Wednesday 25 January 2012

Belajar daripada mereka yang susah..

'view' belakang rumah opah.musim menuai.(**,)
Musim raya cina.
Balik ke kampung mencari ketenangan.
Namun,ketenangan itu milik Allah.
Ini dia tarbiah dari kampung.
Belajar dari mereka yang susah.
Sharing is caring.hehe
CERITA MUSAFIR

Hari sabtu.Pukul 5.30 pagi tiba-tiba mak saya kejut.Sepatutnya pukul 4.30 pagi kami sudah bergerak balik ke kampug.Mak bising dekat saya sebab saya yang kunci jam handphone mak.Aduhai..mak kesayangan.Bukan salah saya la!!Akhirnya abah 'decide' lepas subuh.'Around' 6.30 pagi kami mula gerak.Tabiat saya dalam kereta ialah tidur.Masuk kereta mesti mengantuk tambah lagi 'air-cond' yang semestinya menjalankan tugasnya memberi angin yang sejuk.Perjalanan ke Perak selalunya ambil masa 5 jam.Tapi hari itu 8 jam!!,Ya Allah!!Jamm!!Saya ingat lagi,jam sudah pukul 9 pagi,kami baru sampai di Rawang.Umangai...Susahnya.Badan saya sudah rasa sakit sebab duduk lama sangat.Hmm..nak-nak abah saya yang drive tuh..

Pukul 2.30 petang baru kami sampai.Sekarang,rumah opah dan tokwan terletak di sebelah rumah mak ngah dan tok long selepas peristiwa kebakaran tahun lepas.Alhamdulillah melihat suasana kampung,hati jadi tenang.Rumah tokwan dan opah kecil sahaja.Itulah hidup orang kampung.Kemudian,kami makan.Menu hari itu,ikan kering,belacan+ timun,keladi masak asam pedas.Saya terfikir kalau sesetengah orang bandar yang makan mesti luak.Alhamdulillah,dari kecil mak dah ajar makan macam ini.Saya belajar dari mereka yang susah.

"Dulu kalau takde makanan,kami makan nasi dengan garam je..",teringat kata mak pada suatu ketika saya pernah merungut tentang makanan.Saya hanya diam.

Opah dan mak Ngah pula sibuk cari bahan-bahan untuk buat kuih yang saya 'request' seminggu sebelum balik kampung.hehe.Nak tau kuih ape?Wadai Kalakatar dalam bahasa Banjar.Pernah dengar?Ape tu?Wadai maksudnya kuih.Kalakatar tu nama kuih la.First time saya dengar pun pelik juga.Saya rasa terharu + excited sebab nak belajar buat kuih a.k.a wadai ini.Kemudian,Mak ngah suruh saya dan mak cari bahan yang paling penting iaitu buah nyiur a.k.a buah kelapa kat belakang rumah.Tapi bukan kami yang ambil,mak ngah juga yang kena ambil sebab Amin,anak Mak Ngah bawa kami dekat sawah.Takpelah,yang saya dapat gambar di atas tu..huhu.

Mula misi kami buat kuih.Saya nampak Mak Ngah sibuk cari sabut.Kemudian dia suruh Ijoy,abang saudara dan kakak saya pergi ambil dekat rumah lama opah.

"mak ngah nak buat ape dengan sabut?",tanya saya.
"Nak masak la..?",jawab mak ngah selamba.
"Kenapa tak guna dapur je?",tanya saya lagi.
"nanti rasa dia tak sedap,tak original",kata mak ngah.
"ohh..",balas saya.

Selepas itu,proses membuat kuih bermula.Antara bahannya ialah,gula,telur,tepung,isi kelapa.Mak suruh saya kacau campuran benda-benda dan hasilnya..
tadaaa..ha!dah siap.tinggal nak masak je..hehe.masterchef!!
Lepas siap gambar di atas,opah amik masuk dalam kuali untuk kacau sampai pekat and then baru masuk dalam periuk untuk di kukus.Cara macam kukus tapi guna sabut.
macam ni la,,atas letak sabut bawah pon letak sabut..hehe
 Semasa menunggu kuih ni siap.Opah ada cakap.

"Dulu kalau opah masak macam ni pastu mak kau nangis,opah dukung mak kau sambil masak".kata opah.

Saya senyap.Adik beradik mak 10 orang.Camno tuh?
Lama menunggu.Akhirnya lepas saya habis sembahyang maghrib,kuih pun siap.
Alhamdulillah.Penat berbalas.

kuih kalakatar sudah siap untuk dimakan..
Itulah kuih kalakatar.Hari pertama dekat kampung pun sudah mentarbiah saya.Alhamdulillah.
PELERAIAN

Kalau dalam novel mesti ada peleraian.Begitu juga novel hidup saya.4 hari di kampung sangat menenangkan.Jauh dari kesibukan bandar.Dan perkara yang saya ialah Belajar daripada mereka yang susah.

picnic kat taiping
view taman tasik.saya ambil suka gambar.boleh jadi photographer x?
doa selamat untuk mak cik yang nak sambung belajar kat UPSI
misi mencari buah kelapa pandan nak bawak balik k.l
ronda-ronda di Ban Pecah
gambar setelah di edit.Rindu 'editmengedit' zaman sekolah
#p/s:gambar kenangan.Tangan yang suka tekan punat kamera.

Terima kasih mak uda yang sudi bagi saya 'mempoyo bagai photographer pro' dengan dslr Canon beliau..saya nak juga!

No comments:

Post a Comment