya. 

Ketika Abu Dzar menemui beliau, Rasulullah pun berkata

'"Kamu menghinanya dengan menyebut-nyebut ibunya? Sesungguhnya kamu orang yang masih terdapat sifat jahiliyah dalam dirimu!"

Lalu Abu Dzar pun bertanya

"Wahai Rasulullah, walaupun di usia tuaku ini?"

Rasulullah menjawab "Ya". 

Kemudian Abi Dzar pulang sambil menangis. 

Ketika Bilal lalu didepannya, 

"Aku tidak akan mengangkat kepalaku dari tanah ini, sampai kamu menginjak dengan kakimu," ujar  Abu Dzar.

Bilal memandang Abu Dzar dan berkata

"Kamu adalah saudaraku." 

Mereka berdua pun berdiri, berpelukan dan menangis. 

Belajar dari hidup sahabat. Tahu ada jahiliyyah yang berbaki, terus saja menginsafi. Lain pula kita ini, beralasan bagai.

"Rileks aa..Allah itu kan Maha Pengampun"

Adooii, manusia. Penyakit apa merasuk hati kamu beralasan sebegitu. 

Kata murabbi tika mutarabbi bertanya,

Apakah kita harus meninggalkan terus jahiliyyah ataupun berdikit-dikit?

Murabbi: Berdikit-dikit lah membuang jahiliyyah walaupun payah. 

Berdikit membuang jahiliyyah. Berqiyam sepertiqa malam. Membaca dan tadabbur al-Quran. Bergaul bersama orang solihin. Ini antara caranya. Just up to you beb!

Teman,
Anda tahu, antara ciri Ibadurrahman(surah al-furqan dari ayat 63) ialah Qiyam. Sebagai satu penguat kepada ciri Ibadurrahman pertama: orang-orang yang berjalan (yakni:orang yang menyampaikan al-Quran[dakwah]) di bumi dengan rendah diri.

Ya. Kita bukan maksum.Tapi kita mahu menjadi Ibadurrahman. Lantas, kita harus berusaha. Usaha. Usaha.





Fahami status ini wahai. Tanpa persediaan kemana perjuangan berjalan hah?!!

Sedikit Muhasabah PRU-13.

Kita tahu,Konstantinopel hanya dibuka bila adanya raja yang baik,tentera yang baik dan rakyat yang baik. Dan akhirnya, kota itu dibuka saat pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh dan tiga syarat pembebasan Konstantinopel telah terlaksana. Bukanlah aku menisbahkan konstantinopel seperti Malaysia. Cumanya, mungkin amal kita masih sikit untuk kemenangan Islam itu. 

Maka, apa yang harus kita buat teman? Haa..buanglah jahiliyyah yang berbaki! 

Jangan seperti kita  tanam pokok inginkan buah tapi tak siram pokok. :)



Saturday 4 May 2013

Huh?Esok Undi?



Memandangkan esok adalah hari yang penting bagi kita,rakyat Malaysia. Maka, ingin jua saya menulis tentangnya. (PRU13). Sebenarnya, post sebelum ini tidak pernah saya sentuh tentang politik. Bukan apa, takut salah bagi fakta. Tapi untuk post kali ini tak takut la untuk menulis sebab saya bukan nak bagi fakta. Sekadar pandangan tentang mentaliti politik. nak islamik sikit pun boleh, fikrah politik.

Sekarang Era Berterus-terang kan? kan?

Saya menetapkan diri saya bukan di golongan A mahupun golongan B.[buat masa ini].(golongan C mungkin untuk orang macam saya^^) Eh. Bukan makhluk atas pagar ye? Cuma yang zalim kita tentang, yang adil kita sokong. Yakni tak kira sesiapun atau parti namapun! 

*Undi?..undi rahsiakan?

MENTALITI POLITIK a.k.a FIKRAH POLITIK

Hari itu ada orang minta nombor seorang ketua pada saya untuk program ibadah, tapi sebelum itu ,boleh pula dia tanya saya:

"Dia pembangkang ke kerajaan?"

Saya agak terkejut dengan soalan itu. Apa kena mengena ibadah dengan partisan?
Ini dah macam kes syiah dan sunni sahaja.(maaf andai contoh ini agak kasar). Saya tak tahu la sama ada saya ini yang 'lambat' atau soalan itu memang tak revelan!!

Bagi pendapat saya, soal ibadah tak perlu di'parti'kan. Jika berdoa tentang Malaysia, berdoalah supaya Malaysia ini selamat pemerintah berkuku besi dan jauh dari kezaliman dan 'bala bencana' yang bermaharajela. Bukankah itu sudah cukup tanpa campuran partisan? Kerna yang zalim itu kita tak tahu sama ada masih wujud atau tidak andai parti yang lain naik. Ya, mungkin saja.

Jadi, tak perlu jumud sangat la kot dalam hal sebegini. Cuba kita ini terbuka sikit. Jangan terlalu mengikat diri, semua benda politik. Agak-agak sambal yang merah pun nak dipolitikkan juga.

Kita sudah bergelar mahasiswa, mampu berfikir secara rasional. Negara mahu memiliki rakyat yang rasional bukannya jumud.

Kajilah. Analisislah. dan Berkeputusanlah. 

Masa depan negara di tangan kita. Jangan dihancurkan. 

~Selamat mengundi wahai rakyat Malaysia. #Ini kalilah!!

Nota: Post ini sekadar pandangan :).. take or just left it,choose your own.


