Monday 16 April 2012

Kelazatan Menjadi Seorang Hamba..

Kita adalah hamba??
Wahai hamba-hamba Allah
Bertaqwalah kepada Allah
Aku menasihati kamu dan diriku
Supaya beriman kepada Allah
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa..
p/s:kalau terjemah dalam b.Arab mungkin kalian
tahu di mana saya ambil ayat diatas..*klu:Jumaat
KITA ADALAH HAMBA 

Hamba.Bagi kita 'word' ini sangat jijik.Atau 'low class'.Namun,tidak sedarkah kita,sememangnya kita dilahirkan sebagai hamba.

“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”
(Adz-zariyat 51:56)


Bukankah ini buktinya??

Hakikatnya,Kita juga punya satu amanah.KHALIFAH^^

“Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.” (al-An’am: 165)


Meneliti jauh kedalam Ayat Kalamullah itu,bukan mudah menjadi hamba yang baik kerana manusia ini suka mengeluh.

"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh."
"Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,"
"Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia menjadi kikir 
(al-ma'rij:19-21)
LAZATNYA MENJADI HAMBA

Tatkala hati benar-benar mahu tenang,hati diusahakan berhubung atau di'link' 
kepada Allah.
Setiap langkah dicuba sebagai merendah diri.
Setiap percakapan lidah cuba dikawal.
Setiap tingkah laku cuba dipercantikan.
Namun,pokok pangkal tetap HATI sebagai akarnya.
Hatilah perlu merendah diri.
Hatilah perlu dikawal.
Hatilah cuba dipercantikan.
SMS SEORANG YANG DIHORMATI
SMS menyapa malam nan kelam:*from DQ
  Pandanglah ke depan,
lihatlah mentari mentari yang tidak pernah
jemu sujud padaNya,
dari timur merunduk ke barat..
lihatlah rerumput,
menghijau dalam alunan tasbih
lihat laut,
bergelora tanpa rungutan, 
lihat pula awan dan bukit-bukau,
berperanan seiring yang diperintah,
lihatlah pula pada diri kita,
kita ini khalifah di muka bumi,
berhak berperanan yang terbaik.
Usaha selagi termampu,
natijah itu urusan Allah.
Bittaufiq wannajah..
HIPOTESIS MENJADI SOLUSI

Berusaha menjadi yang terbaik walaupun mungkin hati sentiasa berbolak balik..
Wahai Pembolak-balik hati
Teguhkanlah hati kami 
keatas agamaMU
Tenang..itulah gambarannya^^

 
Kerdil diri melihat mereka walaupun ada yg pertikai hala tuju mereka leps itu.Walhal mereka pembawa dan penyampai risalanNya.Bukankah itu sesuatu kebanggaan?^^

1 comment: