Friday 27 April 2012

Terkesan Melihat Mereka yang disekeliling..

Dia...
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum^^
Khas untuk kalian yang 
sama ada yang ku tahu 
dan yang ku kenali..~love
*ayat saya formal..~


MEREKA DI SEKELILINGKU

Alhamdulillah.18 tahun hidup di bumi ini,ramai yang telah dijumpai dan dikenali.Bermula dengan mengenal jiran-jiran,mula pula kenal kawan-kawan lain di tabika.Seusia 6 tahun pula,berhijrah ke Taski Abim.Di situ,mulanya belajar tentang solat dan bacaan dalam solat yang sebelum itu saya hanya taklid buta mengikut orang solat.Juga di situ mengajar saya menutup aurat.

6 tahun di sekolah rendah yang bukan jiran-jiran sebelah rumah di sekolahkan membuat diri ini perlu mencari kawan-kawan sendiri.Akhirnya,seluruh batch saya ketika itu semuanya saya kenal.Sekolah rendah yang sederhana dan kecil tapi tenang dengan kedamaian.Di tambah guru-guru yang ramah.^^
(SK Sg Tekali.SRA Sg Tekali)

Penghijrahan ke alam remaja bermula ketika naik ke tingkatan 1 adalah perkara yang ditakuti.Ditambah lagi saya dimasukkan ke asrama.Tak ada siapa yang saya kenal dan se'dorm' melainkan seorang jiran saya merangkap senior.Sesuatu yang membanggakan adalah senior-seniornya sangat baik dan ramah.Merekalah yang menyapa adik-adik dahulu dan buat kami rasa seronok tinggal di asrama.Begitu juga cikgu-cikgu dan warden dan juga Uncle,penyelia asrama yang memang famous di asrama.
(SMK Abdul Jalil)

Langkah ke arah keterbukaan minda.Sesuatu yang mendebarkan dan pahit tetapi akhirnya ketenangan dan manis dirasai.Ilmu yang dicurahkan,perkongsian dan perbincangan antara sahabat,tanggungjawab yang diberi sememangnya berguna selepas tamat persekolahan.Saat yang tidak boleh dilupakan.hehe.Ragam guru-guru,senior dan kerenah kawan-kawan dan ke'manja'an junior.
(KUSISS)

Keluargaku.Belajar dari mereka sesuatu yang mungkin sukar tapi bermakna.Jannah itu harapannya.Semoga....


Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada-Kata-kata hikmah~


*P/s:Kamu hadiah Allah utuk diri yang dhoif ini..^^Barakallahufikum
*Semalam kenal dengan seseorang.Seronok.Hafizah seawal F1..^^
..Sopan je..kalau boleh nak jumpe lagi~


toche..tochee^^






 

 

Tuesday 24 April 2012

Degil Itu Perlu...tapi

Shin chan pesan...^^
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamulaikum^^
Degil.
Siapa degil put your hands uppp.. 
^^ 
*ini ideologi saya semata-mata...
DEGIL YE DIA NI!!

Degil.Tahukah kadang-kadang kita perlu sifat degil?.Pada pandangan saya yang dhoif ni,degil perlu wujud dalam diri.Tapi perlu degil bersyarat.Pada saya juga degil juga boleh dikaikan dengan ego.Degil yang dikaitkan dengan ego inilah yang patut kita buang jauh-jauh ke dalam laut.*Longkang belakang rumah pon boleh..hihi

Degil bersyarat?

Ada sesetengah situasi kita perlu degil tapi degil bersyarat.
Syarat-syarat*syaratnye saya buat sendiri,sungguh ideologi semata-mata^^: 
1)Degil bila di suruh bukak aurat
2)Degil bila di suruh buat onar dekat kawan/orang lain
3)Degil bila di ajak ke tempat lip-lap lip-lap
4)Degil bila di ajak meng'usha' yang lain jantina

Apa yang pasti perlunya degil bersyarat apabila di suruh/di ajak buat perkara yang Islam larang.
 
DEGIL YANG PERLU/TIDAK PERLU?

Situasi:Rumah

Adik:   Kakak..kakak..cuba kau letak belacan dalam kari mak tuh.
Kakak: Tak payah kau nak suruh akak buat onar kat feverit abang tuh.Kau nak           balas dendam kat abang kan? sebab die lekeh kepala ko semalam.
Adik:   Alahai dia nih..Akak pon kena sekeh juga semalam kan.Kita balas   
          balik la..
Kakak: Banyak la kau punya balas dendam.Tak payah!Gi main sane jejauh..
Adik:   Nak jugak..nak jugak.
Kakak: Kan akak cakap tak payah.Baik kau pergi sebelum akak tukar jadi Hulk 
          Hogan.
Adik:   Ok ok..hehe

Situasi:Sekolah

Faris: Acap,jom fly malam nih.Tengok bola jom..Manchester lawann bebb..
Acap: Tak nak aa..kau pun tak payah la pegi..
Faris: Kau ni skema sangat la..jom la..kau kan fanatik bola.
Acap: se'fanatik' aku tak de la sampai nak kena fly.Tak nak.Noktah!
Faris: Alaaa...jom la weyhh.
Acap: Tak nak la!!kau tak ingat ea?esok ade test kot..Kau nak lingkup lagi ke?
Faris:  Aduyaiii..macam mane aku boleh lupa?
Acap: Tau plak kau menggelabah kan..

Situasi:Temuduga

Encik:   Kalau awak di beri pilihan.Yang mana awak pilih DQ ke IPTA?
Fadzlin:DQ,Encik..
Encik:   Saya tengok keputusan awak ni bagus.Tak payah la masuk sini. 
           Masuk IPTA je la.
Fadzlin:Tapi saya betul-betul nak masuk sini.
Encik:  Tak payah la.Lagipun awak ni pandai.
Fadzlin:Saya nak masuk sini jugak kalau dapat,Encik.. 
Encik:   Ye ke?Tak payah la..
Fadzlin:Serius Encik,tapi saya memang nak masuk sini.
Encik:   Degil la awak nih..ok la..awak lulus..

KONKLUSI

Biar degil kita itu sesuai pada situasi.Jangan degil semua situasi.Tak pasal-pasal ade yang baling selipar pula nanti.

So,Degil berpada-pada^^


 
 

 

 


 
 
 

Monday 16 April 2012

Kelazatan Menjadi Seorang Hamba..

Kita adalah hamba??
Wahai hamba-hamba Allah
Bertaqwalah kepada Allah
Aku menasihati kamu dan diriku
Supaya beriman kepada Allah
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa..
p/s:kalau terjemah dalam b.Arab mungkin kalian
tahu di mana saya ambil ayat diatas..*klu:Jumaat
KITA ADALAH HAMBA 

Hamba.Bagi kita 'word' ini sangat jijik.Atau 'low class'.Namun,tidak sedarkah kita,sememangnya kita dilahirkan sebagai hamba.

“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”
(Adz-zariyat 51:56)


Bukankah ini buktinya??

Hakikatnya,Kita juga punya satu amanah.KHALIFAH^^

“Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.” (al-An’am: 165)


Meneliti jauh kedalam Ayat Kalamullah itu,bukan mudah menjadi hamba yang baik kerana manusia ini suka mengeluh.

"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh."
"Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,"
"Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia menjadi kikir 
(al-ma'rij:19-21)
LAZATNYA MENJADI HAMBA

Tatkala hati benar-benar mahu tenang,hati diusahakan berhubung atau di'link' 
kepada Allah.
Setiap langkah dicuba sebagai merendah diri.
Setiap percakapan lidah cuba dikawal.
Setiap tingkah laku cuba dipercantikan.
Namun,pokok pangkal tetap HATI sebagai akarnya.
Hatilah perlu merendah diri.
Hatilah perlu dikawal.
Hatilah cuba dipercantikan.
SMS SEORANG YANG DIHORMATI
SMS menyapa malam nan kelam:*from DQ
  Pandanglah ke depan,
lihatlah mentari mentari yang tidak pernah
jemu sujud padaNya,
dari timur merunduk ke barat..
lihatlah rerumput,
menghijau dalam alunan tasbih
lihat laut,
bergelora tanpa rungutan, 
lihat pula awan dan bukit-bukau,
berperanan seiring yang diperintah,
lihatlah pula pada diri kita,
kita ini khalifah di muka bumi,
berhak berperanan yang terbaik.
Usaha selagi termampu,
natijah itu urusan Allah.
Bittaufiq wannajah..
HIPOTESIS MENJADI SOLUSI

Berusaha menjadi yang terbaik walaupun mungkin hati sentiasa berbolak balik..
Wahai Pembolak-balik hati
Teguhkanlah hati kami 
keatas agamaMU
Tenang..itulah gambarannya^^

 
Kerdil diri melihat mereka walaupun ada yg pertikai hala tuju mereka leps itu.Walhal mereka pembawa dan penyampai risalanNya.Bukankah itu sesuatu kebanggaan?^^

Monday 9 April 2012

Jernih vs Keruh

                         JERNIH                   VS              KERUH   

Bimillahirrahmanirrahim..
JERNIH VS KERUH??
bermakna?
maknanya...??^^

Sejak hampir 4 bulan 'bercuti',banyak benda yang dilalui.Banyak benda yang saya belajar dan banyak juga benda yang memeningkan kepala.Bila dah menginjak 18 tahun,pemikiran agak matured..*ecece..Kalau cari ilmu,saya banyak buka website,buka youtube,Facebook,TV.Kenapa tak pergi masjid?Pergi juga tapi tak selalu..^^

Social network.Dunia di hujung jari anda.Ya,beberapa saat sahaja maklumat dah sampai kecuali kalau tak ada line.*time tu semua pakat nak hentak laptop kan?.

Dunia di hujung jari anda.hmm.Sepatutnya di tambah sikit kot.Dunia dan akhirat di hujung jari anda.Setuju?Ye la,tekan keyboard laptop pun dekat akhirat kena jawab.Betul?

JERNIH VERSI TERSIRAT 

   "bagoih la ustaz nih bagi ceramah.Keep it up ustazz"
    "bagus la perempuan nih dah tutup aurat tapi harus improve tutup aurat yang betul"

KERUH VERSI TERSIRAT
     "Ah.ustaz tuh.Bukan leh caye sangat.$#@@$!.Blah la.."
     "Pompuan nih pakai tudung ke tak pakai ke perangai hanggittt jugak"
#Contoh Komen by youtube + renovation dari saya..

ANTARA DUA:JERNIH DAN KERUH

Manusia ini boleh jadi antara dua,sama ada jernih atau keruh.Pilihan di tangan masing-masing nak jadi yang mana satu.Tetapi sebelum membuat pilihan,perlu melihat pro and kontranya.Mana yang banyak manfaat.^^

ANALOGI JERNIH DAN KERUH:SUNGAI

Agaknyalah antara dua gambar di atas,yang mana kita akan pilih?Kalau ikut fitrah manusia itu pasti kita akan memilih sungai yang jernih kan untuk rehlah?Siapa yang suka rehlah kat sungai yang keruh.Habaq mai sikit..
Oleh itu,jelas lagi nyata perlunya manusia ini pada pemikiran jernih supaya hidup kita lebih tenang,'hijau', dan mendamaikan macam gambar sungai jernih tu..^^
  
ISLAM ITU CLEAN AND CLEAR^^
Clean and clear.Pasti manusia tertawan.I'm proud to be a muslim.
Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
 
hijau sebegini saya suka^^AllahuRabbi..tenang tenang