Saturday 13 April 2013

Yakin dengan Islam!



Anak sulung. Merangkap abang long. Merangkap bodyguard saya. Dia sayang adik dia. :)


Abang sulung saya ini antara figure yang selalu support saya. Adik-beradik lain pun selalu sokong saya. Tapi nak fokus dekat abang sulung sahaja dalam post ini.

Kadang-kadang, dia ini perahsia orangmya. Tak tau hidup dia selain seorang pelajar. Rupanya, dia seorang pemimpin juga!. Masa itu, waktu hari graduasi di UITM Arau,Perlis. Bangga mak sebab dia dapat Anugerah Dekan fakulti Kejuruteraan Awam(Diploma). Mak mana yang tak bangga anak dia cemerlang, kan?

Lepas habis majlis, kami pergi ke booth yang dibuka oleh pelajar. Sampailah satu booth, tiba-tiba...

"Assalamualaikum,Presiden kitaaa...", seorang datang lalu memeluk abang. Kawan dia mungkin.

'Haaaa!! bila masa budak ni jadi Presiden??..hahahha', Terkejut saya sebab tak percaya..Tak pernah sekali pun, dia cerita life dia kecuali as a student.

Alhamdulillah, jejaknya dia ke alam universiti, jauh dari keluarga mengenalkan dia kepada medium dakwah. Dan berterusan di dalam dakwah sehingga dia sambung ijazah.

Memandangkan  dia score dekan semua semester waktu Diploma dulu, Ijazah pula jadi cabaran. Yela, Ijazah bukannya mudah. Tapi,saya melihat kesungguhan dia belajar dalam sibuk. Walaupun,pointer dia selalu sipi-sipi capai 3.5. Haritu, sewaktu dia final exam, last semester pointer dia 3.49! Hampir dekan! Walauapapun,itu bukan rezeki dia. Alhamdulillah. Syukur.

YAKIN DENGAN ISLAM!!!

Saya tanya dia:

"Apa rahsia study kau?Cuba share dekat aku",tanya saya.

"Yakin dengan Islam!!", kata abang saya semangat.

Gulp. Tergugam saya. Benar katanya. Buat saya fikir panjang.Yakin. Bila yakin, lahirnya tindakan. Dia,abang saya yakin dengan jalan perjuangannya. Yakin dia mahu menangkan Islam!. Yakin dia itulah yang lahirkan tindakan dia supaya jangan culas dengan akademik. Tak culas juga dengan keluarga.

Hidup kita bukan hanya sekadar depan kertas peperiksaan dan kuliah yang padat.
Hidup ini lebih daripada itu. 
Hidup ini bagaimana kita mengaplikasi taklifat Allah keatas kita iaitu hamba dan khalifah.
Hidup ini bagaimana kita bertindak menjadi sebenar-benar hamba.
Hidup ini bagaimana kita bertindak menjadi sebenar-benar khalifah.
Bagaimana,sumbangan kita pada agama, masyarakat dan negara.


Ya, abang saya hanya manusia biasa juga. But his inspired me enough!



"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kanu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan kamu"(47:7)



Tuesday 9 April 2013

Mati tidak menunggu perubahan.


credits:limazboy.wordpress.com
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."(13:11)

Cantik ayat-ayat chenta Allah.Lebih cantik daripada syair-syair jahili yang belajar di kelas.Katanya jelas, maknanya dalam. Tadabbur maknanya bisa sahaja menikam jantung. Rasanya seperti dikenakan kejutan eletrik. Itulah kernanya Al-Quran ini diwariskan nabi kepada kita sematanya agar kita tidak pesong dari jalan Allah, yakni pedoman hidup. Berbahagiakah kita sebagai hambaNya? Eh. Perkataan lebih tepat, SYUKURKAH kita sebagai hambaNya?

Menjelajahi Tafsir Fi Zilal Al-Quran karangan Syed Qutb di dalam konferens gumbira sangat menyeronokkan. Dan sangat menusuk.

Jelajah bermula dari juz 30.Surah-surah pendek. Tahu atau tidak, sependek ayat Quran ini, panjang pengajaran dan hikmahnya. 

Bermula dari surah An-Nas yang bertemakan internal factor(konflik dalaman). Kemudian, surah al-Falaq bertemakan external factor(konflik luaran) beralih ke surah al-Ikhlas bertemakan perubahan kerana Allah, kemudian surah al-Masad yang bertemakan penentangan dari orang terdekat. Dan surah seterusnya, surah an-Nasr,surah kemenangan.

Tika itu, tika mengulang kembali apa yang disampaikan, aku melihat point di situ perubahan dalam diri ini mengalami perkara yang di'bond' itu. Internal factor, external factor and etc. Beperingkat. Ya,Mana mungkin manusia itu sewenangnya mendapat darjat mulia di sisi Allah tanpa pembuktian? Mesti perlu ada asakan cobaan, mesti perlu ada tekanan dari orang sekeliling. Ya,itulah hakikat jalan perubahan, ada orang tak suka, dengki, pulau. Itulah warna perubahan .Tapi jangan lupa, bukankah Allah janjikan kemenangan  di akhir jalan perubahan kerna Allah itu? 

Analogi:

Tengoklah orang gemuk yang nak kuruskan badan. Dia memerlukan banyak hari, banyak masa, banyak sabar dan usaha untuk dia mendapat badan yang ideal. Menjauhi KFC yang awesome, menjauhi cake Secret Recipe yang yummy, menjauhi Zinger yang penuh isi ayam adalah perkara yang paling berat bagi dia. Perkara yang paling sayang gile nak ditinggalkan kot!! Tapi jika si gemuk ingin benar-benar kurus dan mujahadah,dia itu menjauhi makanan kesayangan itu ditambah regular exercise dan pemakanan yang sihat, maka pada waktu hadapan, dia akan mendapat badan seperti model Slim World.:)

See,sedangkan si gemuk bermujahadah melawan nafsu inginkan menurunkan berat badan, apatah lagi kita yang mahu berubah ke arah kebaikan. Mujahadah melawan nafsu dan bisikan syaitan yang dengki dengan anak Adam. Inilah medannya.Medan melangkah membuat perubahan. Syaitan telah isytiharkan perang terhadap sejak berkurun dulu terhadap kita. Kita ini bila pula mahu isytiharkan perang?!

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya, agar kamu beruntung."5:35

Kerna mati tidak menunggu perubahan.!!

*Tangan sudah takut menulis, kerna takut 'typo error'. Harap faham kiasan ini. Doakan dipermudahkan^^.

Hamba marhaen, 
7:56 p.m,bilik 18
                                                                                                                                                                                                                                  







Wednesday 3 April 2013

Seeing for her

http://pakcu-desabiz.blogspot.com
Melihat  dirinya, aku sendiri menjadi malu. Dia sangat yakin dengan jalan dakwah yang dipilih. Sangat yakin jalan yang dilalui jalan ke syurga. Seperti rakan juangnya yang lain. Mungkin sebab itu dia sememang layak menjadi murabbi. Kalau tak yakin macam mana nak bawa dakwah kan?Aku suka mengamati manusia. Terkadang manusia disekeliling adalah inspirasiku mengenal hidup. I'm seeing for her. Banyak pesanannya sentiasa mengetuk diriku, yang jelas hadafnya adalah menjadi hamba dan khalifah di bumi ini. Ya. Sebagai manusi,ia tetap manusia. Aku juga. Dan kita juga. Kadang-kadang aku sangat berasa pelik, pelik dengan orang seperti dia.Eh,salah.Bukan pelik tapi taajub. Sangat komited dengan apa yang dibuatnya. Komited dengan dakwah.Komited dengan tarbiyah.Berdiri di depanku mungkin tiada apa-apa. Belakangku,dia lah juara dakwah tarbiyah dan juga akademik. Mendengar dari orang sekeliling, dia 'budak skor'.Haibatnya dia mengimbangi dakwah dan akademik. Macam mana dia mengurus waktu padat ituh?? Dari mulut dia mesti keluar kata-kata awesome. Even, kalau memang bual kosong, mesti ada point kalau sembang dengan dia. Ke sebab dia murabbi? But, i dont think so. Itu dia. Dia yang berusaha menyumbang mengusap hati-hati dengan kasih sayang rabbaniyah. Dia yang bercita tinggi melihat Islam itu menguasai dunia. Bayangkan,tika Islam kembali menguasai dunia,membaca al-Quran di tempat awam itu menjadi kebiasaan. Memberi sedekah itu amalan biasa. Menutup aurat secara sempurna itu tiada halangan lagi, solat di tempat terbuka tak akan dicemuh. Malah, akhawat boleh keluar dengan senangnya tika malam tanpa murakib!(yang ini ok tak?) Dia juga bertingkah seperti seorang ibu,bertanya khabar. Menge'check' mutabaah amal , dan sedikit sebanyak mengurangkan rasa rindu aku pada mak di tanah air terchenta(homesick kot). 

Namun,lumrah dakwah,  kadang bukan semua orang menerima.Dalam seribu yang hadir dalam ceramah, mungkin seorang sahaja yang betul-betul fokus dan tak tidur. Begitulah dakwah, daripada seribu mad'u itu pasti ada seorang yang mungkin terkesan. 

Dan aku juga,dan kita juga akan berusaha cemerlang dalam dakwah tarbiyah dan akademik demi agama Allah ini. Kita juga akan seperti mereka yang sangat yakin dengan jalan dakwah melihat Islam itu terpasak di seluruh alam. :)

Dan awak,QueAe Teyra, terima kasih sebab ingatkan tentang hadis Rasulullah ini,

عن أبي هريرةقال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من يرد الله به خيرا يفقّه الدين
 (صحيح البخاري ومسلم)
Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,nescaya Allah memberikannya kefahaman dalam ad-Din.

Suara mad'u marhaen.~

# Moga PRU13 di Malaysia membawa makna.Amin^^


Friday 29 March 2013

Langit tanpa Awan

Langit tanpa awan.
Memerhati tanah air terchenta dari jauh mampu membuat hati gundah gulana. Namun, merenung diri yang masih 'papa kedana' dengan iman, ilmu dan amal yang ampuh, aku seperti mahu menampar muka sendiri.!Astaghfirullah.

Melihat status Ustaz Hasrizal benar-benar membuat aku risau.Risau dengan masyarakat Malaysia yang jauh di mata. Tapi lebih risau lagi akan diri aku yang menuntut ilmu di bumi Syams ini. Masakan tidak, duit yang menampung perbelanjaan ke sini adalah duit rakyat! Bermakna mereka 'ada hak' atas aku setelah aku tamat belajar nanti.

