Thursday 3 January 2013

Jalan Dakwah Bukan Jalan Paksa.


Mengkoreksi fatrah empat bulan diriku berada di sini. Bukan mudah tinggal di negara orang. Negara sendiri sudah pening dengan hal yang bermungkinan besar tak kan berhenti apatah lagi negara orang. Hal yang bagus di sini, itulah yang bisa membuat diri dan jiwa sekental Arab yang hidup berteman pasir. Hanya hati yang ampuh lagi gagah bisa hidup di bumi Syams ini . Diri ini berasa kerdil lagi kecil, lebih  kecil dari semut kerana Allah meletakkan diri dalam kalangan orang-orang berilmu. Sahabat-sahabat yang tidak kering lidahnya menyampaikan risalah Allah, terasa malu dengan mereka kerana masih lengah dalam dakwah ini. Semoga Allah sudi terima jalan penulisan ini sebagai wasilah dakwah itu sendiri.Amin~

DAKWAH:KU SERU NAMAMU!

Dakwah itu sendiri bermaksud seru ataupun mengajak manusia ke arah kebaikan dan melarang kepada keburukan. 


"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Ali Imran 3:104)


Jika kita melihat dan memerhati orang sekeliling kita, kebanyakan mereka seakan geli dengan perkataan yang kata mereka ala-ala islamik. Dakwah,Tarbiyah, Jihad kata mereka, ini perkataan 'budak-budak alim' dan 'ustaz ustazah' sahaja. Tak pun tugas seseorang yang di beri tanggungjawab. Contohnya, badan organisasi yang ditanggungjawab dalam perkara tarbiyah di sekolah seperti BADAR(Badan Dakwah Dan Rohani). Kadang-kadang, mereka menjadi pesimis dengan orang pendakwaKalau di sekolah dulu, perkataan paling annoying sekali adalah BADAR. Selalunya begitulah,mengikut pengalaman saya sebagai BADAR. 

MA'DU GELI DENGAN DAKWAH.MENGAPAKAH?

Apabila kita menghadapai ma'du yang geli dengan dakwah, apakah tindakan kita? Kutuk mereka dengan berkata, " Dorang tu tak faham agama,sebab tu cakap camtu.." ataupun biarkan mereka terus 'kegelian' terhadap dakwah, " Lantak pi laa...aku dah sampaikan, hang tak nak terimaa..."? Maka, wahai para daie sekalian, kenalpastilah puncanya. Buat observation dan experiment ala-ala kita belajar subjek sains  waktu sekolah dulu. Pratik kemahiran observation insyaAllah di situ kita jumpa punca. Bagi pendapat saya yang dhoif ini, puncanya adalah pendekatan. Pendekatan tak mesra alam(paksa). Dalam menyampaikan risalah ini, kita tak boleh expect yang mad'u akan terima terus apa yang kita sampaikan walapun mad'u kita itu belajar agama. Bila kita terus menekan mereka, ini hanyalah menjauhkan mereka dengan dakwah, akhirnya larilah merka dalam tarbiyah dan kekallah mereka dalam kegelian. Kita tidak inginkan itu bukan?.Perlu ada satu sifat yang harus kita baja dalan jiwa kita ini, iaitu ikhlas. Ikhlas tanpa meminta balasan. Ya, bukan mudah untuk ikhlas. Kadang-kadang bisikan syaitan datang merosakan niat dakwah kerana Allah. Maka, di sinilah bukti kepada apa yang selalu kita ingatkan kepada  mad'u kita yakni Tajdid niat. Faham yang kita sangat menginginkan mad'u kita juga dalam tarbiyah. Kita tidak mahu ke syurga seorang diri. Tapi dakwah itu toleransi dan sabar. Lihat bagaimana Rasulullah dalam berdakwah. Tiada paksaan malahan baginda selalu prove dakwah dalam body action.

DAKWAH ITU SIMPLE BROO....

Jadi, as a daie yang belajar bagai nak rak di universiti, study pagi petang , sukan mengalah Rooney di atas padang, bertweet dan  berfacebook dengan  kata-kata sastera yang tinggi balaghah, maka molek kiranya kita guna 'kelebihan' kita ini sebagai skill dakwah sebab dakwah itu 'warna- warni' tapi   wajib berlandaskan quran dan hadis. Maka, cubalah kalerkan skill dakwah kita supaya nampak menarik dan moga hilanglah segala 'kegelian' mad'u terhadap dakwah. Pakai kaler Stabilo pun boleh..:). 

Mungkin ada yang kata:
"Hang tulih camgini senang la..cuba try tengok sikit hang wat..alaahhai die ni..*tangan di dada mata keatas*.."

"Sekurang-kurangnya saya cuba menulis daripada mengomen...kalau dalm feel tu jom kita sama-sama praktis nak?..:)"

Wahai para daie, fitrah dakwah andai ada yang membenci kamu, syak wasangka bagaikan anda adalah seorang perompak. Bukankah sakit dakwah itu juga Rasulullah lalui?Bahkan lagi teruk dari apa kita lalui. Maka,teruslah menjadi Risalah bergerak dengan skill dakwah anda yang berwarna warni itu. Semoga Allah redha akan kita. Fightinggg~@fitrahbaik

#Bagi kucing tumpang tidoq kat katil pun style jugak kan?..:)



3 comments: