Thursday, 26 July 2012

Aku Terkena!



بسم الله الرّحمن الرّحيم
.....^^السّلام عليكم

Subhanallah!Jamil Jiddan!.Saya tengok rancangan 'Law Kana Bainana' tadi.

Menusuk qalbu!Aku terkena!

Simple keadaan.

Situasi:Beri salam ketika naik teksi.

Kalau Nabi S.A.W di kalangan kita,adakah Nabi akan beri salam ketika naik teksi?
Ini yang cuba diterangkan.

Salah seorang yang sudah diuji.Keluar je dari teksi,penumpang di tanya oleh host(Ahmed Shughairi).Ini perbualannya...*yang saya ingat..

Host:Adakah awak memberi salam ketika naik teksi?

Penumpang:Ya!

Host:Adakah dia beri salam(tanya kepada pemandu teksi)

Pemandu teksi:Tak..
(Si penumpang kelihatan malu-malu)

Host:Kalau Nabi S.A.W naik teksi,adakah Baginda akan beri salam?

Penumpang:Baginda naik teksi??

Host:Kalau Baginda ada dalam kalangan kita...

Penumpang.Semestinya baginda memberi salam.

Host:Kenapa ramai manusia jarang memberi salam?

Penumpang:Mungkin mereka sibuk.Mengejar masa.Ada perkara yang merunsingkan.

Host:Adakah ada yang lagi sibuk dari Rasulullah?

Penumpang:(Tergamam)..Tak..

Host:Rasulullah memikirkan tentang umat dan jihad.

Penumpang:Awak menundukkan saya dengan hujah.

Jamil,sohih??Subhanallah.Saya betul-betul terkena.Jahilnya kita.

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan masuk syurga kamu semua itu sehingga kamu semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Tidakkah kamu semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama kamu!"
(Riwayat Muslim)


No comments:

Post a Comment