Tuesday 21 February 2012

Kata Hilal Asyraf@langitilahi.com...Cinta Yang Sebenar

Carta jatuh cinta bukan carta hati najwa latif^^_
kata-kata yg di'update' jadi baju.Saya tukang promote.hehe

Kata Saudara Hilal Asyraf:(Cinta Yang Sebenar)
"Cinta yang sebenar adalah ingin bersama ke SyurgaNya,
maka,
Apa-apa sahaja yang membawa ke Neraka 
Itu bukan Cinta namanya".. 
(kata-kata yang terdapat di baju hitam line biru diatas)

Opinion saya terhadap kata-kata hikmah saudara Hilal Asyraf
Kata-kata ini diucapkan disekitar awal Februari.mungkin kot?Diucapkan sebab bulan Februari popular dengan tarikh 14.kalian tahu kan apa yang ada pada tarikh tu?Bagi kata-kata ini,saya khususkan lebih kepada sebuah persahabatan berbanding percintaan dua insan.Cewahh..ibunda kata kerja dulu bru kahwin!hmm..jodoh ditangan Allah!saya yakin itu.Saya setuju dengan kata-kata ini.Jika kita kata,kita cintakan seseorang mestilah kita hendakkan yang baik-baik sahaja yang berlaku kepada dia dan diri kita,kan?tapi tak tau la kalau ade yang vice versa..

CINTAKU BERBALAS ATAU TIDAK?
Bagi saya,jangan ditakutkan cinta atau sayang kita kepada manusia tidak berbalas tetapi takutkan cinta kita kepada Allah selama ini berbalas atau tidak.Kalau kita berharap sangat cinta si sahabat ada untuk kita,saya sure kita yang akan 'frust menonggeng'.Biarlah kita memberi,bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada menerima?Janganlah kita mengambil satu jalan yang bahaya semata-mata nak meraih cinta sahabat sebagai contoh malas nak belajar atau hendak memutuskan persahabatan.Dan jangan sesekali kata begini,Bahaya!!
  "Aku nak jadi jahat,aku nak tarik korang masuk neraka.."
Sahabatku sayang,jangan cakap macam ini ye,niat pun jangan.Meremang bulu roma.Kalau begini bukan cinta namanya tetapi cita-cita.Cita-cita merosakkan diri disamping membinasakan sahabat.Kasar ke bahasa saya?Ana asifah jiddan kalau bahasa saya kasar.hehe

Ukhuwah atas nama Allah itu tinggi martabatnya**,



CINTAKU TAK TERBATAS
Cinta ini kalau di'link' kepada Allah,cinta tidak akan terbatas  kepada kaum sejenis sahaja,malahan pada semua manusia termasuk mak,abah,tok wan,opah,mak usu,pak uda,Ah Cong,Ramanawati,Narayanni.
   "Walau senakal-nakal manapun dorang,kita tetap sayang kat dorang tau 
    Fitrah"
Itu kata sahabat ketika kami mendengar ura-ura seorang banin,batch saya sendiri hendak dibuang sekolah.Saya tidak menafikannya kerana hati saya turut mengiyakannya.Itulah yang Allah sebut:

            “Sesungguhnya setiap mu’min itu bersaudara.” Surah Al-Hujurat ayat 10.

Atas nama Allah kita bersaudara,peha kanan kena cubit,peha kiri pun terasa.Jika sayang atau cinta,kita tidak suka dia melakukan kesalahan atau kemungkaran lantas kita mengajak sahabat itu menemani kita supaya dia tak buat kesalahan atau mungkin kita bagi sepucuk surat?(ini hanya untuk kaum sejenis ok^^)Saya pernah buat begitu.Walaupun takut hubungan menjadi renggang,tapi kebenaran harus diluahkan walaupun pahit macam peria.Disaat orang lain meng'ignore'kan dia kerana kesalahannya,kita hadir kepadanya,bergurau,bercerita dengannya tanpa mengungkit kesalahannya.Biar dia tahu ada yang masih cinta padanya.hehhe..

ANALOGI KITA=AIR
saya analogikan diri kita ini kepada 3 jenis air yang kita perlu tentukan hendak menjadi yang mana satu.Adakah kita yang sahabat yang baik?Sekurang-kurang kita cuba,bukan?
Yang mana satu idaman kalbu..blabla(lirik lagu Labu Labi) 

  • Air mutlak.Air yang suci lagi menyucikan.   {Inikah diriku?}
  • Air musta'mal.Air yang suci tetapi tidak menyucikan.Tak boleh buat wuduk.                                                  {Atau ini diriku?}
  • Air mutanajjis.Air yang kotor lagi mengotorkan.Ni pun tak boleh buat wuduk ye.                                             {Atau yang ini diriku?}
 

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi saw bersabda : " Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman : Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain ; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah ( dan bukan kerana suatu tujuan duniawi) ; dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), dan sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api" - HR Muslim

 P/S:Mai pakat ramai-ramai baca buku "sebarkan cinta-Mu" by fatimah syarha.Novel bukan sebarang novel,Novel tauhid ye.Diselitkan juga  fatwa-fatwa ulama kotemporari,huraian ayat-Quran dan Assunah.Walaupun novel ini tidak sehebat kitab Muntayul musolli by Syeikh Abu Daud al-fatani,Al-hikam by Ibn Athaillah,Hadis 40 by imam Nawawi,dan lain-lain,novel ini tetap mendahulukan bukti.Mendahulukan bukti?nak tau kena baca.Saya dah ada.Kalian?

Tebal berisi ilmu buku nih..berat kot!

No comments:

Post a Comment