Saturday 30 August 2014

2 tahun. 3 bulan.

2 tahun sudah berlalu kehidupan di Jordan. Air mata, ketawa, berselisih faham sedikit, kebuntuan, jatuh bangun, semangat dan luntur, semuanya sudah sebati selama 2 tahun. Mungkin boleh dikatakan cukup perkaderan untuk sebuah kehidupan. Kehidupan bernama 3 bulan.

Cukupkah 2 tahun untuk 3 bulan?

Baiklah soalan jujurnya, cukupkah bekalan 2 tahun dalam tarbiyah untuk 3 bulan di medan amal sebenar yakni Malaysia?

Jawapan aku merujuk kondisi diri aku sendiri, IANYA TIDAK CUKUP. Ya, mungkin cukup untuk orang benar-benar sudah qowiy. Cuma untuk diri ini, aku bermuhasabah, cukup untuk menyantuni orang sekeliling sahaja,cuma belum cukup untuk berbuat amal tarbiyah. Perkara ini yang pro dan kontranya.

Walaupun terkadang sedih kerana berkeputusan untuk berlama di tanah air, pada saat yang ku inginkan suasana tarbiyah yang berbentuk zahiri (tarbiyah yang nampak. cth: usrah /daurah @etc), Tuhan menghadirkan rasa setiap apa yang aku pandang itu sebagai tarbiyah. Saat bersembang dengan abah rasanya adalah tarbiyah walau bualannya sekitar isu muasirah. Saat bersembang dengan mak tentang hal saudara juga tarbiyah.

Gambaran 3 bulan benar-benar memberi gerun. Membayangkan saat khirij nanti pulang untuk membuat bakti. Mampukah menghadapi sedang 3 bulan ini pun aku sudah cuak.?Mampukah untuk berbakti dengan ilmu hanya seciput cuma?

Ya, mungkin aku tidak tarbiyah 3 bulan dengan wasilah tarbiyah. Tapi aku dapat tarbiyah halus yang hadir dengan taufiq-Nya (jika lihat dengan kaca mata tarbiyah).

Saat pecutan hujung 3 bulan, rasa gembira melebihi rasa sedih. Rasa gembira kerana aku mahu berlari pecut kerana sudah ketinggalan jauh dari sudut iman dan amal. (rasa ini aku pasti akan diuji).

2 tahun yang bakal mendatang pasti akan hadir dengan pelbagai ujian, rintangan dan dugaan. Aku hanya mengharapkan Allah akan permudahkan urusan hamba kerdilnya supaya kita mampu menjadi sebena-benar hamba. 

Allahu Ameen.

No comments:

Post a Comment