Saturday 30 August 2014

2 tahun. 3 bulan.

2 tahun sudah berlalu kehidupan di Jordan. Air mata, ketawa, berselisih faham sedikit, kebuntuan, jatuh bangun, semangat dan luntur, semuanya sudah sebati selama 2 tahun. Mungkin boleh dikatakan cukup perkaderan untuk sebuah kehidupan. Kehidupan bernama 3 bulan.

Cukupkah 2 tahun untuk 3 bulan?

Baiklah soalan jujurnya, cukupkah bekalan 2 tahun dalam tarbiyah untuk 3 bulan di medan amal sebenar yakni Malaysia?

Jawapan aku merujuk kondisi diri aku sendiri, IANYA TIDAK CUKUP. Ya, mungkin cukup untuk orang benar-benar sudah qowiy. Cuma untuk diri ini, aku bermuhasabah, cukup untuk menyantuni orang sekeliling sahaja,cuma belum cukup untuk berbuat amal tarbiyah. Perkara ini yang pro dan kontranya.

Walaupun terkadang sedih kerana berkeputusan untuk berlama di tanah air, pada saat yang ku inginkan suasana tarbiyah yang berbentuk zahiri (tarbiyah yang nampak. cth: usrah /daurah @etc), Tuhan menghadirkan rasa setiap apa yang aku pandang itu sebagai tarbiyah. Saat bersembang dengan abah rasanya adalah tarbiyah walau bualannya sekitar isu muasirah. Saat bersembang dengan mak tentang hal saudara juga tarbiyah.

Gambaran 3 bulan benar-benar memberi gerun. Membayangkan saat khirij nanti pulang untuk membuat bakti. Mampukah menghadapi sedang 3 bulan ini pun aku sudah cuak.?Mampukah untuk berbakti dengan ilmu hanya seciput cuma?

Ya, mungkin aku tidak tarbiyah 3 bulan dengan wasilah tarbiyah. Tapi aku dapat tarbiyah halus yang hadir dengan taufiq-Nya (jika lihat dengan kaca mata tarbiyah).

Saat pecutan hujung 3 bulan, rasa gembira melebihi rasa sedih. Rasa gembira kerana aku mahu berlari pecut kerana sudah ketinggalan jauh dari sudut iman dan amal. (rasa ini aku pasti akan diuji).

2 tahun yang bakal mendatang pasti akan hadir dengan pelbagai ujian, rintangan dan dugaan. Aku hanya mengharapkan Allah akan permudahkan urusan hamba kerdilnya supaya kita mampu menjadi sebena-benar hamba. 

Allahu Ameen.

Friday 11 July 2014

SIMU JAHID




Gaza sejak 1948 menjadi tahanan di negara sendiri. Syria raja yag zalim masih berkuasa. Iraq, boneka Amerika Syarikat, si pro-Syiah membidas Sunni. Di Mesir, si pengkhianat menaikkan diri sendiri sebagai penguasa . Realiti yang perit tetapi inilah yang sedang dihadapi.


"Mak, boleh tak orang nak pegi Iraq?", aku memecah kesunyian tatkala kami sibuk menyiapkan juadah nasi lemak untuk berbuka puasa. Aku membiasakan kata ganti nama 'orang'. 

"Haa..nak pegi mane??",mak menyoalku. Tidak dengar kerana aku di dapur kering manakala mak di dapur sebalik pintu pemisah.

" Nak pergi Iraqq..", aku menguatkan suara agar didengari mak sambil menyegih. Sengaja aku mengusik mak dengan isu 'berjauhan'. Maklumlah anak bongsu. Sudahlah belajar jauh nun di Timur Tengah sana. Inipun pertama kali balik lepas selesai dua tahun pengajian. Masih berbaki dua tahun.

******************************************************************
Iraq. Aku menjadi tertarik dengan bila aku mulai membaca buku Travelog di Lembah Sungai Dajlah dan Furat karya Dr. Azman Ibrahim. Sebenarnya aku sudah lama membeli buku ini tetapi baru cuti tiga bulan ini, aku baru berpeluang memberi fokus pada buku ini. 

Iraq, suatu tika dulu antara saksi zaman kegemilangan Islam dimana waktu itu, Baghdad menjadi pusat perkembangan ilmu.  Terjemahan buku sangat meluas. Lahirnya tokoh-tokoh islam yang hebat tika itu. Syari' Mutanabbi dan Syari' Abu Nawas adalah salah satu bab yang diceritakan penulis. Keduanya adalah jalan yang terdapat di Iraq.

Syari' Mutanabbi merupakan antara pusat bersejarah di Baghdad yang masyhur yang menjadi pusat penjualan buku-buku ilmu sejak zaman Khalifah Abbasiyah lagi. Syari' Abu Nawas pula lain fungsinya. Syari' Abu Nawas merupakan lokasi hiburan di pinggiran Sungai Dajlah. Deretan kedai-kedai bar banyak yang wujud disini. Oleh kerana Iraq merupakan negara sosialis, penjualan arak secara meluas adalah dibenarkan. Dinisbahkan dengan nama Abu Nawas kerana dikaitkan dengan hidup beliau yang suka meminum arak dan berfoya-foya.

Mana mungkin, pelajar jurusan bahasa Arab seperti aku tidak tertarik dengan Iraq ? Mutanabbi dan Abu Nawas adalah penyair era Abbasiyah yang aku dan sahabat-sahabat bersama-sama tunggang-terbalik, sampai terkoyak luyai nota ,mempelajari tentang hidup dan syair tokoh-tokoh ini dalam subjek Syair Abbasi semestar lepas! 

