Monday, 16 September 2013

Selamat Datang.

melakar
Bismillah.

Setahun berlalu. Tanpa sedar. Aku berada di dalam tarbiyah ini. Hee..(senyum sinis) Apakah tarbiyah ini benar-benar menyentuh aku? Eh.. tidak boleh salahkan tarbiyah andai jiwa masih kering kontang. Salahkan diri sendiri.

Aku cuba. aku cuba. Hati ini benar ingin menyampaikan risalah. Benar ingin sekali. Itu citaku. Bukan semata mengejar sarjana. Ada sesuatu yang berharga dari sarjana yang perlu dikutip. Ilmu yang mencerah diri untuk mencerah ummah. Tarbiyah yang meresap di jiwa supaya dirasai bersama ummah. 

Hahahha. Kadang-kadang aku gelakkan diri sendiri. "Heiii.. kau berangan melangit". "Ah. Peduli apa aku!! Rasa ini Tuhan itu yang bagi. maka kau mahu aku sia-siakan?"Balasan kuberi. Bertarung dengan nafsu.

Terkadang aku berasa jiwa ini benar-benar dusta tika aku berjalan ingin dakwi. 
Ahh!! pedulikan perasaan ini!! Jalani sahaja. Moga setiap langkah itu muhasabah untuk diri kamu sendiri.

Tengok filem aksi, first part , dua puak gangster gaduh boleh pula fikir, " Kalau dorang berjuang untuk agama kan bagus". Arggh.

Allahh.. Allah. Rasa itu. Impian itu. Pandangan tarbiyah kamu itu. Semua dari Allah.

Duhai diri, yang memahami kamu hanya diri kamu dan Tuhan sahaja,
Jangan mengharap manusia disekeliling sudi memahami perasaan kamu.
Bukan sahabat andai dan bukan juga murabbi.
Bergeraklah perlahan-lahan.
Bergeraklah tarbawi dan dakwi  itu.
Rasa itu anugerah . Doa pada Tuhan moga rasa itu sampai kamu mati.
Bersyukurlah diri. Andai kamu tahu Tuhan itu sentiasa mengiringi kamu.

Bernafaslah dengan lafaz tasbih,tahmid dan istighfar.
Manusia tak maksum . Bukan malaikat. Teruskan jalan meraih cintaNya. Terus sebarkan salam dan senyuman.

Selamat datang tahun 2. Moga lebih matang. Moga lebih fokus belajar. Moga lebih serius dalam DnT. Allah. Permudahkanlah urusan kami. 

Friday, 5 July 2013

Cita-cita kecilku

Terkadang terasa tidak layak untuk punya cita-cita besar. Apatah lagi bercita-cita menggapai syahid. 

Terasa bukan orang selayaknya memikir untuk punya cita-cita. Cita-cita untuk menyumbang pada agama Islam itu sendiri. Malu. 

Hakikat, manusia itu tidak pernah lari dari cita-cita. Aku juga. Tersendiri malu memikir kenapa aku boleh bercita-cita kecil itu. 

Cita-cita kecilku mahu bersama dengan tangan-tangan yang berusaha membina jiwa-jiwa khalifah berjiwa hamba persis para sahabat dahulu. Mahu kita semua hidup dengan cara Islam. 

Malu. Seolah tidak layak bercita-cita kecil demikian. Kerna diri ini bukan sesiapa.

Cuma sedaya upaya cuba membina diri sendiri menjadi individu muslim. Tangga individu muslimku bila dianalisis semula bawah level 1 agaknya. Masih banyak kerja sebelum benar-benar mahu membawa Islam ke puncak.

Melihat keadaan dunia hari ini. Isu di Mesir. Isu di Palestin, Syria dan Malaysia sendiri. Bolehkah aku katakan kepincangan itu berlaku kurangnya manusia bersifat individu muslim.? 

Individu muslim satu permulaan, satu langkah seperti mana tika Rasulullah sedang membawa Islam ke puncak, terdahulu baginda membina jiwa-jiwa muslim dan mukmin dengan terapan akidah yang sejahtera. Apabila jiwa-jiwa itu telah sejahtera, maka automiknya seluruh perintah Allah dan Rasul dilaksana dengan patuh tanpa banyak bicara. 

Kerja-kerja membina jiwa-jiwa sejahtera itu kemudian berkembang dalam peringkat keluarga para sahabat dan naik ke peringkat dalam masyarakat pula dan kemudian usaha itu dibawa dengan penghijrahan ke Madinah membina Negara Islam pertama. Dan seterusnya.

