Saturday 11 August 2012

What's going on???



Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum:)

Alhamdulillah..Kursus Biro TataNegara a.k.a BTN dah tamat.

FIRST IMPRESSION:
Kursus yang 'memanaskan'!.Politik!.

*(Alhamdulillah,dibuat dalam puasa yang menjadi madrasah tarbiah kepada KESABARAN.)

Mungkin ada yang cakap,ini 'side' sesuatu kelompok.

Tetapi bagi student yang berpandangan jauh,ini adalah satu peluang untuk kita menCARI ILMU,TAHU,FAHAM.

Bukan CARI PASAL!(memandangkan majoriti peserta ke Middle-East)

Dari sudut ilmu,kursus ini ingin 'memberi tahu dan memahamkan' kita.

Nak terima atau tidak,itu TERPULANG!

Pada pandangan 'Budak hingusan 18 tahun' lagi dhoif ini,MEMPERCAYAI SESUATU YANG TIDAK PASTI SECARA MEMBABI BUTA ADALAH BUTA!

Buta.Masih tak nampak secara jelas.Kena banyak 'revision' lagi.

Saya suka kata akhir Fasilitator group saya,'JANGAN PERCAYA'.

Maksudnya,jangan percaya bulat-bulat.Balik rumah buat experiment.INI YANG 
PENTING!



Pada usia yang masih 'hingusan' ini,satu perkara yang saya ingatkan kepada diri saya dan mungkin boleh ingatan kepada anda juga.

"CARI ILMU SEBANYAK MUNGKIN KERANA ALLAH"

Sebab dengan ILMU sahaja membolehkan kita MEMBEZAKAN BENAR DAN SALAH.

Tanggungjawab itu ada pada bahu kita semua.

TANGGUNGJAWAB PADA ALLAH.
TANGGUNGJAWAB PADA RASUL.
TANGGUNGJAWAB PADA AGAMA.
TANGGUNGJAWAB PADA NEGARA.
TANGGUNGJAWAB PADA MASYARAKAT.
TANGGUNGJAWAB PADA KELUARGA.
TANGGUNGJAWAB PADA DIRI.


Apakah tergalas bebanan tersebut??


Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi




THE END:

!الحق هو الحق
!الباطيل هو الباطيل

#Semacam sensitiviti pula post ini,segala kesalahan harap dimaafi..tapi KITA SEMUA DAH MATANG kan??:)



No comments:

Post a Comment