Tuesday 27 March 2012

Nak mencontohi siapa??o.0

nak ikut sape?*tak tau..tak tau
Bismillah..
Sudah lama rasanya biarpun dalam
baru masuk seminggu.
Entry kali ini dari pengalaman saya sendiri 
tapi dah 'renovate' ^^ 

CERITERA KONDISI SEBAGAI 'KAMU DIPANDANG ALIM'

Suasana dalam bilik darjah tingkatan 5 Hidayah kelihatan senyap lantaran ramainya pakat tidur.Cikgu tak ada la katakan.Farhani  mengeluarkan buku latihan Matematik Moden lantas memusingkan kerusi menghadap Iwani yang duduk di belakangnya.Khusyuk membuat kerja Add Math yang Cikgu Fadhlina bagi tadi.Hanisah yang duduk di sebelahnya juga sebentar tadi telah beralih menghadap Aisyah yang duduk bersebelahan Iwani.Mereka sedang membuat target untuk SPM.Budak-budak dedikasi,biasa la..


"Wani,tolong ajar aku Math.Aku tak pandai la.."pinta Farhani.

"Sila-sila..kau buat dulu.Tak tau tanya aku",kata Iwani sambil mengetepikan buku-buku rujukan yang berlambak atas mejanya untuk memberikan ruang kepada Farhani.


20 minit kemudian.


"Hehehe..",tiba-tiba Iwani tersengih.Farhani nampak tingkahnya.

"Kau kenapa pulak?Tetiba je gelak sorang-sorang",tegur Farhani.

"Teringat cerita Jozan Show.Lawak la Zizan dan Johan.Kau tengok tak?",tanya 
Iwani.

"Tengok tengok..lawak la dorang tu kan?"kata Farhani sambil ketawa.


Hanisah tiba-tiba mencelah.


"Kau tengok cite tu Iwani?",tanya Hanisah.

"A'ah.Kenapa?",tanya Iwani penuh kehairanan

"Kau tengok cite tu.Ingatkan kau tak tengok cite macam tu.KAU KAN ALIM",terang Hanisah.


                                                          *****
MENGHARAPKAN MAKSUM DARIPADA YANG BUKAN MAKSUM
*tajuk diambil dari blog Ustazah Fatimah Syarha,huraian sendiri..^^ 
 
Saya tamatkan ceritera di atas setakat itu sahaja.*walaupun scene tu ada lagi.Andai la kata kalau seseorang di sekeliling anda mengganggap anda ALIM,apakah perasaan anda?Mungkin pada anda 'syukur ada jugak yang kata aku Alim'.Pada saya gelaran ALIM itu hanya sesuai kepada orang yang betul-betul warak,berpengetahuan luas,baik akhlak dan etc.Tersangat la tidak sesuai bagi kita-kita yang baru berumur setahun jagung macam saya.TETAPI saya tidak menyalahkan orang yang menganggap kawan atau seseorang di sekelilingnya ALIM,tetapi jangan terlalu MENGHARAPKAN MAKSUM DARIPADA YANG BUKAN MAKSUM kepada kawan tersebut.Dan yang dianggap 'ALIM' itu kalau kamu ditegur seperti dalam ceritera di atas,maka banyakkanlah beristighfar.Ingat,diri kamu sedang dicontohi dalam tidak sedar.


Sahibah saya pernah berkongsi tentang si dia yang sedang mencari seorang 'idola' di kalangan kawan-kawan untuk di contohi namun malangnya,si dia masih tidak jumpa idola.Si dia mengadu pada sahibah saya,'yang rajin menghafaz,tapi pergaulan tak jaga.Tak tau nak ikut sape dah'.


Sahibah saya telah memberi jawapan membuka minda yang lebih kurang macam ni*saya tambah sikit ayat saya:


"Kalau macam ikut je la yang baik.Kalau dia rajin baca al-Quran,ikut dia rajin al-Quran.Kalau dia rajin studi,ikut dia rajin studi.Jangan la pulak ikut perangai buruk dia.Kita ni,zaman sekarang kalau nak cari orang yang baik (ALIM) dalam semua hal,susah.Mungkin ada,tapi hanya minoriti.So,ikut je yang baik.Yang buruk jangan ikut."


RASULULLAH IKON KITA YANG HAKIKI


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (aitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab:21)

Contoh Rasulullah kan bagus.Dapat pahala lagi..^^

#terpaksa walaupun tak suke..~.~*Semoga rahmati tingkahku

4 comments:

  1. ramai org xtrime prubahn ak :((

    ReplyDelete
  2. lumrah perubahan ke arah kebaikan aina~
    PROVOKASI org yang melihatkan kpd kita adkh btul kita ini benar2 berubah..

    it's challenge for u..bakalllahufik^^

    ReplyDelete
  3. nama sahabat2 dijalil :)

    doakan kami ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cahaya..hihi..ilham mencari nama untuk buat cerita selalu dripada org yg disekeliling..kalau cahaya letakkan nama sebenar cahaya,pasti sye juga letak nama cahaya.sebab saya yakin saya kenal cahaya..^^*barakallahufikum

      Delete