Usaha-usaha membina dan baik ini sememangnya penat. Namun, penat lagi Rasulullah waktu ingin memperkenalkan(membawa) Islam yang syumul ini, 

Jika benar mencintai Allah dan Rasul.Jika benar ingin menjadi rantai-rantai dakwah Rasulullah, haruslah juga merasai perasaan yang Rasulullah alami , bukan? Alami sendiri badan berasa sakit lantaran kerap berjalan menemui orang ramai menyampaikan Islam itu apa. Otak sendiri berfikir permasalahan ummah dan penyelesaiannya. Perut kosong lantaranterkadang tidak sempat memikir akan haknya.

Ahh, banyak benar sebenarnya kerja yang belum selesai. Banyak perkara harus difikir.

Belajar.Kerja.Dakwah dan Tarbiyah. Ummah. 

Virus merah jambu. Tolong hindarkan dari diri anda. :)

terima kasih kerana membantu :)


Monday, 24 June 2013

Qodoya Ummah Ini.

Anak-anak pelarian Syria ini masih boleh tersenyum. 

Sejujurnya, saya ini jika Tuhan tidak menghantar tangan-tangan yang mengajak saya  kumpulan aktivis ini, mungkin sahaja  saya sekarang masih dalam keadaan ketawa tidak ingat dunia ataupun masih berasa dunia ini bagai aku yang punya atau tidak endah langsung kisah hidup mereka. Alhamdulillah, Tuhan itu sentiasa memberi taufiq kepada hambaNya yang ingin kebaikan.

Tika musahabah diri, saya mulai sedar ,Tuhan mengajar diri ini erti kehambaan itu adalah melalui pengalaman.  Pengalaman demi pengalaman Tuhan hantarkan kepada saya, mungkin jiwa saya ini azalinya hanya boleh diluntur melalui pengalaman sahaja? 

Peluang bertaamul(bergaul) dengan mereka sedikit sebanyak  mengajar saya agar lebih memaknai hidup ini. Bukan hanya duduk di lingkungan pelajar malaysia sahaja. Bukan hanya  pergi balik kuliah sahaja.Bukan! Bukan sekadar itu. Memaknai hidup lebih dari itu. Lebih diluar bulatan comfort zon. 

Saat menulis tentang mereka, tertitis air mata mengenang mereka. Ego juga yang datang menyampuk,'Kau menangis?'. Sendiri senyum dengan telatah ego sendiri. Ahh..ego ini lawannya air keimanan sahaja. Simbahlah ia dengan memupuk sifat kasih sayang terhadap sesama manusia. Mudahan- mudahan egonya luntur.

*******************************************************************************
Full edited by: Saudara Ahmad Musa al-Nuwayri Kamaruzzaman(Pengarah projek)

Nukilan projek ke-2 Ramadhan bersama Syria


Projek Kedua 'Ramadhan Bersama Syria' (Klik tajuk untuk ke page Tangisan Syria di Bumi Jordan)

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang saudara sesama Islamnya, maka mereka bukan termasuk dalam kalangan kami."

Tanggal hari Jumaat, 21/6/2013. Satu tarikh yang tidak akan kami lupakan sehingga bila-bila. Team sukarelawan 'Tangisan Syria Di Bumi Jordan' telah diizinkan oleh Allah untuk menziarahi kem pelarian Syria yang terletak kira-kira hanya 50 meter dari Universiti Al-Bayt Mafraq, Jordan tempat kami belajar. Ya, hanya 50 meter, tetapi rata-rata pelajar Malaysia sendiri tidak menyedari akan kewujudan kem pelarian Syria ini. Dan lawatan kami ke kem ini benar-benar mengajar kami erti bersyukur. Susah bagaimana sekalipun kami, masih ramai insan lain yang lebih susah. Dan kesusahan mereka adalah kesukaran yang tidak mungkin manusia biasa mampu hadapi.

Kem pelarian ini kecil sahaja. Hanya terdiri daripada 9 buah khemah yang dihuni 10 buah keluarga. Jumlah penghuni di sini adalah seramai 66 orang dan majoritinya hanyalah kanak-kanak kecil yang dipaksa menghadapi penderitaan. Mereka kesemuanya berasal dari Hama, Syria. Penempatan mereka ini dibina di atas kawasan padang pasir. Persoalan awal yang terdetik ketika itu ialah, bagaimana mereka menjalani kehidupan di kawasan padang pasir ketika musim panas yang cuaca teriknya mencecah sehingga 40 darjah celcius. Sesekali angin kuat bertiup kencang menerbangkan pasir-pasir menerjah masuk ke dada anak-anak kecil yang masih merah. Kami turut merasainya, tetapi anak-anak ini menghadapi semua itu sepanjang masa.

