Friday 28 September 2012

Sana Situ Usrah~

Assalamualaikum wbt..:)
Salam musafirilmumafraq
Barakallahualaina....Amin~

*Hakikat ini pandangan manusia khilaf berusia 18 Tahun.Mohon teguran jika terdapat kesalahan.

Ke"sensitiviti" USRAH

Saya kenal usrah apabila saya jejak kaki ke SMKA Kuala Selangor.Masa itu sewaktu saya form 4.Mendengar sahaja aktiviti usrah,membuatkan saya menjadi 'excited' berusrah sebab usrah adalah benda baru bagi saya ketika itu.Perjalanan usrah sangat awesome bagi saya.Nak2 bila sendiri menjadi naqibah(walaupun hakikatnya tak layak).Alhamdulillah,Allah izinkan saya mendapat ilmu tambahan bila liqo' bersama murabbi(yakni ustaz dan ustazah sekolah saya).


TETAPI keadaan itu menjadi agak berlainan ketika kaki menginjak ke alam universiti.Pendedahan demi pendedahan tentang usrah ini.Ada jenis usrah ini.Jenis usrah itu.Kadang-kala meniimbulkan "kepenatan" dan kekeliruan.Pastinya,majoriti pelajar U  tak boleh lari topik Usrah ini.

Saya sedar,kalimah USRAH hakikatnya memang sentisif sejak zaman As-syahid Imam Hasan Al-Banna lagi.

Beralih ke zaman sekarang ini,kewujudan pelbagai USRAH ini adakalanya punya kepentingan dibelakangnya.Siapa tahu bukan?

Ada juga dikencam dan mengencam.

HEMATKU

Saya yang dhoif ini berpendapat,tidak salah 'mendengar' mana-mana usrah.Saya pasti semua usrah 'menjanjikan' tarbiah.Makanya,jika betul usrah tersebut memberi input tarbiah,silakan mendengar.

TETAPI masalah timbul pada perkataan 'mengikuti'.Pening jugak kepala saya dibuatnya.

Jika berkenaan berpegang kepada al-Quran,Assunah dan tidak langgar syarak juga  "tidak melanggar undang-undang setempat",hemat saya.Silakanlah...

***************************************************************

Hal-hal sebegini harus dihadapi dengan ilmu dan iman.Bukan dengan emosi dan nafsu.

Utamakan yang utama.

Cuba bersangaka baik tapi berhati-hati.

#Sisi ini sedang mencuba mengutamakan yang utama.
#Bibit mahabbah kepada Persatuan Zon(PZ Mafraq)..ececeh^^..moga Allah Redha...



2 comments:

  1. Bila cinta diduakan.... kita yang jahil tersalah hitung, mana satu kepentingan kita.. erk.

    ReplyDelete