Wednesday 31 October 2012

Allah Akan Uji Apa Yang Kamu Cakap!



Dia berdiri di tepi koridor sambil melihat pemandangan luar jamiah.Dia memilih bahagian tingkap yang terbuka supaya dapat menghirup udara segar dari luar. Udara dalam sudah tercemar dek sikap Arabians yang tegar sekali menghisap rokok. Dirinya mula tertanya-tanya bagaimanakah markah ‘exam’ yang bakal diterima sebentar lagi. Mumtazkah? Atas pagarkah? Atau…Arggghh!              Nauzubillahminzalik. Lewatan minit berlalu. Muhadharah jam 1 hingga 2 petang selesai dan bakal diganti muhadharah jam 2 hingga 3 petang. Dia masuk ke kelas. 
 
“Asal ramai orang lagi ni?” Dia bertanya sambil melabuhkan punggung di tempat yang telah ditetapkan doktor.       

“Doktor bagi ‘paper’ la” Sahabat di sebelah mengkhabarkan. Dia membisu batu. Ada perasaan berdebar mula menjalar di sudut hati.

Saat muhadharah pun bermula dan latihan spontan diberi oleh doktor sambil beliau memanggil nama pelajar untuk menerima kertas peperiksaan masing-masing.

“Cuak bohh”, bisik hati Dia. Maka ketika itu, doktor memanggil nama sahabat. Dia yang terkejut. Selang beberapa nama, nama Dia pula dipanggil.   
 
“Haa!Ya Allah,teruknyaa”. Jerit Dia dalam hati.

Sahabat ibarat cuba menenangkan. Dia ibarat cuba memaniskan muka tetapi itu belum mampu memaniskan wajah hati yang sebentar saja lagi bakal memecahkan empangan air matanya. Dia buat-buat biasa. Di akhir pertemuan antara Dia dan sahabat selesai tamat muhadharah, empangan air mata mula retak. Sedikit air mata keluar.

“Tahan.tahan..Mak”. Hati membisik memanggil ibu.

Sampai di sakan, tangan terus laju menaip angka Malaysia menelefon rumah. Ibu menjawap. Saat itu empangan air mata betul-betul pecah. Mohon maaf dari ibu kerana tidak mampu mendapat yang terbaik. Ibu juga menitiskan air mata. Ibu mana yang tidak sedih jikalau anaknya juga sedih. Pesan ibu teruskan belajar. Sembahyang jangan tinggal. Akhir perbualan.

Dia melihat langit yang kosong tanpa awan. Terlintas kemudian..

“Allah akan uji apa yang kamu cakap!”

Pesan kakak senior semasa awal berada di Bumi Jordan. Dia mengimbas kembali hal lalu. Ya,Dia sudah jumpa!. Dia pernah menasihati sahabat di Malaysia ketika sahabatnya itu merasa jatuh akibat hal sama seperti yang Dia lalui sekarang. Sekarang hal yang sama pula terjadi padanya. Benar,Allah sekarang menguji apa yan Dia telah cakapkan. Dia menghela nafas.

“Ni pun mungkin adalah kaffarah. Juga kerana dosa yang kau buat tanpa sedari”. Dia megkoreksi diri.

Teringat Dia akan surah an-Najm yang baru Dia dan sahabat tadabbur ketika ‘circle’.

“Dan bahawasanya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya.” (ayat 39)

Terkena kepada batang hidung sendiri.Padan muka!

Allah, baiknya Engkau kerana menegurku. Ini adalah cara Engkau menegurku. Supaya aku tak sombong, supaya aku sentiasa sedar siapa aku, supaya aku sentiasa berharap dan bergantung padaMu sepenuhnya. Terima kasih Allah. Peganglah hatiku ini dan jangan biarkan aku di kalangan manusia yang rugi. Pinjamkan aku kekuatan menghadapi semua ini agar aku bangkit untuk menimba ilmu keranaMu.

Doa Dia.






No comments:

Post a Comment