Kebanyakan pelarian di kem ini datang dari kem pelarian Za'atari. Disebabkan masalah kepadatan manusia yang melampau, persekitaran yang kotor, kekurangan bekalan air dan eletrik serta ancaman penculikan kanak-kanak dan gadis di sana menyebabkan mereka membuat keputusan untuk berhijrah ke sini. Mereka mengharapkan kehidupan yang lebih baik, tetapi tidak banyak perubahan yang berlaku sebagaimana yang mereka harapkan. Mereka langsung tidak dibenarkan bekerja untuk menampung kehidupan seharian dengan alasan mereka adalah rakyat Syria. Jiwa berusaha mereka memberontak. Mereka membuat keputusan untuk bekerja di sebuah ladang di belakang kawasan kem ini. Dan dengan hasil yang tidak seberapa itu, mereka gunakan pula untuk membayar bil air dan eleltrik.

Kami dijemput masuk ke sebuah khemah yang dihuni Abu Husin. Abu Husin, seorang lelaki tabah yang sudah lali dengan cabaran dan dugaan. Masakan tidak, beliau sudahpun kehilangan sebelah kaki akibat kekejaman yang dilakukan oleh Hafiz Assad, bapa kepada Bashar Assad. Menurut Abu Husin, masalah utama mereka di sini ialah masalah air dan eletrik. Mereka terpaksa berjimat dalam menggunakan air, dengan penjimatan yang maksimum. Bayangkan, anak-anak kecil di sini hanya dibenarkan menggunakan tandas sekali dalam seminggu untuk menjimatkan air. Untuk bekalan eletrik, mereka terpaksa menyambungkannya dari jiran di kawasan perumahan berhampiran, dan setiap bulan mereka perlu membayar harga eletrik itu. Andaikata mereka tidak mampu membayar harga eletrik, maka sebulanlah kehidupan dijalani dalam kegelapan.

Makanan pula tiada sesedap dan semewah kita. Mereka tidak punya ayam mahupun daging. Kentang dan terung pun hanya dapat dinikmati sesekali dua. Makan asasi arab iaitu roti juga hanya mampu dibeli sekali-sekala. Sedangkan roti tidaklah mahal, roti hanya berharga RM2.50 untuk satu plastik yang besar! Apakan daya, RM2.50 sangatlah tinggi nilainya di sisi mereka. Pakaian mereka pula hanya sehelai seorang. Dan pakaian mereka tidak lain tidak bukan seperti sehelai kain lusuh yang layak dipanggil kain buruk! Jauh dibandingkan dengan kita yang saban hari akan bertukar-tukar pakaian kerana malu memakai pakaian yang sama. Tetapi mereka tidak diberi pilihan.

Kami bertanya jika mereka mendapat sebarang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kami terkejut bercampur kecewa apabila mereka menjawab 'tidak pernah langsung'. Kata mereka, Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya memberikan bantuan kepada mereka yang mempunyai akad ijar, atau dengan kata lain, hanya mereka yang mempunyai rumah akan mendapat bantuan. Mereka yang tinggal di khemah-khemah tidak dibenarkan untuk mengambil bantuan. Timbul persoalan tentang apa relevannya syarat itu? Persoalan yang tidak tahu kepada siapa patut kami ajukan. Namun,ada juga makhluk-makhluk Allah yang konsisten dalam memberi bantuan.

Tahukah anda siapakah yang konsisten memberikan bantuan?

Orang-Orang KRISTIAN!

Ya. Golongan kristian yang bersungguh-sungguh membantu pelarian-pelarian di sini. Tetapi golongan ini punya agenda mereka yang tersendiri. Selepas dibantu, pelarian-pelarian 
diajak ke gereja untuk mendengar pengisian-pengisian yang disampaikan! Bagaimana pelarian ini mampu menolak? Adakah ini salah mereka? Sedangkan umat Islam sendiri yang meninggalkan mereka tanpa pilihan. 

Di kem ini, kami turut berpeluang melawat keluarga Abu Ubaidah. Ibunya, Ummu Khadduj menghidap penyakit strok separuh badan. Sisa-sisa kehidupannya dihabiskan di atas katil usang di dalam khemah. Beliau hanya mengharapkan bantuan dari anak-anaknya untuk bergerak. Terdetik sejenak, bagaimana ibu ini menghadapi hari-hari dalam keadaan persekitaran yang berdebu. Beliau sepatutnya ditempatkan di tempat yang bersih untuk menjaga kesihatannya yang sedang meruncing.

