Thursday 19 January 2012

Dunia memang memeningkan..

 
di manakah dunia bagi anda?
REMAJA KINI

MY BIODATA
  • impian aku nak tumbangkan kerajaan ***
  • cita-cita aku nak jadi ahli politik
  • idola:**********(beberapa nama tokoh yang terkenal)
  • "kenapa kalau nak berjaya kena belajar,takde ke cara nak berjaya selain belajar?"
apakah yang anda fikir sekiranya anda membaca petikan diatas.macam ada yang tak kena kan?Pada pendapat saya,persoalan yang ditulis tak sesuai dengan dengan impian dan cita-cita beliau.

Ini adalah biodata yang pernah terbaca ketika saya masih bersekolah.Jika lihat kepada penulisnya,saya nampak kredibiliti beliau sebagai pemimpin.Ilmunya dan juga kertas-kertas yang terselit dibawah 'cover' mejanya menampakkan cita-cita beliau sebagai ahli politik.Tapi itulah,biodatanya itu menunjukkan fikiran yang belum matang termasuklah juga saya sendiri.Bagi saya,beliau belum nampak kepentingan ilmu dalam mengejar cita-citanya sebagai ahli politik.Cuma saya pasti beliau kini mungkin sedang mencari ilmu sebanyak mungkin.Ye ke?InsyaAllah..

Situasi remaja kini.Saya ambil contoh yang mudah iaitu kami(saya dan kawan).

"kau tau tak,budak sebelah tengah debat pasal politik?"kata Ruwaidah yang balik dari tandas.

"Ye ke?Ni yang usha nih?"kata Qida sambil terus keluar dari kelas,buat-buat ke tandas.

Semasa melintas kelas tersebut,Qida terlihat sekumpulan group pelajar lelaki sedang berkumpul.Masing-masing sibuk keluarkan hujah pertahankan ideologi politik sendiri.Qida hanya menggeleng.hmmm..

Itulah situasinya.Remaja kini sudah pandai mengikuti perkembangan politik walaupun di sekolah dilarang bercakap tentang politik.heehe..

KITA KINI

Kita kini.Kuasa menjadi rebutan.Siapa yang dapat jadi pemimpin dialah berkuasa atas segalanya.Pangkat menjadi pilihan tapi sumbangannya takde.Tampuk kepimpinan analoginya adalah pokok.Akar ibarat rakyat.Batang pokok ibarat pemimpin.Dahan yang bercabang-cabang ibarat usaha.Buah pula adalah negara.Jika banyak nutrien,garam mineral,dan air diserap ke dalam akar,maka akar akan menjadi kuat.Akar yang kuat akan membantu dahan menampung beratnya pokok.Bahan yang diserap akan dibawa ke seluruh tempat dalam pokok.Maka terhasillah buah ranum dan sedap dimakan.Kalau kurang,vice versa la jawabnya.Bahan yang diserap itu ape?Jawapannya di bahagian akhir post ini.

Saya begitu tertarik dengan artikel di dalam Majalah solusi isu no.38~kata dua oleh Muhammad Jihad yang bertajuk Majoriti Takwa.Antaranya petikannya:
  Semangat yang meluap-luap ketika ingin merebut kemenangan kadangkala  
 bertukar malap secara beransur-ansur apabila fasa bekerja untuk mengisi  
 kemenangan.Ini memerlukan pengorbanan tenaga,harta dan masa.Mereka 
 yang hanya mampu "meruntuhkan" kerana benci belum tentu dapat "membina"  atas dasar cinta kerana sudah menjadi sunnatullah  
 meruntuhkan lebih mudah daripada membina.Meruntuh sekelip  
 mata,sebaliknya membina mengambil masa.

Ya,membina mengambil masa.Contoh yang mudah ialah peristiwa pembukaan Kota Konstantinopel(Istanbul).Hadis rasulullah mengatakan kota itu hanya jatuh di tangan seorang ketua yang baik,tentera yang baik dan rakyat yang baik.Dari zaman Rasulullah sehingga zaman sahabat,umat Islam cuba menakluk kota tersebut tapi gagal.Dan akhirnya,kota tersebut berjaya ditakluk oleh seorang anak muda iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh di zaman Uthmaniah setelah kira-kira 800 tahun hadis itu diucapkan.Namun begitu,tak semudah itu untuk menawan Kota Konstantinopel yang diperintah Maharaja Konstantine.Lama masanya untuk menakluk kota tersebut,Sultan Muhammad Al-Fateh cuba menjadi hamba Allah yang baik,disamping membentuk tenteranya menjadi hamba baik dan handal lagi cergas,rakyat juga tidak dipula untuk memantau kegiatan mereka.

Disini saya ingin kaitkan kisah di atas dengan petikan seterusnya:
   Anak tangga dalam menegakkan Islam mesti didaki secara bertahap- 
 tahap.Pelaksanaan sistem islam di peringkat ummah ialah proses akhir  
 setelah islam tertegak dalam diri,keluarga dan masyarakat.Jika proses ini  
 cuba dilakukan tanpa tertibnya, tidak mustahil para pencinta Islam akan  
 terkial-kial sendirian untuk menegakkan Islam di peringkat negara dan  
 antarabangsa.

Nah.kita boleh bandingkan petikan di atas dan juga kisah pembukaan kota Konstantinopel.Perkara paling vital adalah pembentukan generasi yang betul-betul menghayati roh Islam pada peringkat individu,keluarga dan masyarakat.Inilah jawapan bagi bahan yang perlu diserap oleh setiap pokok.Sekiranya "bahan" ini ada dalam setiap manusia,saya yakin akan lahirnya satu negara Islam yang betul-betul harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama.

TINGKATKAN PRESTASI KURANGKAN KONTROVERSI

MASALAH
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa di seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".




H.R. Abu Daud

 SOLUSI
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmiz

Lihat kata rasululullah:  
hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

Seperti yang saya nyatakan di post sebelum ni.Tak perlu buat Phd untuk mencari punca umat Islam sekarang.Hanya kembali kepada al-Quran dan as-sunah,InsyaAllah,Allah permudahkan urusan kita.Saya ingatkan diri saya dan anda semua,jangan kita bertelingkah hanya kerana berbeza fahaman ideologi.Jangan terlalu ego mempertahankan pendapat kita.Bersikap terbuka menerima pandangan orang lain.Paling penting,jangan campurkan kebatilan dan kebenaran kerana haram itu jelas dan halal itu jelas.Di antaranya ragu-ragu.


sekian,terima kasih.(^^,)


#salah dan silap harap dimaafi.tegurlah saya jika yang disampaikan adalah   
  salah~

4 comments:

  1. fit!!!! hahaha..followla ak blik ea(: bez citer2 ko!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..cite budak2 nih la..aku aplikasikan je..i will follow u..nama ko pon ade..kat post before nih..

      Delete
  2. tahniah atas perkembangan. post enti matang :)

    ReplyDelete
  3. syukran..inspired by Aiesyah gak..hehe..matang?tak matang mana pon..huhu

    ReplyDelete