Wednesday 28 March 2012

Tuhan Lebih Memahami..

tiada siapa yang tahu..
Tiada siapa yang tahu 
di sebalik kelamnya lensa itu
sama ada duka atau gembira
 cuma diri dan
TUHAN LEBIH MEMAHAMI...

*****
Tuhan lebih memahami
berbanding ibu yang melahirkan
Tuhan lebih memahami 
berbanding ayah yang lelah mencari nafkah
Tuhan lebih memahami
berbanding anak yang sungguh belajar untuk ibu ayah
Tuhan lebih memahami
berbanding teman yang sentiasa memberi bahunya
Tuhan lebih memahami
berbanding guru yang menjadi murabbi rujukan
Tuhan lebih memahami 
berbanding mereka yang di sekeliling

Maka,
usah sedih kala tiada yang memahami akan diri
kerana hati kita punya TUHAN 
Ya,
Tuhan Yang Lebih Memahami..

by,
owner sangpencerahku.blogspot.com*saya la tu..

#tak tau ini puisi ke gurindam ke sajak ke atau pantun?
terhasil pabila terfikir tentangnya,,^^

No comments:

Post a Comment