Saturday 4 February 2012

Dia...kita penyambung legasi perjuangan baginda..untungnya kita

Dialah kecintaan kita..Muhammad

Bismillahirahmanirahim
Sekadar kongsi pendapat saya.
Peace be upon the messenger,
The Chosen One,Muhammad Rasulullah 
RENEW CINTA KITA
Baru-baru ni,saya mendengar ceramah di rancangan Al-kuliyyah:"Ketika bulan terbelah",Berkisar kisah Kekasih Allah dan dalam banyak-banyak ustaz tu bercakap ada satu ayat betul-betul membuatkan saya seperti telah diketuk dengan sesuatu yang objek.Macam ni lebih kurang ayatnye:
"tapi jangan cinta kita pada rasul hanya cinta palsu" ,lebih kurang macam ni la ayatnye
Cinta Palsu.Apakah yang anda faham tentang cinta palsu?cinta palsu menurut saya cinta itu tidak dari hati,sekadar di bibir sahaja.Kata orang sekarang 'cakap je lebih'.Itulah yang merisaukan saya.Saya terfikir,betul ke aku ni cintakan nabi?Anda pernah terfikir seperti ini?saya cuba mencari solusinya.Ya kita perlu renew cinta kita.Kita wajib renew cinta kita kepada rasulullah supaya kita boleh mendapat cinta Allah.Bukankah kita ingin cinta Allah?maka,cintailah rasul,lantas cinta Allah datang dengan seiringan.
Firman Allah dalam Surah Ali imran:
 Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyanyang.
forum sempena maulud nabi,ustaz halim din(panel) dan ustaz jaafaruddin(moderator)


KITA PENYAMBUNG LEGASI PERJUANGAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Cerita Ustaz Halim Din,Beliau sudah 4 kali pergi ke Europe untuk misi dakwah.Katanya,dakwah di luar negara sangat hebat.Beliau menceritakan ketika beliau di Belanda.Kalau tak silap saya.Purata umat Islam hanya 2 juta daripada 20 juta tapi kuatnya umat Islam disana sampai kerajaan tidak berbuat apa terhadap mereka.Suara 2 juta orang ibarat 20 juta orang.
Lihatlah,perlunya kita menyambung perjuangan Nabi Muhammad supaya Islam sentiasa subur bukannya dianggap agama terroris.Untuk membawa Islam ni bukanlah satu yang mudah.Mesti ada tentangan.Cerita ustaz Halim Din,beliau dulu merupakan Ketua unit dakwah di Lembaga zakat,tapi disebabkan adanya tentangan terhadap beliau seperti orang tak suka beliau berceramah,beliau resigned.Ya perjuangan yang benar selalu ditentang.Yang benar dikatakan dusta,yang dusta dikatakan benar.Mereka yang ingin membawa Islam secara total bukan separuh-separuh dipandang pelik.Ghuraba?Mereka adalah ghuraba.Kita?

Dalam sebuah hadith, Rasulullah S.A.W bersabda:

بَدَأَ اْلإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Islam awalnya asing dan kelak akan kembali menjadi asing sebagaimana awalnya maka beruntunglah bagi al-Ghuraba' (orang-orang yang asing). 
UNTUNGNYA KITA UMAT AKHIR ZAMAN DIRINDUI RASULULLAH..
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah. "Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

USTAZ HARUN DIN MIMPI JUMPA RASULULLAH..ALLAHUAKBAR!MASYAALLAH!
Kata Ustaz Halim Din,gurunya ini tidak pernah minta duit kepada orang yang berubat dengannya.Subhanallah,bagaimana beliau boleh bermimpi berjumpa Rasulullah?kata Ustaz Halim Din,amalanya..Kita?fikir-fikirkan dan selamat beramal..^^,

No comments:

Post a Comment