Jadi,bila tiba-tiba diri memberontak untuk membuat perkara lagha disebabkan stressnya hidup di bumi orang, solusinya keluar ber'manja-manja' dengan orang yang bermotivasi. Alhamdulillah, walaupun aku bersedudukan dengan bangsa-bangsa asing di dalam bilik ini(pandang sekeliling bilik), aku masih waras. Waras beribadah walaupun ada perasaan rimas terhadap suasana bilik dan kadang-kadang mahu menghalau saja mereka!! Bila difikirkan balik, beginilah keadaannya setelah aku balik ke malaysia nanti. Menghadapi suasana yang pening. Ya, dan mungkin perlu menghadapi diri yang pening juga.

*Tarik nafas hembus*

Belajar perlu mujahadah dengan sayonara jahilliyah. 

Bagaimana nak sayonara jahiliah? *pandang langit tanpa awan siang hari.Argghh.silau matahari!*





Friday 15 March 2013

Aku mahu mencintaiMu


Melihat pemandangan Laut Mati mengingatkan kepada dakwah Nabi Luth terhadap kaumnya. Kepelikan feel yang umat-umat sebelum ini tak pernah lakukan.Homoseksual.Satu perbuatan yang dilaknat Allah dan akhirnya menyebabkan mereka diazab tuhan dengan diterbalikkan kota mereka dan Allah mengekalkan tanda sejarah itu sebagai peringatan kepada umat terdatang. 

Dia menghela nafas.Terasa mahu menangis.Bukan kerna sedih tapi kerna bersyukur.Bersyukur kerna tuhan menghadiahkan ibrah pada cuti semester itu iaitu "Hidup ini adalah tarbiah". Pengalaman bermusafir sedikit banyak mengkoreksi diri Dia.

'Tuhan andai kau tak menghendaki aku di jalanMu, pasti aku masih hanyut dalam indahnya dunia yang fana'.

Dia teringat dirinya yang dulu.Pasti kalau Dia mengingat memori dulu,Dia berasa malu dengan diri sendiri dan akan mahu menangis.Masakan tidak,dulu kejahilan menguasai diri. Dulu dia berasa,dirinya sudah baik daripada orang sekeliling.Namun,hakikatnya jahil itu telah memeluk diri. Dulu, Dia tidak tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dia main redah aja. Dulu,Dia tak tahu bahawa kaki perempuan itu juga salah satu anggota yang wajib ditutup dari pandangan ajnabi. Dia pertikaikan pemakaian stokin. Ya. Dulu,dia sangat tak tahu. Tak tahu,Islam itu agama yang syumul, lagi menjaga maslahat. 

Tempoh awal tingkatan empat merupakan titik tolak perubahan dalam hidup Dia. Ibunya mahu Dia meneruskan mengambil subjek  Bahasa Arab dan tidak mahu Bahasa Arabnya terus hilang kerna Dia satu-satunya anak yang di dalam aliran agama walaupun hanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK). Dia dalam terpaksa menuruti sahaja kemahuan ibunya untuk menyambung Bahasa Arab dan Dia perlu berpindah ke sekolah lain,Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) menjadi pilhan ibu.

Melangkah masuk ke sekolah asing jauh di hujung negeri Selangor seperti sekolah alien membuat jiwa meronta mahu balik. Namu,mengenang ibu, Dia perlu hadapinya. Ya. Sama aja sekolah itu dan sekolah lamanya. Yang hanya berbeda, SMK dan SMKA. Sikap pelajarnya juga sama dengan sikap pelajar sekolahnya yang lama.Mahu kata baik,sombong pelajar pandai ada juga. Entahla. Tiada apa yang istimewa. Berapa minggu entah Dia berasa tiada apa-apa yang istimewa di sekolahnya itu.

Satu ketika, Dia ditegur kerna tudungnya pendek kerna tak mencapai piawan labuh tudung. Berasa bengang kerna ditegur tetapi Dia tak mahu didenda, lantas terpaksa meminjam tudung labuh sahabatnya. Tudung yang lebih labuh dari tudungnya. Saat memakai, terasa selamat. Entah apa perasaan itu, Dia biarkan aja. Dia juga perasan yang semenjak Dia di sekolah itu,Dia menjadi pemalu dengan pelajar lelaki. Bukan Dia mahu sengaja, perasaan itu terwujud. Entah apakah itu. Dia terus menjalani hidup sebagai pelajar seperti biasa.

Setelah beberapa bulan,Dia telah membiasakan diri berkawan walaupun pada mulanya sangatlah payah mencari kawan. Syukur pada Ilahi, Dia dikurnia sahabat yang mahu memimpin tangannya kembali kepada erti hidup. Erti hidup mencari makna. Hidup mula berasa makna,kerna berasa diisi dengan program tarbiah yang disaji. Program tarbiah yang membantu Dia kembali kepada fitrah manusia yang sukakan tarbiah. 

Dia mula mencari kembali dirinya. Dalam proses perubahan sedikit demi sedikit, Allah menghadiahkan ketenangan. Sahabatnya memberi quote yang indah kepadanya: 

'Analogi perubahan ni, macam kita buat experiment cairkan ais atas Bunsen Burner. Masa kita tengah tunggu ais tu cair dalam tempoh 10 saat ,kita tak nampak pun perubahan pada ais tu. Tapi kita tak fikir pun yang sebenarnya molecul2 dalam ais tu tengah begerak. Macam tu jugak perubahan dalam diri kita. Kita selalu nak perubahan yg drastik. Sedangkan perubahan kena perlahan-perlahan.'