Pengalaman melihat pelarian-pelarian di sini menjalani kehidupan yang sukar dan ketabahan anak-anak Syria yang riang berkejaran di atas pasir di bawah cahaya terik matahari tanpa alas kaki benar-benar mengajar kami erti pergantungan hidup pada Allah. Tidak ada seorangpun di antara mereka yang mengeluh, jauh sekali yang lantang menyalahkan takdir. Mereka tetap meneruskan kehidupan dalam senyuman.

Bagi projek 'Ramadhan Bersama Syria' ini, kami membuka peluang seluas-luasnya kepada mana-mana insan prihatin untuk sama-sama beramal sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba. Apa guna jika kita tenang menjalani ibadah di dalam bulan mulia sedangkan mereka di sini berpuasa tanpa mempunyai wang untuk berbuka. Mereka memerlukan sumbangan-sumbangan dari anda untuk berpuasa dengan gembira dan beribadah dengan selesa.

Sumbangan yang anda salurkan akan kami serahkan sendiri kepada mereka pada majlis serahan kali pertama pada 30 Julai 2013 nanti. Projek ini juga akan terus berjalan selagi mana khemah-khemah ini wujud. Moga Allah menilai setiap sumbangan anda di akhirat kelak. Insya Allah.

Untuk sebarang bantuan atau pertanyaan, sila berhubung dengan saya di: FB:https://www.facebook.com/musa.nuwayri Bank-in ke 03010106139527(CIMB) atas nama Ahmad Musa Al-Nuwayri(akaun ini tidak sama sekali bercampur dengan akaun peribadi saya)

Usah Sedih Jika Anda Tidak Mampu, 'SHARE' Juga Sudah Sangat-Sangat Membantu.

#Projek ini adalah kerjasama 'Tangisan Syria Di Bumi Jordan' bersama 'Akademi Ramadhan Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al-Bayt Jordan (AKRAM)



Jadi, anda bagaimana? 

Sudikah membantu meringankan beban mereka.?

Saturday, 22 June 2013

Berhadapan dengan realiti

Sudah tiba masanya berhadapan dengan realiti, bukan hanya bertahan di alam tulisan sahaja. Tuhan seakan-akan menyuruhku keluar dari alam tulisa untuk dibuktikan dengan lakuan. Ya. Aku merasa sangat berat. Tapi inilah yang perlu dihadapi demi sebuah cita-cita agar Islam itu kembali ke puncaknya. Aku tidak mampu menapak seorang diri, Alhamdulillah, jiwa-jiwa kesedaran wujud di sekeliling. Namun ,jalan ini masih panjang, masih belum jelas bagaimana likunya. Moga Allah permudahkan segalanya.


Bersama iman. menginsafi diri 


Bersama warga AB Al-Bayt Uni 

Cipta hati gapai hati rabbani. bayangan murabbikah?

Saling membina dan menguatkan untuk thabat di jalan ini,

Saturday, 11 May 2013

Jahiliyyah yang berbaki dan muhasabah PRU13



Actually, tajuk 'Jahiliyyah yang berbaki' ini sudah lama sangat nak tulis. Tapi ada satu hal, yang buat diri tertangguh menulisnya. Nah tahu sebab apa?

Jahiliyyah.

Ya. Jahiliyyah yang diri sendiri buat, lantas syaitan menyusuk supaya aku tidak menulis. Supaya aku hanya biarkan blog ini bersawang labah-labah.Inilah jawapan murabbi sewaktu aku mengadu hal ini.

Juga tinta QueAe Teyra yang aku teringatkan:

Jika menulis itu hobi; ia mudah saat kita senang hati. Jika menulis itu misi; kita kan bersedia berdarah-darah meniti jalannya:) - Salim A. Fillah

***********************************************************************
Huh! Berbaki. Hakikat pembaikan hati dan jiwa, masih 'berbaki' kotoran yang melekat tanpa sedar.

Dah rajin qiyam, dah rajin soalat sunat, dah rajin tilawah dan tadabbur, tapi masih berkata nista dan kasar. Itu jahiliyyah berbaki bukan?

Teringat kisah sahabat yang selalu murabbi ceritakan dalam konferens. Kisah Abu Dzar dan Bilal.

Diceritakan bahawa para sahabat berkumpul di suatu tempat, lalu Bilal berbicara. Abu Dzar berkata kepadanya:


"Sampai-sampai kamu hai anak perempuan hitam juga berbicara!" 

Abu Dzar memang belajar dalam bimbingan Nabi s.a.w. tapi saat itu ia khilaf.

Bilal pun mengadu kepada Nabi s.a.w lalu Nabi s.a.w. marah dan berubah wajahnya. 

Ketika Abu Dzar menemui beliau, Rasulullah pun berkata

'"Kamu menghinanya dengan menyebut-nyebut ibunya? Sesungguhnya kamu orang yang masih terdapat sifat jahiliyah dalam dirimu!"

Lalu Abu Dzar pun bertanya

"Wahai Rasulullah, walaupun di usia tuaku ini?"

Rasulullah menjawab "Ya". 

Kemudian Abi Dzar pulang sambil menangis. 

Ketika Bilal lalu didepannya, 

"Aku tidak akan mengangkat kepalaku dari tanah ini, sampai kamu menginjak dengan kakimu," ujar  Abu Dzar.

Bilal memandang Abu Dzar dan berkata

"Kamu adalah saudaraku." 

Mereka berdua pun berdiri, berpelukan dan menangis. 

Belajar dari hidup sahabat. Tahu ada jahiliyyah yang berbaki, terus saja menginsafi. Lain pula kita ini, beralasan bagai.

"Rileks aa..Allah itu kan Maha Pengampun"

Adooii, manusia. Penyakit apa merasuk hati kamu beralasan sebegitu. 

Kata murabbi tika mutarabbi bertanya,

Apakah kita harus meninggalkan terus jahiliyyah ataupun berdikit-dikit?

Murabbi: Berdikit-dikit lah membuang jahiliyyah walaupun payah. 

Berdikit membuang jahiliyyah. Berqiyam sepertiqa malam. Membaca dan tadabbur al-Quran. Bergaul bersama orang solihin. Ini antara caranya. Just up to you beb!

Teman,
Anda tahu, antara ciri Ibadurrahman(surah al-furqan dari ayat 63) ialah Qiyam. Sebagai satu penguat kepada ciri Ibadurrahman pertama: orang-orang yang berjalan (yakni:orang yang menyampaikan al-Quran[dakwah]) di bumi dengan rendah diri.

Ya. Kita bukan maksum.Tapi kita mahu menjadi Ibadurrahman. Lantas, kita harus berusaha. Usaha. Usaha.





Fahami status ini wahai. Tanpa persediaan kemana perjuangan berjalan hah?!!

Sedikit Muhasabah PRU-13.

Kita tahu,Konstantinopel hanya dibuka bila adanya raja yang baik,tentera yang baik dan rakyat yang baik. Dan akhirnya, kota itu dibuka saat pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh dan tiga syarat pembebasan Konstantinopel telah terlaksana. Bukanlah aku menisbahkan konstantinopel seperti Malaysia. Cumanya, mungkin amal kita masih sikit untuk kemenangan Islam itu. 

Maka, apa yang harus kita buat teman? Haa..buanglah jahiliyyah yang berbaki! 

Jangan seperti kita  tanam pokok inginkan buah tapi tak siram pokok. :)



Saturday, 4 May 2013

Huh?Esok Undi?



Memandangkan esok adalah hari yang penting bagi kita,rakyat Malaysia. Maka, ingin jua saya menulis tentangnya. (PRU13). Sebenarnya, post sebelum ini tidak pernah saya sentuh tentang politik. Bukan apa, takut salah bagi fakta. Tapi untuk post kali ini tak takut la untuk menulis sebab saya bukan nak bagi fakta. Sekadar pandangan tentang mentaliti politik. nak islamik sikit pun boleh, fikrah politik.

Sekarang Era Berterus-terang kan? kan?

Saya menetapkan diri saya bukan di golongan A mahupun golongan B.[buat masa ini].(golongan C mungkin untuk orang macam saya^^) Eh. Bukan makhluk atas pagar ye? Cuma yang zalim kita tentang, yang adil kita sokong. Yakni tak kira sesiapun atau parti namapun! 

*Undi?..undi rahsiakan?

MENTALITI POLITIK a.k.a FIKRAH POLITIK

Hari itu ada orang minta nombor seorang ketua pada saya untuk program ibadah, tapi sebelum itu ,boleh pula dia tanya saya:

"Dia pembangkang ke kerajaan?"

