Saturday 22 September 2012

Erti Hidup Sederhana



Asalamualaikum:)

Alhamdulillah.Lama sangat tidak menulis.Moga Allah permudahkan urusan kita semua.

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Seungguhnya,setiap apa yang Allah tetapkan itu ada hikmahnya.

Bagi saya,sebahagian daripada kita dihantar jauh ke luar negara kerana di luar negara adalah tempat yang paling afdal untuknya.Sebab mereka ini perlu di'campak' ke tempat jauh untuk cari erti hidup sebenar.Supaya sedar sikit!

Maka,tak perlulah kita berbangga sangat dengan apa yang kita miliki.

CEBISAN HIDUP TANDUSAN MAFRAQ

Trademark Mafraq adalah padang pasir.Senang kata,hidup di kelilingi pasir.Kurang kemajuan perbandingan Amman,Irbid dan Mu'tah.Kemudahan internet juga yang kebelakang sedikit.

Bila direnungkan kembali,itu adalah nikmat.Bagi saya,Mafraq ini suasananya suasana kampung.Sesuai untuk sesiapa yang suka ketenangan.(macam saya)

Alhamdulillah,dari sudut kewangan,perbelanjaan di Mafraq lebih murah dari tempat lain(tapi terasa mahal lagi walaupun harga barang 1JD)

Apa yang pasti,perlu men'kondusif'kan cara pembelajaran.Itu lagi penting.Kakak-kakak senior selalu pesan "Bila kita bermualamah dengan orang Arab ini kena cara mereka la".

Yang lagi penting,pencarian ilmu itu walaupun di mana sahaja kita belajar.(moga Allah permudahkan)

Rabbi yassir wa la tuassir.



Mafraq,
nama yang begitu asing tika di tanah air,
kedengaran irbid,amman dam mu'tah sahaja yang familiar,
tatkala diletak di al-bayt,'apakah'?mengapakah?
Namun,Tuhan itu Pemilik Hati,
mendidik hambaNya belajar erti menerima,
Tika jejak di bumi barakah Syams ini,
"Tuhan.Terima kasih.Permudahkanlah"
Ku hampiri Mafraq,
Benar,Tandus.Sahra'.
Berbaik sangka dengan Tuhan,
Mafraq adalah terbaik bagiku,
Teringat kata2 seseorang ketika Minggu Haluan Siswa(MHS),
"Belajarlah hidup dalam berkurangan"
Terinngat pesanan yang lain,
"Tajdeed niat selalu"
Kita tak tau masa depan,
Kita merancang,Tuhan merancang
Ku tinggalkan pertanyaan,
"Tapi adakah pngkhiran hdup kita ni nanti satu bakal pngakhiran yang baik?"

musafirilmumafraq





3 comments: