Monday 14 May 2012

Takut Masa Depan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^
Alhamdulillahirrabill A'lamin
Peace be upon the Messeger,
The Prophet,Muhammad s.a.w

MASA DEPAN

Benda ghaib.Ya,masa depan adalah sesuatu yang ghaib.Tak nampak dan tak tau.Nabi Muhammad juga sedikit pengetahuannya melainkan apa yang diwahyukan kepada Baginda.
*Bicara masa depan termasuk skop akidah jadi tak nak tulis panjang2..takut silap sebab bukan orang yang mahir tentangnya..^^

HAKIKAT MANUSIA TAKUT MASA DEPAN

Saya pernah lihat status sahabat di facebook,lebih kurang macam ni ayat statusnya:

  "makin aku renung masa depanku,makin luluh hatiku"

lebih kurang macam tu la ayat dia.

Ya.Saya akui saya sendiri juga ada perasaan takut terhadap masa depan.
Apakah?Bagaimanakah?Bilakah?Semua ada..

Anda pun saya rasa tak terlepas ada perasaan takut terhadap masa depan.kan?kan?

Justeru,fikir sejenak..

'Aku tak tau masa depan aku macam mana?berjaya ke?gagal ke?syurga ke?neraka ke?Ya,aku tak tau,maka konklusinya.. AKU PERLU BERUSAHA

BARU FAHAM

Saya baru faham apa maksud tersirat salah satu tajuk dalam buku motivasi saudara Hilal Asyraf: 
Langit ilahi 3,Fanzuru:Maka lihatlah.
Bab 'Aku berusaha kerana aku tidak mengetahui'

Hari ini baru faham.

Kita tidak tahu.maka harus berusaha.Berusaha yang bagaimana?

Usahalah menambah ilmu.Siapkan 'senjata' untuk menghadapi masa depan.

Kita tidak tahu apa yang terjadi apabila telah menyiapkan diri tetapi sekurang-kurangnya persediaan telah dilakukan.

Lagi satu,di mana Tuhan di hati kita bahawa Dia saja yang tahu masa depan kita?

Maka keyakinan pada Tuhan yakni Allah perlu dipasakkan.Bukankah keyakinan/percaya ini paling penting dalam Islam.

'Put you trust in Allah'

Kata-kata yang saya 'curik' dari novel Cinta High Class karya Fatimah Syarha.

#Lepas ini kalau mula nak rasa down.saya ambil kata 'Put your trust in Allah' sebagai kata semangat.Bukan 'All is well' dah macam dalam cerita 3 idiots tu..^^



 



 

No comments:

Post a Comment