Saya agak terkejut dengan soalan itu. Apa kena mengena ibadah dengan partisan?
Ini dah macam kes syiah dan sunni sahaja.(maaf andai contoh ini agak kasar). Saya tak tahu la sama ada saya ini yang 'lambat' atau soalan itu memang tak revelan!!

Bagi pendapat saya, soal ibadah tak perlu di'parti'kan. Jika berdoa tentang Malaysia, berdoalah supaya Malaysia ini selamat pemerintah berkuku besi dan jauh dari kezaliman dan 'bala bencana' yang bermaharajela. Bukankah itu sudah cukup tanpa campuran partisan? Kerna yang zalim itu kita tak tahu sama ada masih wujud atau tidak andai parti yang lain naik. Ya, mungkin saja.

Jadi, tak perlu jumud sangat la kot dalam hal sebegini. Cuba kita ini terbuka sikit. Jangan terlalu mengikat diri, semua benda politik. Agak-agak sambal yang merah pun nak dipolitikkan juga.

Kita sudah bergelar mahasiswa, mampu berfikir secara rasional. Negara mahu memiliki rakyat yang rasional bukannya jumud.

Kajilah. Analisislah. dan Berkeputusanlah. 

Masa depan negara di tangan kita. Jangan dihancurkan. 

~Selamat mengundi wahai rakyat Malaysia. #Ini kalilah!!

Nota: Post ini sekadar pandangan :).. take or just left it,choose your own.


Saturday, 13 April 2013

Yakin dengan Islam!



Anak sulung. Merangkap abang long. Merangkap bodyguard saya. Dia sayang adik dia. :)


Abang sulung saya ini antara figure yang selalu support saya. Adik-beradik lain pun selalu sokong saya. Tapi nak fokus dekat abang sulung sahaja dalam post ini.

Kadang-kadang, dia ini perahsia orangmya. Tak tau hidup dia selain seorang pelajar. Rupanya, dia seorang pemimpin juga!. Masa itu, waktu hari graduasi di UITM Arau,Perlis. Bangga mak sebab dia dapat Anugerah Dekan fakulti Kejuruteraan Awam(Diploma). Mak mana yang tak bangga anak dia cemerlang, kan?

Lepas habis majlis, kami pergi ke booth yang dibuka oleh pelajar. Sampailah satu booth, tiba-tiba...

"Assalamualaikum,Presiden kitaaa...", seorang datang lalu memeluk abang. Kawan dia mungkin.

'Haaaa!! bila masa budak ni jadi Presiden??..hahahha', Terkejut saya sebab tak percaya..Tak pernah sekali pun, dia cerita life dia kecuali as a student.

Alhamdulillah, jejaknya dia ke alam universiti, jauh dari keluarga mengenalkan dia kepada medium dakwah. Dan berterusan di dalam dakwah sehingga dia sambung ijazah.

Memandangkan  dia score dekan semua semester waktu Diploma dulu, Ijazah pula jadi cabaran. Yela, Ijazah bukannya mudah. Tapi,saya melihat kesungguhan dia belajar dalam sibuk. Walaupun,pointer dia selalu sipi-sipi capai 3.5. Haritu, sewaktu dia final exam, last semester pointer dia 3.49! Hampir dekan! Walauapapun,itu bukan rezeki dia. Alhamdulillah. Syukur.

YAKIN DENGAN ISLAM!!!

Saya tanya dia:

"Apa rahsia study kau?Cuba share dekat aku",tanya saya.

"Yakin dengan Islam!!", kata abang saya semangat.

Gulp. Tergugam saya. Benar katanya. Buat saya fikir panjang.Yakin. Bila yakin, lahirnya tindakan. Dia,abang saya yakin dengan jalan perjuangannya. Yakin dia mahu menangkan Islam!. Yakin dia itulah yang lahirkan tindakan dia supaya jangan culas dengan akademik. Tak culas juga dengan keluarga.

Hidup kita bukan hanya sekadar depan kertas peperiksaan dan kuliah yang padat.
Hidup ini lebih daripada itu. 
Hidup ini bagaimana kita mengaplikasi taklifat Allah keatas kita iaitu hamba dan khalifah.
Hidup ini bagaimana kita bertindak menjadi sebenar-benar hamba.
Hidup ini bagaimana kita bertindak menjadi sebenar-benar khalifah.
Bagaimana,sumbangan kita pada agama, masyarakat dan negara.


Ya, abang saya hanya manusia biasa juga. But his inspired me enough!



"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kanu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan kamu"(47:7)