Friday 11 July 2014

SIMU JAHID




Gaza sejak 1948 menjadi tahanan di negara sendiri. Syria raja yag zalim masih berkuasa. Iraq, boneka Amerika Syarikat, si pro-Syiah membidas Sunni. Di Mesir, si pengkhianat menaikkan diri sendiri sebagai penguasa . Realiti yang perit tetapi inilah yang sedang dihadapi.


"Mak, boleh tak orang nak pegi Iraq?", aku memecah kesunyian tatkala kami sibuk menyiapkan juadah nasi lemak untuk berbuka puasa. Aku membiasakan kata ganti nama 'orang'. 

"Haa..nak pegi mane??",mak menyoalku. Tidak dengar kerana aku di dapur kering manakala mak di dapur sebalik pintu pemisah.

" Nak pergi Iraqq..", aku menguatkan suara agar didengari mak sambil menyegih. Sengaja aku mengusik mak dengan isu 'berjauhan'. Maklumlah anak bongsu. Sudahlah belajar jauh nun di Timur Tengah sana. Inipun pertama kali balik lepas selesai dua tahun pengajian. Masih berbaki dua tahun.

******************************************************************
Iraq. Aku menjadi tertarik dengan bila aku mulai membaca buku Travelog di Lembah Sungai Dajlah dan Furat karya Dr. Azman Ibrahim. Sebenarnya aku sudah lama membeli buku ini tetapi baru cuti tiga bulan ini, aku baru berpeluang memberi fokus pada buku ini. 

Iraq, suatu tika dulu antara saksi zaman kegemilangan Islam dimana waktu itu, Baghdad menjadi pusat perkembangan ilmu.  Terjemahan buku sangat meluas. Lahirnya tokoh-tokoh islam yang hebat tika itu. Syari' Mutanabbi dan Syari' Abu Nawas adalah salah satu bab yang diceritakan penulis. Keduanya adalah jalan yang terdapat di Iraq.

Syari' Mutanabbi merupakan antara pusat bersejarah di Baghdad yang masyhur yang menjadi pusat penjualan buku-buku ilmu sejak zaman Khalifah Abbasiyah lagi. Syari' Abu Nawas pula lain fungsinya. Syari' Abu Nawas merupakan lokasi hiburan di pinggiran Sungai Dajlah. Deretan kedai-kedai bar banyak yang wujud disini. Oleh kerana Iraq merupakan negara sosialis, penjualan arak secara meluas adalah dibenarkan. Dinisbahkan dengan nama Abu Nawas kerana dikaitkan dengan hidup beliau yang suka meminum arak dan berfoya-foya.

Mana mungkin, pelajar jurusan bahasa Arab seperti aku tidak tertarik dengan Iraq ? Mutanabbi dan Abu Nawas adalah penyair era Abbasiyah yang aku dan sahabat-sahabat bersama-sama tunggang-terbalik, sampai terkoyak luyai nota ,mempelajari tentang hidup dan syair tokoh-tokoh ini dalam subjek Syair Abbasi semestar lepas! 

Kini, Iraq hancur semuanya. Dulu negara yang kaya, kini lombong emas bawah tanah mereka dicuri si keparat Amerika Syarikat.

Allahuu..

**********************************************************************
" Iraq tu bukan negara perang-perang tu ke?", mak menyoal aku untuk kepastian. 

" Herrmm..Aah", aku jawab saling mengupas kulit telur.

" Kenapa pula nak pergi sane?",nada suara mak mula bertukar seakan risau.

" Sebab best.. nak jejalan. Kan mak tak bagi orang pegi Gaza", Ya. Aku pernah meminta izin kepada mak jika aku ada peluang ke Gaza , aku ingin ke sana .Tetapi jawapan mak, Tak Boleh!

" Mak tak puas lagi manja dengan kau..mana boleh.", mak membuat alasan.

" Ala.. manja la kat syurga. Nanti mak dapat banyak pahala.". Aku tergelak dengan jawapan mak. Nak manja? Malu la orang, mak.!

" Kalau masuk syurga..", sanggah mak dengan perkataan  'kalau'.

" InsyaAllah..", kataku sambil tersenyum.

" Hati mak ini lain dengan hati orang lain.." suara mak mula keserakan. Ha.. mula dah. Okay.

" Hahaha.. Orang saja je mak. Mak, janganlah nangis", aku tutup isu 'berjauhan' ini dengan alasan ciptaan aku cepat-cepat. 

Hati ini pula berasa sedih.

'Andainya mak tahu besarnya nilai akhirat disisi Tuhan. Aku cuma ingin sedarkan mak akan isu ummah. Ya, keluargaku bukan berlatar agama. Hanya aku seorang sahaja di jurusan agama, itupun bahasa Arab. Abang dan kakakku semuanya di bahagian kejuruteraan dan binaan bangunan. Aku cuma ingin keluargaku tahu, ummah menghadapi masalah dan kita juga tergolong dalam golongan itu! Herm. Ini bukan sakah mereka. Mungkin aku yang masih kurang dakwah pada keluarga. Ya, Allah bantulah aku.'

Sememangnya aku memang aku berniat dengan apa aku kata. Namun, aku sedar. Diri ini masih kosong. Bangun pagi entah pukul berapa. Belajar sudah apa sahaja yang aku amalkan. Quran hujung meja itu berapa banyak pula aku sudah tadabbur. Sana, Kitab Nahu Syafi Syamil itu. Masih cantik kulitnya tidak berusik. Nah..mahu jadi pejuang agama apa ini?! Aku menempelak  diri sendiri.

Kata murabbiku, ‘ Muhasabah kekalahan( Islam) ini adalah pada diri kita sendiri. Mungkin kita sendir adalah punca mengapa Islam itu tidak masih naik-naik. Kita masih bermalasan. Masih main-main. Tertipu dengan ghazwatul fikr si kufur. Berdikitlah menjadi individu muslim. Bawalah Islam yang syumul. Yakinlah, Islam itu pasti akan menang kembali!’

Air mata mulai menitis. Mengenang  jahil-jahil yang masih ada. Mimpi menjadi pejuang agama itu hanya sia-sia  sahaja andai rohani tidak disalut iman yang tebal. Aku mengesat air mata padaakhir  tadahan doa qiyammulailku. Aku bangkit untuk solat Taubat.


“Allahumma innaka ‘afuwul kareem. Tuhhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna. Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Yang Mulia. Suka Mengampuni, Maka Ampunilah Kami.”

No comments:

Post a Comment