Kini, Iraq hancur semuanya. Dulu negara yang kaya, kini lombong emas bawah tanah mereka dicuri si keparat Amerika Syarikat.

Allahuu..

**********************************************************************
" Iraq tu bukan negara perang-perang tu ke?", mak menyoal aku untuk kepastian. 

" Herrmm..Aah", aku jawab saling mengupas kulit telur.

" Kenapa pula nak pergi sane?",nada suara mak mula bertukar seakan risau.

" Sebab best.. nak jejalan. Kan mak tak bagi orang pegi Gaza", Ya. Aku pernah meminta izin kepada mak jika aku ada peluang ke Gaza , aku ingin ke sana .Tetapi jawapan mak, Tak Boleh!

" Mak tak puas lagi manja dengan kau..mana boleh.", mak membuat alasan.

" Ala.. manja la kat syurga. Nanti mak dapat banyak pahala.". Aku tergelak dengan jawapan mak. Nak manja? Malu la orang, mak.!

" Kalau masuk syurga..", sanggah mak dengan perkataan  'kalau'.

" InsyaAllah..", kataku sambil tersenyum.

" Hati mak ini lain dengan hati orang lain.." suara mak mula keserakan. Ha.. mula dah. Okay.

" Hahaha.. Orang saja je mak. Mak, janganlah nangis", aku tutup isu 'berjauhan' ini dengan alasan ciptaan aku cepat-cepat. 

Hati ini pula berasa sedih.

'Andainya mak tahu besarnya nilai akhirat disisi Tuhan. Aku cuma ingin sedarkan mak akan isu ummah. Ya, keluargaku bukan berlatar agama. Hanya aku seorang sahaja di jurusan agama, itupun bahasa Arab. Abang dan kakakku semuanya di bahagian kejuruteraan dan binaan bangunan. Aku cuma ingin keluargaku tahu, ummah menghadapi masalah dan kita juga tergolong dalam golongan itu! Herm. Ini bukan sakah mereka. Mungkin aku yang masih kurang dakwah pada keluarga. Ya, Allah bantulah aku.'

Sememangnya aku memang aku berniat dengan apa aku kata. Namun, aku sedar. Diri ini masih kosong. Bangun pagi entah pukul berapa. Belajar sudah apa sahaja yang aku amalkan. Quran hujung meja itu berapa banyak pula aku sudah tadabbur. Sana, Kitab Nahu Syafi Syamil itu. Masih cantik kulitnya tidak berusik. Nah..mahu jadi pejuang agama apa ini?! Aku menempelak  diri sendiri.

Kata murabbiku, ‘ Muhasabah kekalahan( Islam) ini adalah pada diri kita sendiri. Mungkin kita sendir adalah punca mengapa Islam itu tidak masih naik-naik. Kita masih bermalasan. Masih main-main. Tertipu dengan ghazwatul fikr si kufur. Berdikitlah menjadi individu muslim. Bawalah Islam yang syumul. Yakinlah, Islam itu pasti akan menang kembali!’

Air mata mulai menitis. Mengenang  jahil-jahil yang masih ada. Mimpi menjadi pejuang agama itu hanya sia-sia  sahaja andai rohani tidak disalut iman yang tebal. Aku mengesat air mata padaakhir  tadahan doa qiyammulailku. Aku bangkit untuk solat Taubat.


“Allahumma innaka ‘afuwul kareem. Tuhhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna. Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Yang Mulia. Suka Mengampuni, Maka Ampunilah Kami.”

Tuesday 10 June 2014

Perjuangan


Bismillah. Hampir setengah tahun. Aku tinggalkan blog ini. Lantaran futurnya semangat setelah aku jatuh tersungkur  tersembam dalam realiti jahiliyah. Aku tidak akan salahkan sesiapa. Aku tidak akan salahkan Tuhan. Aku tidak akan salahkan mak abah. Aku tidak akan jalan Dakwah Tarbiyah. Aku juga tidak akan salahkan murabbi mahupun akhawatees. Bukan salah mereka. Bukan. Salah aku yang bodoh ini.

Moga Allah ampunkan aku.

Bicara soal perjuangan.

Bumi Mafraq benar-benar bumi Tarbiyah buat diri ini. Dan kerna itu juga, aku menangis. Dan kerna itu juga aku gembira. 

Aku menangis kerna dilemma. Antara awlawiyat. Semua utama dalam hidupku. Aku cuba seimbangkan. Agar hati orang aku sayang tak terluka. Tapi tak sangka, hati sendiri lebih terluka. :) Biarlah, bukankah menggembirakan orang lain menggembirakan hati sendiri juga?

Aku gembira kerna anak-anak Syria. Tarbiyah dari hidup mereka. Hidup juang yang utuh. Mereka semangat belajar. Aku sangat sayang mereka. Senyum mereka benar-benar merawat aku tika dalam sedih. Senyum mereka benar-benar menghilangkan duka. Aku kini merasai apa yang boss aku rasa. Benar. Tenang.




Dua tahun sudah berlalu. Dua tahun yang aku rasa malu pada diri sendiri. Aku rasa berdosa, apakah aku menunaikan amanah terhadap duit rakyat itu? Allah.. sedikit benar aku berjuang untuk tarbiyah diri dan ummah. 

Aku teringat akan kata-kata ini: 

" Usah bicara soal perjuangan, jika takut akan cabaran "

Aku benar-benar tertampar. Sampai sekarang. Moga Allah izinkan aku berjuang. Walaupun hanya dengan pena.

Tuhan, moga Kau redha..