Tuesday 27 November 2012

Ilmu Didatangi Bukan Mendatangi






Sekian lama menyepi lantaran tertutup idea untuk menulis. Ditambah 'ujian hati' yang sememangnya kita sendiri apa puncanya. Hakikatnya,datang dari diri sendiri.


HAKIKAT ILMU

Ramai ditanya kenapa nak sambung belajar. Ada yang jawap nanti nak dapat kerja bagus. Balik nanti nak jadi lecturer. Kalau di'research' kembali,hadaf setiap pelajar menuntut ilmu itu berbeza.

Ketika daurah baru-baru ini,ukhti bertanya kepada kami:
"Apa hadaf awak datang Jordan?".

Seorang demi seorang memberi jawapan. Ada yang kata sebab nak bahasa arab,memang nak datang Jordan,ada juga yang kata tak tahu.Bagi yang tak tahu tujuan mereka sambung belajar , kita husnu zhon kepada mereka. Mungkin sedikit masa lagi,mereka akan jumpa hadaf mereka menuntut ilmu.

Ukhti selalu tanya apa tujuan kita hidup?Kali pertama saya disoal saya sendiri ternganga-nganga.

Berdasarkan nas al-Quran, tujuan hidup kita adalah sebagai hamba dan khalifah. (surah az-Zariyat:56)(surah al-Baqarah:30)

KAITAN MATLAMAT ILMU DAN MATLAMAT HIDUP

Pada pandangan saya yang dhoif ini,hadaf menuntut ilmu sangat rapat dengan matlamat hidup. Terpulang kepada kita untuk menerima atau tidak. 
Bila kita sedar dan serius akan matlamat hidup kita, kita sedar kepentingan ilmu. Merealisasikan matlamat hidup memerlukan ilmu. Bagaimana sesuatu boleh dicapai tanpa ilmu? 

Pentingnya ilmu bukan sekadar nanti nak jadi doktor, peguam, engineer dan segala bagai. Pentingnya ilmu bagaimana ilmu itu bermanfaat untuk mengislah diri kita,keluarga,masyarakat dan seterusnya negara. 

LIF IMAN

Kita tahu iman manusia itu analoginya lif. Kadang-kadang naik. Kadang-kadang turun. Malang lagi kalau lif itu rosak. Kita tidak tahu iman kita seperti lif yang rosak. Dan beruntunglah kita jikalau kita tetiba rasa kenapa kurang enak dan kurang selesa dalam hati,itu adalah tanda Allah masih sayang dengan kita. Bersyukurlah juga kerana Allah tidak membiarkan kita dalam arus   lalai dengan duniawi.

MELIHAT SIRAH

Melihat sirah, umat Islam pernah dulu pernah menguasai 2/3 dunia(ustaziyatul alam) sewaktu zaman Abbasiyah. Siapa tahu lagu 'ِِِِAdakah Kau Lupa'?
Antara liriknya: "Keimanan juga ketaqwaan rahsia mereka capai kejayaan".




Usaha menanam keimanan dan ketaqwaan(Aqidah) adalah sesuatu perkara yang sebenarnya telah lama dilakukan Rasulullah sejak zaman Mekah lagi. 

Aqidah.Hakikatnya adalah asas yang membawa kepada kuasa 2/3 dunia.

Aqidah.Satu ilmu yang paling penting untuk dititikberatkan.

Kita sudah kembali ke 'suasana' zaman Mekah. Bahkan,lagi teruk dari sejarah dulu. Tetapi kita jugalah yang perlu mengislahkannya semula. 

Saya tak mampu sendirian maka,sudikah awak berpimpinan tangan dengan saya untuk memulakan langkah ini dengan bersama-sama menjadi Individu Muslim?

*Hadaf menuntut ilmu bukan kerana kerja semata-mata,bahkan lebih besar daripada itu.

Moga Allah redha dengan kita:)



2 comments:

  1. Jika menulis itu hobi; ia mudah saat kita senang hati. Jika menulis itu misi; kita kan bersedia berdarah-darah meniti jalannya:) - Salim A. Fillah

    ReplyDelete