Thursday 16 August 2012

Takziah & Tahniah...



Assalamualaikum:)
Salam Takziah..
Salam Tahniah..

TAKZIAH

Hari ini 27 Ramadhan.Selepas maghrib nanti,28 Ramadhan.Hampir dengan penghujung.Huuurm...tertanya kepada diri,melekatkah tarbiah Ramadhan dalam hati?Yang penting lagi,WUJUDKAH tarbiah Ramadhan itu sebenarnya dalam hati kita?

APA YANG DIHARAPKAN,KITA BUKAN DALAM ORANG YANG CELAKA.

عن كَعْب بن عُجْرَة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: احْضُرُوا المنبَر، فَحضرْنَا، قلمَّا ارْتقَى درجَةً قَال: آمين، فلما ارتقى الدرجَة الثانية: قال آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين.
Terjemahan:
 
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:
 
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
 
[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]


Ramadhan bulan Tarbiyah Ruhiyyah,Imaniyyah,Akliyyah.

Mudahan-mudahan kita dalam orang-orang yang bertaqwa.

Mudah-mudahan,tarbiya sebulan ini mampu membantu kita di 11 bulan yang lain.

TAHNIAH

Syawal.Satu Kemenangan.(trandmark TV Alhijrah)

Ziarah.Kembangkan ukhuwah.*gi la raye kat umah sedare yg tk penah jumpe tuh..^^

Yang penting,Bersederhanalah.

Tak payah nak bertanding baju paling cantik sangat la.Tak kemana pun baju tuh.

Mercun.Jangan over sangat.Nanti over,LU PIKIR LA SENDIRI akibatnya.






*Ramadan kini datang lagi
Membawa rahmat buat semua
Menjanjikan maghfirah ampunanNya
Tanda kasih dari Illahi

Ramadhan kini muncul kembali
Diiring nikmat kebaikan
Limpahan berkat buat umat
Yang patut ikhlas dan taat

Rebut peluang Ramdhan bersama
Ganjarannya pahala yang berganda
Puasa bukan hanya menahan dari lapar dahaga
Tapi menahan semua nafsu durjana

Syaitan dirantai tiada lagi godaan
Tinggalah nafsu musuh yang dilawan
Tertutup semua pintu neraka
Terbuka luas jalan ke syurga

(ulang *)

Tadarus al-quran tambahkan amalan
Dekatkan hati antara hamba Tuhan
Solat terawih meriahkan malam
Eratkan ukhuwah sesama insan

Zikir dan taubat pemanis bibir
Bersih hati mengharap ampunanNya
Tahajud menambah keberkatan malam
Sedekah tanda syukur padaNya

Lailatul Qadar…Lailatul Qadar
Lailatul Qadar..malam istimewa

Ganjarannya umpama seribu bulan
Turunlah malaikat meraikan amalan
Mengaminkan doa mengangkat harapan
Hamba yang ikhlas





No comments:

Post a Comment