Saturday 25 April 2015

TRAVELOG TARBIYAH : DARI SAHRA' KE SHAMROCK

Musim sejuk tahun ini benar-benar mencengkam tulang. Argghh. Walaupun, tinggalnya di kawasan yang dikenali dengan padang pasir, musim sejuk tetap sejuk! 

Dan semestinya kedatangan musim sejuk membuatkan semua pipi cengkung menjadi seperti pipi Teletubies untuk membina lapisan lemak menghangatkan suhu badan. Perut cepat lapar dan kita akan makan dan makan dan makan. Hehe. Okay, ini sudah mengarut.

Masuk radar balik!

Tahun kedua sudah kembali memunculkan wajahnya. Sudah naik pangkat sebagai senior. Bukan lagi adik-adik. Perancangan demi perancangan dalam hidup mulai disusun. Hidup pula, mulai diwarnai drama-drama Melayu. Kejap-kejap gaduh. Kejap-kejap menangis. Kejap-kejap gaduh balik. Semak! Tiada zaman main konda kondi, pondok-pondok, kahwin-kahwin yang dipenuhi kegirangan dan keceriaan. Zaman itu sudah lama berlalu. Lama sangat.

Masih aku ingat kata-kata murabbiku. Ayat yang bisa mematikan ketawa seseorang kalau kau sendiri ditempat itu.

“Angah (gelaran aku dalam usrah) dah besar. Tak boleh manja-manja dah macam dulu.”

Nah, amik sejibik! Uhhh. Sakitnya tuh di sini! (tunjuk di dada masing-masing).

Jadi, apa yang aku nak cerita sebenarnya? Nampak cerita dekat atas macam takdak kena mengena sahaja dengan tajuk. Buat penat kau baca sahaja kan?

Takdelah, aku sahaja nak bagi muqaddimah sahaja. Prologlah lebih kurang. Heheh.

Aku nak masuk cerita yang betul lah ni. Sabar lu. Sap kok lu (Konfem hilang thiqoh aku dengan ayat ni. Haha). Okay, serius balik!

Cumanya aku nak beritahu. Cerita ini sebenarnya bagaimana aku jatuh atau erti kata lain aku ‘lost’ di negara Jordan. Tempat aku belajar agama.  Dan akhirnya, aku jumpa ‘jalan pulang’ lepas aku berlari ke UK-Ire. Negara kafir kata orang. Ini satu travelog yang aku sendiri tak pernah pun terfikir dan aku tak minta. Tapi, itulah. Tanpa sedar, pengembaraan dan permusafiran itu kadang-kadang adalah salah satu cara Tuhan membawa hambaNya kembali ke jalanNya.

                                       



                                                                          **********


                                                    
TT Bahagian 1: UK ke Turki?



[Bersambung....]

2 comments:

  1. cis. memang mukadimah semata. cepat sambung !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujahadah ni nak buat muqaddimah ni. InsyaAllah bakal menyusul. :)

      Delete