Dua tahun hidup dalam tarbiah hanya di sekolah itu sangat memberi kesan terhadap dirinya. Mula rasa ingin berbakti kepada agama untuk mengislah diri dan keluarga seterusnya masyarakat. Dia tak mahu kejahilan terus memeluk orang-orang di sekelilingnya. Walaupun apa yang diimpi nampak benar payah dicapai, Dia harus berusaha jua. Bukankah Tuhan memandang usaha?

Aduh.

Dia tersedar dari lamunannya dek tangannya yang diletak atas pepasir digigit semut hitam. Dia memandang kembali ke laut. Impian yang baik pasti 'digigit' ujian Tuhan. Selama keberadaannya di bumi syams banyak kali ujian yang datang hampir mencampak rasa putus asa terhadap hadafnya datang menuntut ilmu tetapi baiknya Tuhan, menghadirkan senior-senor dan sahabat-sahabat yang sedia membantu.

Ya. Dia merasai kejahilan dan ramai yang pernah merasai kejahilan. Ubatnya kembali mencari Al-Khaliq.

Dia mencapai mushaf coklat dari dalam begnya ingin menguntai ayat-ayat chenta Allahu Rabb, mahu meraih cinta sang Khaliq agar terus diberi kekuatan. 

"Tuhan pemberi hidayah, thabatkan hati kami pada agamaMu."

Aku ingin mencintaiMu-Edcoustic 

Tuesday 26 February 2013

2 Kaki= Mahasiswa


2 kaki manusia berfungsi untuk mengimbangkan badan.Tanpa 2 kaki,manusia tak mampu bergerak dengan aktif. Walaupun masih mampu bergerak dengan satu kaki( dengan bantuan tongkat) tapi tak mampu secergas bergerak dengan dua kaki.

Begitulah mahasiswa.


Kembara 19 tahun hidup makin hampir.Mac yang akan datang, genap 19 tahun.Yang dekat hanya kematian, yang hampir hanya uban. Dan hampir 6 bulan jugalah saya bergelar mahasiswa. Mahasiswa timur tengah. Fatrah 6 bulan hidup sebagai mahasiswa berbeda benar 6 tahun dulu hidup pelajar sekolah. Yup, totaly different.


Alhamdulillah. Di sini di'fikrah'kan supaya menjadi mahasiswa cakna pelbagai perkara.Proses pembentukan mahasiswa 3K katanya.(kaji.kritik.kritis)


Tapi pendapat saya sebagai manusia yang dhoif, adalah kurang patut mahasiswa itu hanya cakna minda dan fizikal sahaja. Seharusnya mahasiswa itu itu cakna 'rohani' juga.Adakah ini bermaksud saya mengajak menyertai tarekat?Oh..sesekali tidak.Bukan itu maksud saya.


Bukanlah sama sekali ingin mengatakan segala apa yang diaturkan tiada langsung unsur rohani, mungkin ke'zuk'an itu yang kurang.Tidak mustahil.


Saya memandang, sesuatu yang dirancang,diatur dan dilaksanakan untuk maslahat ummah kalau dibuat tanpa 'rasa' dalam hati, akan kurang memberi impak kepada sasaran. Maksudnya, tak payah la nak fikirkan ke'gempak'an kejayaan program. Ke'gempak'an apa yang ingin di smpai dan akhirnya melekat di hati dan ingatan sasaran lebih gempak dari banyaknya program.


Dan saya tidak menolak sesama sekali, ini juga bergantung kepada individu.Andai sasaran tak mahu membuka hati pengisian rohani yang dibuat dengan 'rasa' pun belum mampu membuka hatinya. 


Secara konklusinya,caknalah kita wahai syabab dan fatayan.!!


!!!!AWLAWIYAT!!!!


Jangan hanya sibuk nak meng'khilafah' satu sudut sahaja.Khilafahlah juga diri dan orang sekeliling kita!


-Pandangan semata adik tahun 1,semester 2,Takhasus B.Arab,Al al-bayt University,Mafraq,Jordan.-




P/s:Khilafahkan termasuk warga emas dan OKU dekat rumah kebajikan sana.Jangan nak marah sangat orang Kistian berjaya menyebarkan dakyah mereka sedangkan kita langsung tak sudi jejak rumah kebajikan!



Eh.maaf.Kelihatan banyak kiasan post ini.Maaf kesan syair Umru' Qois gamaknya.Semoga kita berusaha menjadi mahasiswa cakna minda,fizikal,akademik dan rohani.^^






Tuesday 12 February 2013

Mohon Menyepi



Setelah sekian lama tangan tidak laju menaip adalah kerna tangan tidak mampu bergerak tanpa admin hati. Sedih kerna admin hati tidak bersama tangan. Maka, sekarang inter-mission mencari admin hati. Maaf, jiwa tak mampu menulis tanpa kehadiran keduanya(tangan dan hati). Mohon doa dari kalian agar usaha ini berjaya lantas jiwa boleh berkarya dengan riangnya.:)
                   
 
  
 

