Saturday 13 October 2012

Siapalah Aku...

Assalamualaikum~

Just perkongsian,untuk refleksi diri,ingatkan diri punya Pencipta yang Agung.



***************************************************
Baru saja saya sembang facebook dengan seorang sahibah...
Satu ayat yang saya terkesan daripadanya.

"Ko kat sane study leklok..sume org kat sini nak pegi sane..hehe"

Begitulah ayatnya.Ada yang kata:

"Ohh..best yaa"

Saya memang tak boleh nafikan kata-kata di atas.

Hakikatnya,saya merefleksi untuk diri sendiri bahawa:
"kau kena diletak tempat yang jauh supaya kau sedar siapa diri kau,jangan sombong dengan Tuhan,belajar erti hidup.Belajar hidup bergantung 100% dengan Allah.Tak ada nak dibanggakan pun dengan kedatangan kau kat sini"

Tak semua yang ke luar negara mampu pulang dengan kejayaan.Tidak dinafikan ada perasaan takut wujud dalam diri ini.Tapi itulah yang saya nukilkan sebentar tadi,disini wajib belajar hidup bergantung pada Allah.Eh,bukan di tempat saya saja tapi ditempat kita semua berada,kita bergantung kepada Allah.

Melihat perkembangan sahabat-sahabat saya yang semakin hebat di Malaysia,terasa syukur kerana Allah membantu mereka.(dorang tengah final exam,stpm dan stam bakal exam.Doakan mereka berjaya).Terasa cemburu melihat mereka telah memburu ilmu awal daripada saya.Serius!Jeles kot....

Melihat juga dalam kalangan mereka telah mengerjakan umrah menambahkan kejelesan saya.

Ditambah lagi,mereka bercadang buat perkongsian dengan adik-adik junior di sekolah(KUSISS).*Tak ke ni lagi menambahkan kejelesan.

#Jeles untuk perkara baik itu harus ye~

Saya refleksi diri,benarlah..di bumi Allah ini,di merata-rata tempat boleh belajar.Baik di Malaysia mahapun Jordan.Tinggal kita je nak ataupun tidak.

Hijrah ke tempat lain adalah wadah mengembangkan pencarian ilmu.Kenal dengan budaya luar.Jika berkemampuan,pergilah.Jika tidak,teruskan pencarian ilmu dengan guru-guru setempat yang luas juga ilmunya.

Sebentar tadi,ada liqo' bersama sahabat-sahabat sini..tilawah dan tadabbur surah an-Najm.Sesuai untuk mereka yang berada dalam mood exam.

"Dan bahawa manusia hanya akan memperoleh apa yang telah diusahakannya."(ayat 39)

Terasa tak?

Itulah KalamAllah.Hebat!Setiap ayat Quran kalau direnung,ditenung,Ia akan memberi kesan mendalam pada kita.Subhanallah!

Ok,saya rasa macam da lari tajuk...hehe

Akhirulkalam,
apa yang membezakan kita bukan tempat belajar tapi taqwa!!





No comments:

Post a Comment