Wednesday 23 January 2013

Kisah Gadis Cina via Fatimah Syarha


KISAH GADIS CINA:FATIMAH SYARHA


Remaja Diterjah Badai

    Seorang gadis remaja berbangsa Cina baru kembali ke fitrahnya, Islam. Dia bersemangat. Berani. Aktif. Bijak. Bahkan cantik. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk bangkit menjadi seorang pendakwah. Dalam usia remaja, dia sudah duduk sebaris dengan penceramah-penceramah agama yang hebat.
  Kali pertama saya mendengar ceramahnya, saya berbangga dengan kehadiran mawar agama ini ke arena dakwah. Saya mengaguminya dari jauh. Itulah potensi jiwa muda. Penuh aspirasi dan cita-cita. Usahlah ditanya siapa dirinya. Yang penting, kita mengambil iktibar daripada kisahnya. Anggaplah kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa.
  Bukan mudah baginya melalui detik-detik dibenci keluarga, ditinggalkan kawan-kawan dan dimusuhi sanak-saudara. Semua diharunginya dengan tabah. Namun, apabila ujian bertsunami datang daripada orang Islam sendiri, dia hampir tersungkur rebah.
  Gadis remaja ini kembali minum arak. Beberapa kali dia cuba mencabut nyawa sendiri. Mujurlah masih berbaki kewarasan diri. Buat masa ini, dia memilih menjadi pengunjung tetap pakar psikitari. Islamnya masih bersisa di hati. Ya Allah, kasihanilah dia! Apa yang dia lalui?

Cukup-cukuplah Melabel!

  “Tak boleh tudung-tudung berfesyen ala-ala Hana Tajima ni,” tegur seorang ustazah.
 “Tapi ia menutup leher, dada, dan rambut. Saya remaja. Saya sukakan fesyen,” kata si gadis Cina.
   “Fesyen itu tabarruj. Ianya haram,” tegas si ustazah.
   “Ustazah, apa maksud tabarruj?”
  “Awak ni sungguh-sungguh tak masuk Islam? Jangan banyak tanya. Ikut saja. Fasiq nanti."
   Gadis ini sejak awal masuk Islam tertekan dengan sikap segelintir Muslim yang sangat menghukum dan memaksa dalam isu-isu feqah. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan soal wanita. Apa yang dibuatnya selalu dipandang serong. Dikritik bukan dididik.
    Mana keindahan toleransi dalam Islam?
    Mana roh kemudahan?
    Islam menghalang kebebasan memilih sesuatu yang masih dalam batasan syarak?
  Padahal isu-isu fiqah ini banyak perbezaan pendapatnya. Ianya suatu rahmat. Misalnya maksud ‘tabarruj’ ini, ada pelbagai definisi oleh para ulama. Ada yang berkata, membuka leher dan tempat anting-anting. Pendapat lain mengatakan ia suatu perbuatan berjalan melenggang-lenggok. Pendapat lain, membuka aurat.
  Di sini, Allah benarkan kita berbeza. Semuanya dalam daerah pahala. Samada satu atau dua pahala. Melayani perkara khilaf seperti ia bukan khilaf adalah suatu sikap yang tidak adil atau zalim.
   Adakah gadis ini ber’tabarruj’ jika kita merujuk pendapat ulama-ulama di atas?
  Baik lelaki mahupun sebahagian wanita sendiri, jika mereka ini tidak meletakkan persepsi yang benar terhadap peranan wanita, mereka cenderung suka menghina, menghukum dan melabel.
  Sudahkah kita membaca berkaitan tudung cantik sebahagian sahabiah sendiri sebelum menganggap wanita tidak berhak berfesyen?
   Sudahkah kita merujuk sirah sebelum menganggap wanita itu pentasnya hanya di rumah?
   Sudahkah kita mengenali Khadijah, Zainab binti Jahsy, dan Asma’ binti Abu Bakar sebelum menganggap wanita tidak layak berkerjaya?
  Sudahkah kita meneliti sikap para sahabat sebelum menghalang isteri ke masjid dan ke pengajian agama?
  Profesor Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam pengantarnya terhadap buku Jati Diri Wanita Menurut al-Quran dan Hadis, karya Dr. Ali Shariati berkata, “Mereka mengurung wanita di dalam rumah. Tidak dibenarkan keluar dengan alasan apapun, termasuk untuk belajar dan berkerja. Wanita dianggap tidak layak dalam pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi masyarakat dan diri sendiri. Sehingga sebahagian mereka beranggapan bahawa wanita solehah itu wanita yang tidak pernah keluar rumah kecuali dua  kali, iaitu keluar dari rumah orang tuanya menuju ke rumah suaminya, dan dari rumah suaminya menuju ke kuburnya. Padahal al-Quran menganggap pengurungan di dalam rumah ini sebagai seksaan bagi wanita sebagai mana dalam surah an-Nisa’, ayat 15.”

Allah Ciptakan Wanita Hanya Untuk Menjadi Simbol Seks?
  
 Dalam sesetengah pengajian, gadis Cina ini melihat wanita sering dipersalahkan. Dianggap menyusahkan. Digelar si tulang bengkok. Hanya layak disebut perangkap syaitan dan simbol seks yang serba terkongkong. Terpenjara daripada tugas-tugas kemasyarakatan. Hanya tentang ‘itu’kah wanita tercipta?
  Dia terfikir, patutlah golongan kristianisasi dan missionari sering menjadikan topik wanita sebagai senjata utama untuk menimbulkan ketakutan terhadap Islam di Barat. Bahkan menyucuk rasa benci para muslimah di dunia ini terhadap agama sendiri.
 Mungkin muslimah yang terpengaruh dengan dakyah mereka ini tidak menyatakan dengan perkataan tapi mereka tonjolkan melalui tindakan. Mereka merasakan dekat dengan ajaran agama itu suatu yang terlalu membebankan.
  “Orang perempuan ni bodoh. Kurang akal dan agama! Bila menikah dengan dia, kita sebenarnya tambah masalah. Nabi dah kata perempuan ni si tulang bengkok,” kata seorang penceramah agama.
  Gadis remaja yang dahagakan ilmu ini tersedak. Semakin belajar soal wanita, semakin benci hatinya kepada Islam. Dia tertanya-tanya, ini Islam atau silap tafsiran? 

Nabi Sempurna, Kita Tidak

  Mana mungkin Nabi kita yang terkenal sebagai pembela wanita seluruh alam, akan menghina wanita sebegini rupa. Nabi bermaksud lain. Sering ditafsirkan dengan maksud yang lain. Nabi menjelaskan dan menghiburkan wanita dengan hadis-hadis berkaitan soal ini. Tapi bila berpindah ke lisan sesetengah Muslim, maksudnya bertukar menjadi penghinaan dan sesuatu yang menyakitkan. Islam yang mulia lalu difitnah mendiskriminasikan wanita.
  Penceramah agama tidak sempurna. Kadang-kala ilmunya terbatas untuk menerangkan secara tepat kerana bidang wanita bukan bidang kajiannya. Jangan tadahkan telinga hanya pada satu pengajian. Luaskan ufuk minda daripada ramai guru dan banyakkan bacaan. Minda akan lebih celik. Fikiran akan lebih terbuka. Hati akan lebih faham menilai.
 Menjadi peranan kita untuk mendapatkan tafsiran terhadap hadis-hadis berkenaan wanita daripada sumber yang sahih, berautoriti, dan tepat. Inilah sikap yang benar bagi ummat yang sentiasa berbaik sangka terhadap Nabinya. Bacalah karya para alim ulama besar dunia seperti al-Qaradhawi, Imam Ghazali, Abdul Halim Abu Syuqqah, dan ramai lagi berkenaan wanita. Kita akan tersenyum bahagia.

Disuruh Menikah 

  Gadis Cina ini dibawa ke Siam oleh Muslim-muslim yang dipercayainya. Di sana, dia diminta menikah dengan lelaki yang baru beberapa saat dia kenal. Dia keliru, tiadakah proses merisik dan bertunang dalam Islam? Bagaimana Islam meraikan suara anak gadis dalam soal ini?
 Sebelum bernikah, dia disiapkan minda bahawa suaminya berhak untuk berpoligami bila-bila masa sahaja yang diinginkan. Beginikah Islam meletakkan kedudukan poligami? Bukankah ia hanya ‘rukhsah’ bila keadaan memerlukan?
 Jiwa gadis Cina ini dahsyat dipukul tanda-tanya. Islam tidak fikir soal ‘sakinah’seorang isteri? Islam suatu ajaran yang bertentangan dengan fitrah cinta yang perlukan setia? Islam tidak bersikap manusiawi terhadap perasaan isteri? Tiadakah konsep syura dan saling meredhai dalam institusi kekeluargaan Islam? Ah, ini Islam atau silap tafsiran? Gadis Cina ini hebat berperang dengan gelodak curiga.

Terpujuk dengan Majalah Solusi

   Gadis Cina ini mencari-cari info tentang poligami daripada youtube ceramah. Dia berharap ilmu dapat memberikan cahaya untuk hatinya meletakkan ‘sudut pandang’ yang betul terhadap sesuatu isu sepertimana yang Islam kehendaki.
  “Isteri ni macam seliparlah. Yang lama kita tinggalkan di tangga. Yang baru kita bawa masuk ke dalam rumah. Ataupun begini. Yang lama, kita bagi Mercedes. Yang baru kita bagi Viva. Mercedes untuk disimpan di rumah. Viva untuk dibawa berjalan-jalan,” terang seorang penceramah dalam youtube.
   Setitis demi setitis air mata berguguran di pipi gadis Cina ini. Beginikah Islam melayan wanita? Ini Islam atau silap tafsiran? Bukankah Nabi melayan isterinya secara adil? Membuat undian sebelum berpergian? Mungkin ustaz ini cuma bergurau. Gadis ini cuba berbaik sangka terhadap ustaz yang disayanginya itu. Tapi jiwanya tetap pedih terhiris. Dia sedikit terpujuk membaca sirah Nabi. Gurauan baginda sentiasa menggembirakan, bukan mencincang perasaan orang.
  Gadis Cina ini kemudiannya membeli Majalah Solusi berkait isu Misteri Poligami. Hatinya sedikit terpujuk apabila melihat hukum-hukum sebenar poligami dalam Islam. Asalnya harus, boleh bertukar sunat, makruh dan haram. Bukan boleh diambil mudah. Syaratnya ketat dan payah. Bahkan, diterangkan monogami Nabi jauh lebih sunnah, selama 25 tahun lamanya. Poligami cuma 10 tahun.

Lebih Bahagia Menjadi Umat Pertengahan

   Profesor Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan bahawa  keadaan umat Islam dewasa ini umumnya menempati posisi ekstrimis dan apatisme, padahal kita sering membaca firman Allah untuk menjadi umat yang pertengahan.
    Kata beliau, “Masih ada yang menganggap wanita sebagai makhluk yang hanya memiliki sedikit kecekapan. Bagi lelaki, ia adalah hamba seperti alat untuk memuaskan dahaga seksual bila lelaki mengkehendakinya. Kemudian, kehormatannya dapat dimiliki dengan memberi sejumlah harta, dan dapat ditalak bila-bila masa saja dikehendaki tanpa ada hak sedikitpun untuk mengelak dan mendapatkan ganti rugi. Sehingga sebahagian mereka menganggap wanita bagaikan sepatu yang dapat dipakai dan dibuang bila tidak diperlukan lagi.”
    Saya percaya, di Malaysia ramai lelaki yang meletakkan persepsi terhadap wanita di tempatnya yang wajar. Malang bagi gadis Cina ini, dia belum menemui golongan lelaki-lelaki sejati ini sebagai pembimbingnya. Bahkan menemui golongan seperti mana yang dijelaskan oleh Syeikh al-Qaradhawi tersebut.

Suami Mengabaikan Nafkah

  Gadis remaja ini teruji lagi. Dia mendapat info bahawa wanita dilarang keluar rumah. Suamilah yang wajib mengajarnya agama. Realitinya, ramai suami pada hari ini bukanlah beragama sangat. Jika beragamapun, sibuk 24 jam. Apabila wanita dilarang keluar rumah untuk belajar agama, bukankah ia hanya menghantar wanita ke alam kebodohan.
  Tidak cukup dengan itu, suaminya culas nafkah. Hidup menganggur dan malas berkerja. Dia cuba bersabar. Tekanan hidupnya memuncak. Setiap hari bertengkar, tuduh-menuduh dan salah-menyalahkan.
  Gadis itu tekad mahukan perceraian. Dia tahu sepatutnya perceraian itu menjadi jalan terakhir. Dia sudah berusaha menyelamatkan pernikahannya. Namun, rumah tangganya terus-terusan lebih mengumpul dosa daripada pahala. Setiap hari, kebenciaan kepada suaminya semakin membesar.
  Semua Muslim yang dikenalinya berpesan, “Jangan minta cerai! Nanti tak bau syurga.”
“Kalau bercerai tu semuanya buruk, kenapa Islam halalkan perceraian?” protes gadis ini.
“Ia hak lelaki. Isteri kena sabar saja,” pesan mereka lagi.
   Gadis ini merasakan Islam tidak memahami. Ini Islam atau silap tafsiran?
“Islam jahat!” Tempik batinnya sambil mencabut tudung. Dia keluar rumah dengan tidak menutup aurat. Air matanya berjuraian. Dia geram terhadap Muslim tapi dia memilih untuk menghukum ‘Islam’. Dia rindukan araknya sebagai penenang jiwa. Bahkan, tali penggantung nyawa sering muncul di minda.
Profesor Syeikh al-Qaradhawi menerangkan, “Ada golongan yang menganggap, apabila wanita yang telah diperisterikan oleh seorang lelaki yang tidak dicintainya, dan dia tidak mampu mencegah kemarahan suaminya atau tidak mampu menghindarinya, maka tiada pilihan lain, harus bersabar dengan kesakitannya. Harungilah kehidupan yang pahit sehingga suaminya menjatuhkan talak ke atasnya atau talaq khuluk (membayar mahar suaminya kembali). Bila kedua perkara ini tidak terjadi maka tiada jalan lain baginya untuk melepaskan diri dari tali perhambaan itu.”
Ini tidak benar!
Islam memanglah mengecilkan skop talaq. Tapi bukan dengan cara menyekat hak seorang isteri yang teraniaya dengan sikap suaminya untuk dibebaskan. Talaq cuba dikecilkan dalam Islam dengan beberapa cara:
1.        Mengajar umatnya cara membuat pemilihan calon terbaik sebelum bernikah.
2.       Melihat wanita yang dipinang sebelum akad samada lihat berdepan, hantar wakil atau mengintai dari jauh.
3.       Meminta wali menikahkan puterinya bukan dengan sembarangan orang tapi dengan calon yang diredhai agama dan akhlaknya.
4.       Mensyaratkan keredhaan wanita untuk berkahwin dengan orang yang meminangnya.
5.       Menjadikan keredhaan wali serta persepakatannya sebagai perkara wajib atau sunat agar perkahwinan itu tidak mendapat tentangan keluarga.
6.       Mengarahkan bermesyuarat dengan para ibu dalam persoalan perkahwinan anak-anak perempuan.
7.       Mewajibkan agar bergaul dengan harmoni, menjelaskan hak dan kewajipan antara suami isteri, menyemaikan keimanan agar beriltizam dengan batas-batas syarak dan bertaqwa kepada Allah.
8.       Menganjurkan agar suami dapat menerima realiti agar ia tidak terlalu berharap kesempurnaan pada isterinya. Begitulah sebaliknya.
9.       Menyeru para suami agar menggunakan akal dan kemaslahatan jika dia merasa tidak senang terhadap isterinya seperti dalam surah an-Nisa’, ayat 19.
10.   Mengarahkan para suami agar mengubati isteri yang derhaka dan melakukan maksiat dengan cara yang hikmah  dan beransur-ansur, tidak terlalu keras,dan tidak terlalu lembut sebagai mana surah al-Nisa’. Ayat 34.
11.   Mengarahkan masyarakat agar campur tangan ketika berlaku persengketaan antara suami isteri dengan membentuk ‘majlis keluarga’ dari kalangan orang yang dipercayai.

Doakan Dia.

Gadis cantik yang dulunya manis berbaju labuh dan bertudung ala-ala Hana Tajima, kini termenung murung di bilik pakar Psikitari. Masalah fahamnya terhadap Islam dan Muslim belum selesai. Perlukan masa. Mari berdoa untuknya. Mari lakukan sesuatu agar ‘diri kita’ lebih jernih kefahaman dan tidak menyumbang fitnah kepada agama kita sendiri.